Friday, February 12, 2010

KESATUAN PERKHIDMATAN TEKNIK SEM. MALAYSIA

Rasanya masih ramai yang belum tahu tentang wujudnya kesatuan ini. Di pejabat aku sendiri pun memang ada yang masih belum tahu tentang MTSU. Pada 9/2/2010 yang lalu telah diadakan satu taklimat di tempat aku bertugas dan alangkah sedihnya apabila aku melihat yang hadir cuma dalam 40 orang. Rata-rata bila aku bertanya pada adik2 yang lebih junior pada aku mereka berkata tidak tahu menahu tentang adanya kesatuan ini.

Jadi di sini sekiranya ada segelintir dari pembaca blog aku yang terdiri daripada kakitangan teknikal dan masih belum menjadi ahli sila lah layari website MTSU ini. MTSU adalah Kesatuan yang menyuarakan dan memperjuangkan hak-hak kakitangan teknikal ke peringkat atasan baik dari segi gaji dan permasalahan.

Website MTSU

Sekiranya anda menjadi ahli..anda akan mendapat kad seperti ini. Aku dah lama dah jadi ahli...

Suara Teknik di keluarkan setiap 3 bulan kalau tak silap aku.

Antara isi kandungan Suara Teknik.

Begitulah penerangan secara ringkas tentang kesatuan teknik ni. Untuk lebih lanjut jangan lupa layari website MTSU ye.






14 comments:

MRCD said...

pernah dengar tapi x pernah ambil tau tentang kesatuan ni...Tq info.

Perjalanan Tanpa Noktah said...

CD sebagai kakitangan teknikal kena ambil tau pasal kesatuan ni sebab kesatuan nilah yang banyak memperjuangkan hak-hak kakitangan teknikal. Kat Johor kesatuan ni lebih aktif dari kat sini. Contact lah diorang tu...ada gred gaji baru utk kakitangan teknikal...tunggu..akan diumumkan sdikit masa lagi..

Izwan Komari said...

ad persatuan rupenye teknik ni...baru taw ni

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Atan memang akak akui tak ramai yang tau tentang kesatuan ni. Di tempat akak kerja pun ada yang dah berpuluh tahun kerja tai tak tahu tentang adanya kesatuan teknik. Sedih kan. Apa lagi dah tahu jangan lupa jadi ahli andainya anda kakitangan teknikal ye...

black_mel said...

owh..baru tau..tp untuk org2 terlibat utk bahagian teknikal jer la kan...

thnx for sharing..mmg ramai yg tak tau ni..aku pun baru tau..

Perjalanan Tanpa Noktah said...

yup betul tu black_mel.

MRCD said...

kak zu, ada gred gaji baru utk kakitangan teknikal ke? citer la skit....PM saya ye...nak tau sgt2 ni...

-: Fara_Lan :- said...

Kami dr UPSI baru je buat perjumpaan dgn kesatuan kami dan menjemput presiden MTSU. tp sayang rasenye kami x blh jd ahli sbb kami badan berkanun.

Tp terima kasih byk2 buat presiden MTSU yg sudi jugak dtg memberi penerangan kpd kami org2 teknikal diUPSI nie. segala persoalan sudah terjawab.

Kami sangat2 menyokong perjuangan MTSU.
Selamat Berjuang..

Anonymous said...

MTSU???...apa jasa MTSU selain dari collect RM2 sebulan dari ahli...

suatu ketika juruteknik diseluruh negara berada pada satu level dengan ketua kerani pada gred 7...
selepas SSM masuk pada 2002, juruteknik turun pangkat kepada gred 17..satu level dengan kerani....apa yang MTSU buat....

dan kini nanti pada tahun 2012, kakitangan pada gred 1-16 akan diletakkan pada gred 17....
apa sudah jadi dengan kakitangan teknikal gred 17 yang menuntut J27 atau J29....jawabnya AKAN BERADA PADA SATU LEVEL DENGAN PEMANDU DAN PAR...mana MTSU...

SEKIRANYA INI MENJADI KENYATAAN...mtsu LEBIH BAIK TUTUP SAJA....kesatuan yang tidak ada fungsi....

-: Fara_Lan :- said...

http://ucitv.uthm.edu.my/ucitveos53/Viewer/?peid=6cafdd83-86f6-45e5-bb20-ed1ed498aa1a

bukak alamat nie buna explorer
tgk dkt masa 1.35

putri said...

MTSU???...apa jasa MTSU selain dari collect RM2 sebulan dari ahli...

suatu ketika juruteknik diseluruh negara berada pada satu level dengan ketua kerani pada gred 7...
selepas SSM masuk pada 2002, juruteknik turun pangkat kepada gred 17..satu level dengan kerani....apa yang MTSU buat....


dan kini nanti pada tahun 2012, kakitangan pada gred 1-16 akan diletakkan pada gred 17....
apa sudah jadi dengan kakitangan teknikal gred 17 yang menuntut J27 atau J29....jawabnya AKAN BERADA PADA SATU LEVEL DENGAN PEMANDU DAN PAR...mana MTSU...

SEKIRANYA INI MENJADI KENYATAAN...mtsu LEBIH BAIK TUTUP SAJA....kesatuan yang tidak ada fungsi....

kepada Tuan/Puan Anonymous yg bt stment dia atas..


- kalu nk 'kuasa' @ gred tinggi drpd kerani n17.. jgn jd juruteknik... blajar pandai2 sampai dpt ijazah pohon jawatan 'jurutera' br classssss...

"yg penting 'gaji' tidak sama"

GILA KUASA
GILA KUASA
GILA KUASA...........

matjaa said...

salam, nk tny betul ke jt17 naik jt27...untuk penegesahan je...tq

Perjalanan Tanpa Noktah said...

matja....tunggu dan lihat jelahhh

Anonymous said...

Combien de temps mon ordinateur continue à fonctionner avec un navigateur obsolète?. Je navigateur de mon ordinateur est obsolète. Cependant, mon ordinateur est obsolète trop peu, et ne pas avoir ce qu'il faut pour exécuter le navigateur. Devrais-je commencer à économiser pour un nouveau, ou ce problème peut être traité pour encore quelques années encore?. . Soit dit en passant, j'aime mon ordinateur, je ne veux pas recommencer parce que j'aime tous les programmes sur mon ordinateur ..