Wednesday, March 31, 2010

Waktu Subur Wanita



Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita?

Ada 2 sebab utama :

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.



Fahami Kitar Haid

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri - ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.
Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.



Tuesday, March 30, 2010

FADHILAT BERCIUM

Lepas baca entry ini, paling busuk pun ciumlah pasangan suami @ isteri anda, sekali
pun jadilah sebelum pergi kerja ke.....lagi byk lagi bagus!..tak kisahlah siapa yang mulakan dulu..hehe..jangan segan-segan...kerana bercium banyak fadhilatnya.....TAPI AWAS....bagi yang belum kahwin, jangan pandai-pandai pula nak cium pakwe/makwe anda sekalian ..neraka hukumnya..buat pedoman sahaja dulu..hehe..selamat membaca.

Fadhilat Bercium???

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

Lagi... kelebihan berciuman .....!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi
kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun
lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri.
Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan
menggandakan
tingkat metabolis. Ada yang mengatakan,
bahwa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari
(setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu

menghilangkan berat badan.


4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress.
Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat,
menurunkan hormon stress.


5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan
mencegah pipi
kendur. Otot pipi yang menegang karena
ciuman yang bergairah mampu
membantu kulit lebih
halus dan meningkatkan peredaran darah.


6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah
dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan
melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik
yang membantu
mengurangi sakit.

Selamat bercium-ciuman...hehehehe..semoga hubungan suami isteri akan
menjadi bertambah erat....
Friday, March 26, 2010

BUDU DAN KHASIATNYA.

Hari ni hari Jumaat. Tengahari member-member ramai yang balik ke rumah masing-masing. Maka tinggalkanlah aku sendirian. Nak ke kantin untuk makan tengahari....aaahhhh malasnya. Apatah lagi kalau keseorangan. Jadi apalagi...habiskan masa melayari internet. Blogwalking dan sebagainya. Aku berkesempatan juga singgah disatu forum yang sememangnya menjadi kegemaran aku...dan aku telah mendapat info tentang BUDU.
Tak salah rasanya kalau aku tepekkan kat sini kan...itupun bagi sesiapa yang berminat...
Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang baring yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

GIVEAWAY TERATAK PUTERI

Salam pagi Jumaat buat semua rakan-rakan blogger yang ku sayangi. Ada giveaway lagi hari ini di blog Teratak Puteri sempena menyambutnya ulangtahunnya yang bakal tiba. Hadiahnya amat menarik sekali iaitu barang-barang deco seperti di atas. Jom kawan-kawan kita merahkan giveaway ni...Sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang giveaway ni sila ke Blog Teratak Puteri ye..
Klik je anda terus dibawa ke sana...Blog Teratak Puteri Qareshah
Thursday, March 25, 2010

Adakah Haram Atau Harus Memegang Anjing Dan Babi

Salam kepada semua, Saya telah mengemukakan soalan kepada Ustaz Noramin mengenai hukum memegang anjin dan babi adakah haram atau harus?

Jawapan yang saya dapat dari persoalan tersebut ialah harus dan tidak menjadi masalah menyentuh anjing dan babi. Anjing dan babi adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis mukhallazoh (berat), untuk menghilangkan najis ini mestilah dibasuh dengan 1 kali dengan air tanah dan 6 kali dengan air mutlak.

Hujah dari jawapan tersebut ialah tiada dalil Al-Quran dan hadis yang mengharamkan menyentuh binatang tersebut. Hanya ada dalil yang mengharamkan kita memakan binatang anjing, babi dan keturunannya. Dalil yang mengharamkan memakan anjing dan babi ialah :

Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am : 145)

Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Baqarah : 173)

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

“Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah mengunakan tanah”. (Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi)

Dari dalil di atas, menunjukkan bahawa diharamkan memakan anjing, babi dan keturunannya dan tiada dalil yang menyatakan haram menyentuh anjing dan babi. Harus bagi sesiapa yang menyentuh anjing dan babi. Apabila bersentuhan dengan binatang tersebut, perlulah menyamaknya dengan menggunakan 1 bejana (cebok) air tanah yang suci disapukan dan digosokkan ditempat yang terkena atau tersentuh binatang tersebut. Selepas membasuh dengan air tanah, hendaklah dibasuh dengan air mutlak (air yang suci lagi menyucikan) sebanyak 6 kali berturut-turut sehingga hilang bau, warna dan rasanya. Jika didapati masih ada bau, warna dan rasanya, maka ditambahkan lagi basuhan air mutlak tersebut sehingga hilang ketiga-tiga sifat najis tersebut.

Tidak usahlah menyentuh binatang tersebut tanpa tujuan dan hajat, kerana tiada faedah bagi orang yang melakukan pekerjaan sia-sia. Setiap umat Islam perlulah bersikap ihsan terhadap binatang, kerana Allah swt akan memuliakan orang yang ihsan kepada binatang. Ada kisah seorang sahabat Rasulullah yang singgah di sebuah perigi untuk mengambil air minum, sahabat tersebut turun ke dalam perigi tersebut untuk minum, setelah sahabat tersebut minum dan hilang hausnya, maka beliau naik kembali dari perigi tersebut, beliau terlihat seekor anjing melihatnya dalam keadaan lidahnya terjelir keluar dari mulutnya, sahabat tersebut turun mengambil air dengan menggunakan kasutnya untuk diberikan minum kepada anjing yang kehausan sehingga anjing itu kenyang.

(Terlalu banyak kekeliruan apabila saya membaca komen-komen yang melibatkan seorang artis memegang anjing. Jadi sebagai jawapan dari persoalan tersebut bacalah entry ini. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi ilmu dari insan yang lebih arif daripada kita. Terimakasih Ustaz Noramin)

Tuesday, March 23, 2010

Kisah Di Suatu Senja


Jangan sesekali terpengaruh dengan tajuk di atas ye...sesungguhnya tajuk itu tiada kena mengena dengan gambar di atas. Sebenarnya tengah syok godeh-godeh laptop ni..terjumpa pula gambar lama. Masa ni bawa anak-anak pergi Taman Tasik Permaisuri..tapi gambar tu tak nampak macam taman pun kan...sorry la jurugambar tak bertauliah. Entah dari angle mana dia snap gambar tu pun tak perasan. Sebenarnya saja nak tunjuk gambar cik abang kita...pssst bukan senang nak dapat amik gambar ngan dia.
Muka macam tension je...bukan tension sebenarnya tapi bosan menunggu anak-anak yang leka bermain hinggakan tak ingat nak balik. Adoi...balik sah...sah...kena singgah kedai sebab masing-masing kelaparan. Ok itu saja paparan untuk kali ini ye...selamat malam...




Friday, March 19, 2010

MANDI WILADAH

Salam pagi Jumaat buat rakan-rakan blogger. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi ilmu tentang mandi Wiladah. Apa itu MANDI WILADAH???..bagi yang telah mengetahuinya saya berharap marilah kita kongsi-kongsikan ilmu yang kita ada ye. Rasanya sejak dibangku sekolah lagi kita telah tahu apa itu mandi wiladah iaitu MANDI HADAS KERANA MELAHIRKAN ANAK. Saya percaya ramai ibu-ibu selepas bersalin akan berasa keliru antara mandi Wiladah dan Mandi Nifas.

Perkara-perkara Wajib mandi hadas besar :

Bagi Lelaki - 2 perkara:
  1. Keluar air mani - samada secara sengaja atau pun melalui mimpi
  2. Berjimak - tidak kiralah secara sah atau berzina pun kena mandi juga.

Bagi Perempuan - 4 pekara:

  1. Haid - rasanya semua orang tahu.
  2. Wiladah (selepas melahirkan anak). Mandi ini wajib dilakukan sebaik sahaja selepas seorang ibu melahirkan. (Niatnya : "Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala").
  3. Nifas iaitu Mandi hadas selepas habisnya darah nifas (iaitu darah yang keluar selepas bersalin). Ramai di antara kaum ibu yang keliru antara mandi hadas nifas dan wiladah. Bagi kaum ibu yang lepas bersalin dan belum lagi Mandi Wiladah maka segala solat dan puasanya selama ini tidak akan diterima oleh Allah SWT. Oleh itu kenalah mohon ampun dari Allah SWT kerana tidak mengetahui akan perkara ini. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Wajib atas kita memberi tahu saudara-saudara kita yang langsung tidak tahu akan perkara ini. Para suami juga perlu mempelajari tentang perkara-perkara sebegini kerana Suami adalah pembimbing kepada isteri. Adalah menjadi tanggungjawab suami mengajar dan mengingatkan isteri.
  4. Berjimak - samada secara sah ataupun berzina sekalipun...wajib mandi.


Thursday, March 11, 2010

Subject : Akum Versus As Salam

Photobucket


Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semalam dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dengan lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dengan salam yang penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.....

Sesungguhnya terlalu banyak kekhilafan kita sebagai hambanya di alam fana ini...
Monday, March 8, 2010

TEKNIK MENCURI DI RESTORAN

Berhati-hati...

Thursday, March 4, 2010

JANIN MENJADI BAYI

Dalam aku membelek-belek email pagi tadi...satu email telah menarik perhatian aku bertajuk Janin Menjadi Bayi yang dihantar oleh seorang sahabat. Terpukau aku melihat betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T kerana telah menghidupkan janin diluar perut ibunya. Seperti tidak percaya tetapi semua itu adalah kekuasaan Allah dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menandinginya. Gambar ni bila di upload dari email nampak besar tapi tak tau kenapa bila aku upload pulak kat blog jadi kecil. Aku ni memang but IT sikit.











Wednesday, March 3, 2010

GAMBAR TERBARU ZIZIE DAN BUNG MOKHTAR

N3 kali ini adalah gambar terbaru zizie ezzete dan bung mukhtar sewaktu menghadiri sebuah party. Aku pun tak pasti sama ada party diorang ataupun sebagai jemputan. Apa-apa pun layan aje lah ye...









Tolongla klik yer...sana tu...

Instagram

Follow my Instagram

About Me

Followers

 

Blog Template by YummyLolly.com