Thursday, December 3, 2009

KEPUTUSAN PERMOHONAN CHIN PENG PERLU IKUT SUARA RAMAI : Dr MAHATHIR

ADAKAH ANDA BERSETUJU?



LANGKAWI: Keputusan untuk membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (CPM), Chin Peng, untuk balik ke Malaysia perlu mengikut suara ramai, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, beliau sendiri akan bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh orang ramai.

"Saya kena ambil kira perasaan orang. Kalau orang suka tiada masalahlah, tapi kalau orang tak suka apa nak buat," katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima '09) di Dewan Pameran Mahsuri Antarabangsa (MIEC) di sini hari ini. Diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, bahawa Chin Peng berhak kembali ke Malaysia sekurang-kurang secara lawatan sosial di bawah Perjanjian Damai Haadyai, Dr Mahathir berkata perjanjian itu perlu diperjelaskan kepada masyarakat.

"Kena terang dengan orang ramai dahululah, kata dah janji," katanya.

Isu mengenai Chin Peng timbul apabila beliau menyatakan hasrat untuk pulang ke tanah air bagi menziarahi keluarganya di Sitiawan, Perak, tetapi ini dibantah keras khususnya oleh bekas anggota tentera yang pernah berdepan dengan kekejaman komunis dahulu. Kerajaan telahpun menyatakan pendirian bahawa ia bertegas tidak akan membenarkan bekas pemimpin komunis itu pulang. - Bernama

No comments: