Friday, January 15, 2010

ANAK JENIS APA MACAM NI?

Ayah pengacau

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my


KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.

“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .

“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.

Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.

“Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh,” katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.

Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.

“Ketika membawanya dengan kereta, dia suruh saya berhenti dan menurunkannya sebaik terlihat pondok bas di tepi sekolah itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang warga emas yang baru selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang terkejut apabila ditinggalkan anaknya bersama bungkusan pakaian di pondok bas terbabit.

Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru dibenarkan keluar dari hospital menjejakkan kaki ke rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memberi perlindungan kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup, Chuping, dekat sini, kelmarin.

Beberapa pegawai JKM menemui Abdul Rahman di pondok bas berhampiran SK Datuk Wan Ahmad sebelum membawanya ke pusat perlindungan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata Abdul Rahman mendapat keistimewaan memasuki rumah orang tua Batu Bertangkup kerana faktor kesihatan.

“Dia baru menjalani pembedahan jantung dan memerlukan penjagaan sempurna. Kehidupannya lebih terjamin menetap di sini yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Kami sedih membaca laporan Harian Metro semalam yang mendedahkan perbuatan tidak masuk akal dilakukan seorang anak terhadap bapa kandung sendiri.

“Sebaik mendapat maklumat, saya mengarahkan beberapa pegawai mencari dia sebelum menjumpainya di pondok bas berhampiran sekolah terbabit dan kini Abdul Rahman menetap bersama lapan penghuni lain di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Abdul Rahman turut diberikan bantuan bulanan RM150 selain makan minum percuma disediakan JKM di situ.

Sementara, Abdul Rahman ketika ditemui di rumah orang tua itu bersyukur kerana mendapat perlindungan sewajarnya daripada JKM.

“Saya tak mahu memikirkan perbuatan dia (anak) lagi. Walaupun sedih, saya `menghormati’ perbuatannya membuang saya. Lagipun, mereka sekeluarga tak pernah menghubungi selepas membuang saya di pondok bas itu sejak seminggu lalu,” katanya.

(Alangkah sedihnya membaca berita ni...tergamak seorang anak membuang seorang ayah yang sedang uzur di tepi jalan. Walau apapun alasannya tidakkah dia terfikir bahawa dia lahir hasil dari benih ayahnya dan tidakkah dia bersyukur dengan kewujudannya ke dunia ini. Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari berita ini...kerana kewujudan kita juga hanya sementara)

(Gambar sekadar hiasan)

Ayah tercinta di waktu akhir hayatnya.


22 comments:

Hamiza said...

Sedih sgt bila baca metro hari tu kisah anak buang bapa..selalu kita dgr bung anak ni buang bapa plk..x masuk akal langsung..

apapun sebaiknya kita ambil iktibar ngan kisah ni..x cium syurga nnti kalau kita sanggup wat mcm tu kt org tua kita..esok2 anak2 kita wat kita plk cmner..??nau'zubillah

Dazzlesite said...

salam..
sedihnya baca kisah ni..(!_!) bergenang air mata

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Tak dapat dibayangkan macamana boleh tergamak seorang anak membuang bapa...tak cium bau syurga. Semoga dia segera menyesal dan bertaubat sebelum ayahnya menutup mata..

phatgurl said...

astaghfirullahhalazim. tergamak die wat bapak sendiri camtu. kotye pun janganla nak tinggalkan je tepi jalan. bawak gi rumah org tua pun lagi better dari abaikan mcm tu je. minta dijauhkan la sifat mcmni.

Shida Rahman said...

salam zures,
tapi ada jugak kes, dimana anak2 beriya2 dan bersusah payah nak menjaga ibu atau bapa.. tapi dianggap pulak ianya menyusahkan anak2, dan selalu dimulutnya nak kerumah org2 tua. Disebabkan takut menyusahkan anak. Tetapi anak2 dengan suka rela dan penuh tanggong jawap nak menyusahkan diri mereka semata ingin berbakti kepada org tua.. dimana akuan Allah dan Rasul NYA..
Walaupun kecewa dengan sikap ibu bapa, terima la semuanya dengan hati yg terbuka kerana sedar Allah sedang memerhatikan kita semua, kalu ibu dan bapa tidak diutamakan.
Wallahua'alam...

ohmalaysia.com said...

dunia nak kiamat agaknya... sburuk2 mana pun, dia tetap ayah kita...

ISZA said...

salam,
tunggulah pula bila anaknya melakukan kepadanya.. masa tu faham2 sendiri je lah...

MRCD said...

setuju2...setiap apa yang dilakukan pasti akan diberi pembalasan walaupun dalam bentuk yang lain...lebih2 lagi bila melibatkan ibu bapa sendiri..

Rash said...

rash pn bc berita nih..
mmg xde hati perut la anak pakcik tuh..
even klu pakcik tuh xbrape serasi ngn ank bini die, tanggungjawab jaga mak ayah adalah dibahu anak lelaki..
dn die kena ingat, dunia ni ibarat roda..

Sire Johhny Deep said...

nasib anaknyea takkan baik...
percayalea...

onniey84 said...

sedih sedih mmg sedih...dasar anak derhaka,,,
layak dipanggil derhaka...
oh Abahhhhhh..kau lah ibu kau lah bapa...
setelah pemergian ibu tersayang...

Boy Antibiotik said...

sedih sgt...memg x patot...
hargailah ayah kita bila sementara masih ada di dunia nieh...rindu arwah ayh yg telah pergi...

Suzy Dan Sham said...

Seorang ayah atau ibu boleh menjaga 10 orang anak..Tapi 10 orang anak belum tentu nak jaga seorang ayah dan ibu..

Bila fikir balik, bodoh sungguh anak ini..

p/s : abg pinjam artikel metro tu sebab nak buat entry gak..kasik ayat lagi piau punye.. :p

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Semua ini jadi pengajaran untuk kita semua. Bagi yang masih ada ibu dan bapa...jagalah mereka sebaik mungkin selagi hayat dikandung badan. Namun bagi yang telah kehilangan ibu dan bapa selalulah berdoa untuk mereka agar hidup kita lebih diberkati oleh Nya.

Anonymous said...

hai.. anak2 zaman sekarang

izzahfarhana said...

sk datuk wan ahmad skolah rendahku dluu.nggee .tmpat tnggu bas tu tnggu abah dlu.

alan said...

mungkin ada masalah yang kita tak tahu..ye kita nampak cara anaknya agak zalim tapi kita tak nampak perkara yang batin. maksudnya kita sendiri tak tahu mungkin betul kata anaknya.

Suraya I. said...

xtau nk ckp pe..mmg kejam tp bak kata alan, maybe ade sbb laen yg kite xnmpk..

mntak2 sy d jauhkan dr prangai cmni..

Unknown said...

kuang ajaq nyer anak elok buang jer masa kecik2 dulu...

Love Says it All~ said...

BRIDAL MAKEUP CLASS (2-DAYS CLASS)!!

WHEN: 23RD & 24th january 2010
WHERE: EYRA RIZAL MINI STUDIO
HOW MUCH: RM500

**CLASS INCLUDING HAIR + SHAWL STYLING
**LUNCH, MAKEUP TOOLS & PRODUCTS WILL BE GIVEN
**GOODIE GIFT SUCH AS M.A.C EYESHADOWS/LIPSTICK WILL BE GIVEN(DIFFERENT GIFTS WILL BE GIVEN TO EACH AND EVERYONE OF U.)
**CERTIFICATE OF ATTENDANCE WILL BE GIVEN.

LIMITED SEATS UP TO ONLY 10PAX!!
REGISTER LATEST BY 20TH JANUARY 2010 @ 9PM

WWW.EYRARIZAL.COM
0162128740
FB: EYRA RIZAL @ EYRA RIZAL TOUCH

biztoone said...

dalam radio era pagi tadi ada topic pasal nie..memang tak patut dia buat mcm tu..tanggung la sendiri kat akhirat nnti

coffee said...

bodo la anak die..
tunggu je la anak die wt kat die nati..