Wednesday, October 28, 2009

ROMANTIKA



Ha ha ha hari ni aku menyempatkan diriku ke Romantika PAS sesambil teman seorang kawan yang nak beli netbook..so aku sempat lari kejap ke tempat tu. Sekadar ambil apa yang tercapai ditangan je coz kesuntukan masa. Dah lama juga aku tak kesana walau hanya sejengkal sahaja dari office aku ni. Huhuhu sejengkal ke.... Belum sempat deco lagi..just utk snap gambar..inilah barang yg sempat ku capai itu....bye..bye...n selamat malam.

MEMBUKA PINTU REZEKI


ASSALAMUALAIKUM..

For sharing.....(buat diriku yang sering lalai, juga rakan-rakan blogger yang dikasihi.

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu
( tak kira masih hidup ataupun yang telah tiada )".....nescaya pintu rezeki mu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa
(baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa
(walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita
(berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah
(e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Berusaha dan bertawakal.. ...Insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)...
Allahhuakhbar.


Insya Allah


Allahu Akbar !


Tuesday, October 27, 2009

NO IDEA

Entah kenapa fikiran aku betul-betul beku...langsung tak tau apa yang nak aku ceritakan pada hari ini. Terasa muak berada di depan PC ni..tak habis-habis buat drawing hinggakan aku nak kemaskini blog kesayangan aku ni pun tak berkesempatan. Yang nyata selagi sebutharga tak keluar selagi itulah aku terpaksa bertapa di depan PC ni...
Monday, October 26, 2009

TRUE LOVE

KERJA...KERJA...KERJA


Sorry buat rakan-rakan semua...kerana kesempatan meng`update' blog sekarang ni agak terbatas. Kesibukan telah melanda..dengan pakej rangsangan ekonomi..projek turun bertimpa-timpa dan semuanya perlu dibereskan sebelum akhir tahun ini. Inilah kerja aku...dan inilah dunia aku. Kekadang kerja terpaksa disiapkan di rumah. Ramai yang kata kerja gomen...boleh relax2..tapi lain suasananya di tempat kerja ku. Semua orang sibuk...mana nak siapkan kerja di ofis..kerja di site..filing lagi...ahhhhh semuanya buat aku tension...tapi itulah dunia aku..yang terpaksa aku tempuh sampailah aku pencen...kekadang terfikir aku nak opsyen awal....tapi....
Friday, October 23, 2009

JUST FOR ALL MY LOVELY FRIEND - THANK U


glitter-graphics.com


SORRY HARI NI TAK BOLEH NAK POST TOPIK BARU...ENTAH KENAPA BADAN MENJADI SERAM SEJUK...RASA MACAM NAK DEMAM.
Thursday, October 22, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah


Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'Puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'Peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'Penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'Persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'Pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'Percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'Permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
Wednesday, October 21, 2009

BUNGA DAN RANTING


Dah ketandusan idea sebenarnya...lagipun tak sempat nak snap gambar masa kat rumah..so layan jelah bunga dan ranting ni....
Untuk pengetahuan semua pasu tu handmade tau menggunakan kertas yang di recycle. Surat khabar lama. Nak membuatnya memerlukan kesabaran dan ketelitian. Tapi bukan aku yang buat sebaliknya hasil kreativiti adinda ku yang berada nun jauh di Kelantan.

ALANGKAH BESAR CIPTAAN ALLAH

BATU-BATU UNIK DI DUNIA

Wave Rock
Hyden, Australia
Gelombang batu seperti ombak ini sudah ada 2.700jt tahun yang lalu menurut peneliti.

cid:image003..png@01C94BEC.A6D21280

Moving Rock
Belum ada penelitian tentang batu ini, dan 1 orang pun belum lihat kalau batu ini benar2 berjalan, cuma jejaknya saja yg dinyatakan kalau batu ini boleh berjalan atau bergeser.

cid:image004.png@01C94BEC.A6D21280 cid:image005.png@01C94BEC.A6D21280

Dome of The Rock
Masjidil Aqsha, Yerusalem
Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW saat Isra Mi'raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Pada saat Nabi Muhammad mau Mi'raj batu tsb ikut, tetapi Nabi SAW menghentakan kakinya pada batu tsb, maksudnya agar batu tsb tak usah ikut.


Malin Kundang Rock
Pantai Air Manih, Minagkabau - Padang
Konon, batu ini adalah seorang anak yang dikutuk oleh Ibunya, kerana durhaka

Ayers Rock
Uluru Alice Spring, Australia
Batu yang boleh berubah warna mengikuti cuaca, kadang orange, hitam, biru dll

Tuesday, October 20, 2009

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

Email dari seorang sahabat...semoga ianya menjadi peringatan buat diriku yang selalu alpa dan terleka..


" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.

"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.
"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.
"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba. "Why?"Sybil tertanya-tanya.
"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa.
Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak.. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Jumpa lagi, Insya Allah.

TEA SET VANTAGE KU SOMPEK




Rasa macam nak menangis bila tengok cawan ni sompek...Siapa yang punya angkara pun aku tak tau. Masing-masing bila ditanya tak ada yang mengaku....Adoi....sedih hati mak....
Walaupun cawan ni dah sompek..aku takkan membuangnya...xperlah jadi bahan display je kat kabinet aku. Nak buat macam mana kan...sabor jelah.. Ada rezeki nanti dapatlah ganti balik..Insyaallah...


KOLEKSI TEKO


Hari ini cerita tentang set teko. Salah satu koleksi yang aku ada...tetapi tidaklah sebanyak mana. Set yang aku paparkan kali ini adalah dari Romantika. Inilah hasil belian aku sewaktu first time aku ke Romantika Shah Alam. Pada mulanya saja nak survey dulu...alaaah biasalah orang perempuan kan..mula-mula survey...lepas tu pantang nampak..mula lah...terbang jugak duit haku akhirnya...Aku percaya sesiapa yang pernah pergi Romantika pasti nampak teko ni kan..
Monday, October 19, 2009

DEALOVA

Untukmu Yang Tersayang

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
merantai hati
bayangmu seakan-akan…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa
membuatku tenang
tanpa dirimu
aku merasa hilang
dan sepi…


dealova..

HOW TO WRITE A LETTER TO YOUR BOSS FOR SALARY RAISE!

*One day you send a letter to your boss asking for an increase in your salary !

Dear Bo$$,

In thi$ life, we all need $ome thing$ mo$t de$perately. I think you $hould be under$tanding of the need$ of u$, worker$ who have given $o much $upport including $weat and $ervice to your company.
I am $ure you will gue$$ what I mean and re$pond $oon.
Your$ $incerely,
Worker$.

*The next day, you received this letter of reply :

Oh my dear:

I kNOw you have been working very hard. NOwadays, NOthing much has changed. You must have NOticed that our company is NOt doing NOticeably well as yet.

NOw the newspaper are saying the world's leading ecoNOmists are NOt sure if the United States may go into aNOther recession. After the
NOvember presidential elections things may turn bad.

I have NOthing more to add NOw. You kNOw what I mean.

Yours truly,
Manager.

SENDA PAGI ISNIN...
Friday, October 16, 2009

TOUCHING STORY

Hari ini aku nak paparkan satu cerita teladan yang telah dihantar melalui email oleh seorang sahabat. Alangkah tersentuhnya hatiku setelah membaca cerita ini. Ingin aku kongsikan cerita ini bersama teman-teman alamaya ku...semoga ianya menjadikan kita insan yang bersyukur dimuka bumi ini...Insyaallah..

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
Thursday, October 15, 2009

JUST FOR ALL MY LOVELY FRIEND - THANK U


click for more cards send this card through mail

PAMERAN ALAM SEKITAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM

Pameran alam sekitar di hotel Concord. Kakak dan geng dia telah menghadirinya.


Tengok sampai melopong mulut nak jawab kuiz...

Ni antara kawan-kawan baik kakak..


Bergambar kenangan dengan Penceramah..

NAK BELI LANGSIR ENGLISH READY MADE

Ini satu-satunya frame gambar yang zures ada. Oilpainting di atas kanvas. Cantik tak...zures beli ni kat Mudah.com. Itu pun setelah zures betul-betul percaya dan barang dihantar ke rumah baru zures bayar. Sekarang ni banyak penipuan yang berlaku...oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Berwaspadalah selalu ye...

Kepada rakan-rakan yang tau kat mana ada jual langsir english ready made tolong bagitau zures ye. Zures tengah mencari ni...

ANAK-ANAKKU

Ini adalah anak-anak ku yang seramai 3 orang. Yang depan sekali tu adalah yang bongsu, kedua dan sulung. Senang je aku nak panggil diorang ni...kakak, abang dan adik. Memang dah terbiasa panggil macam tu so sampai besar panggilan tu kekal. Ini gambar lama gambar yang terbaru nanti aku snap kemudian ek...

KEY BOX

Cerita hari ini adalah berkenaan dengan key box ni. Pada mula aku berminat sangat-sangat nak belajar buat decoupage. Tengok yang member-member blogger buat semuanya cantik-cantik. So aku belilah keybox ni. Dah beli aku terus letak kat sinun 2la kononnya nak display dulu kat situ. Last skali sampai sekarang benda tu kat situ tanpa sebarang sentuhan. Guna yang original hahaha. Takpe tunggu semangat aku datang balik habis semua aku kerjakan nanti.
Wednesday, October 14, 2009

SALAM CERIA


click to create your own

MEJA MAKAN YANG DAH LARI KONSEP


Ha ha ha ha kelakar tk tengok kerusi makan aku ni...memang dah lari konsep kan...yelah kerusi ni sepatutnya konsep moden tapi aku nak juga henglishkannya...so aku pakaikanlah baju untuknya..jadilah mcm tu. Tak pelah setidak-tidaknya rumah ku takdelah gelap sangat sebab kerusi tu berwarna hitam. Simple je dining aku ni..

CERMIN


Hari ini aku nak bercerita pasal cermin berbingkai putih. Aku minat sesangat cermin ni. Selama ni aku hanya melihat cermin ni di majalah tetapi hari ini aku dah berjaya mendapatkan cermin ni hasil dari berdikit-dikit aku selama ni. Banyak lagi yang perlu aku beli untuk mencapai hasrat aku memiliki rumah berkonsepkan english. Mengikut kata eric nak nampak english yang first kena tukar adalah langsir...tp aku belum berkesempatan lagi nak g survey kat mana nak tempah. Lagipun kalau pegi dengan poket kosong tak guna jugak kan...Insyaallah akan termakbul juga hasratku ini...
Tuesday, October 13, 2009

TIN LAGI

Cantikkan Tin ni...sweet sangat colour dia. Hanya inilah yang aku ada. Yang kecik-kecik ada sikit tapi tak sempat lagi nak upload gambar. Masa aku beli memang tak tau nak letak kat mana so aku letak jelah kat atas almari ni...kawan-kawan ada cadangan tak?

GAMBAR-GAMBAR HARI KELUARGA - OFIS AKU

Adeh...ada masalah sikit nak upload gambar hari ni...Tak pe nanti aku upload lagi lain hari ye...

Ini banner mengalu-alukan kedatangan kami. Hari keluarga ni diadakan di Agrotek Resort, Kuala Langat. Kira oklah ada jugak hari keluarga walaupun saat-saat kemelesetan ekonomi. Harap-harap tahun depan bolehlah dibuat di luar dari Selangor ni pulak...Insyaallah...

TO ALL MY ONLINE FRIENDS


glitter-graphics.com



glitter-graphics.com

ALMARI ANTIK

Seperti yang aku janjikan tentang Almari antik ni....dah lama dah usianya...tengoklah cermin pun dah lama pecah dan belum berganti lagi. Dah jauh dia berjalan dari Johor ke Shah Alam. Asalnya di ruang tamu..ke dapur...ke bilik dan sekarang aku nak naikkan pangkat dia balik kat ruang tamu. Aku memang bercadang nak memutihkannya tapi belum berkesempatan. Kalau kawan-kawan boleh bagi idea macamana nak transformekan dia agar nampak english...ok jugak...

DEKORASI ROJAK

Semasa mula-mula memasuki rumah ni aku memang betul-betul tak tau konsep apa yang nak.
Hasilnya semua cacamarba. Kalau Eric datang sure dia terperanjat kan..tgk rumahku yang macam ni. Aku memang peminat English Cottage dan masih banyak yang perlu aku pelajari. Sebab tulah aku join WMC boleh belajar cara-cara otai kat situ. Harapan aku kepada sesiapa yang boleh bagi tunjuk ajar tu amat aku alu-alukan.

FM..FM..FM

Hari ni aku nak bercerita pasal FM. Koleksi Fm yang seciput ni aku dapat dari member-member dan hasil lawatan anakku ke tempat-tempat yang berkaitanlah. Sedih sebab faham-faham jelah FM ni dah jadi macam permainan bg anak-anak ku pulak. Ada yang patah...ada yang sompek...aduhyai....
Monday, October 12, 2009

MY DREAM...AHHHH


glitter-graphics.com


glitter-graphics.com

Blog Archive

Followers

Tolongla klik yer...sana tu...

Instagram
 

Blog Template by YummyLolly.com