Monday, May 31, 2010

Trafik oooo trafik...


Bersawang sudah blog ku ini. Trafik pin turun mencanak lagi. Aduyai sedihnya..
Nak tahu sebabnya???
Kenapa sejak akhir-akhir ini aku tidak berkesempatan langsung
untuk mengupdate blog kesayanganku ini???? tak lain dan tak bukan kerana tuntutan
kerja yang perlu digalas. Kerja hakiki perlu diutamakan. Tak gitu kawan-kawan.

Inilah ceriteranya...


Aku telah menghadiri menyuarat Pengurusan dan Teknikal
Solar Hybrid di Kota Kinabalu, Sabah pada
24-5-2010 hingga 27-5-2010.
Selama beberapa hari disana maka tidak dapatlah
aku untuk mengupdate blog. Bukan apa tak larat rasanya
nak pikul laptop aku yang zaman tok kaduk ni kesana kemari.
Lainlah kalau ada netbook yang boleh bawa dlm handbag je...bukankah
best...berangan la pulak nak beli netbook.
Saturday, May 22, 2010

HIV TAK SENGAJA

JANGKITAN HIV TANPA DISEDARI


SILA AMBIL PERHATIAN. ARTIKEL INI PENTING UNTUK KITA...AGAR KITA SENTIASA BERWASPADA WALAUPUN DIMANA KITA BERADA. KESAHIHAN SERATUS PERATUS DARI ARTIKEL INI TIDAK DAPAT AKU SAHKAN...TETAPI SEBAGAI INDIVIDU KITA SENDIRI HARUS BERHATI-HATI. YANG RASA LOGIK AMBILLAH SEBAGAI INGATAN...

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati ... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih
  1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.
  2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
  3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati ... .
  4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempa t mengembalikan wang syiling..... ......... ......... ......... ...... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.
  5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. (Ada juga ke pekerja yang sanggup buat macam tu??)

Ini adalah nyawa anda.

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences USM,
Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA .
Thursday, May 20, 2010

FACEBOOK - ANTARA KEBAIKAN DAN KEMUNGKARAN


MUNGKIN RAMAI YANG SENTAP BILA BACA N3 KALI INI KERANA

KITA SENDIRI TELAH SEDIA MAKLUM TENTANG

BERAPA RAMAI PENGGUNA FACEBOOK NI DI MALAYSIA.

NAMUM APA YANG AKU PAPARKAN INI ADALAH

KENYATAAN YANG SEMEMANGNYA BERLAKU.

WALAUPUN BUKAN AKU YANG TULIS TETAPI AKU

MERASA TERPANGGIL UNTUK BERKONGSI DENGAN ANDA.

SEMOGA PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BAIK ITU

DAPAT SAMA-SAMA KITA JAUHKAN.


Dosa-Dosa & Facebook

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya , aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga,sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
3 Mei 2010

Wednesday, May 19, 2010

Bung Moktar Dipenjara sebulan dan denda RM 1,000



dari blog
http://kadikluang.blogspot.com/

Berita terkini yang diterima dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Bung Moktar dipenjara 1 bulan dan denda RM 1,000 bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran.

Bagi tuduhan kedua, beliau didenda RM1,000 atau penjara satu bulan kerana bersubahat dengan pelakon Zizie Izette bernikah tanpa kebenaran pendaftar. Zizie pula didenda RM2,000 atau penjara tujuh bulan kerana bernikah tanpa kebenaran dan subahat.

****Boleh ke Bung Moktar merayu untuk tidak dipenjarakan? Ini komen Kadi Kluang...


Hukuman yang dijatuhkan ke atas Bung Moktar amat mengejutkan dirinya. Sudah tentu beliau tidak menjangka hukuman itu. Itu adalah keputusan Hakim Yang Arif di Mahkamah Syariah yang tidak perlu dipertikaikan atau dipersoalkan. Jangan ada mana-mana orang atau sesuatu pihak yang mempertikaikan keputusan ini.

Rayuan di Mahkamah Tinggi

Untuk membayar denda, kesemua mereka tiada masalah. Mungkin mereka akan membayar denda. Atau mungkin mereka tidak mahu membayar denda, kerana denda itu mungkin menjejaskan nama baik dan masa depan kerjaya mereka. Sebagai seorang yang ternama dan berjawatan tinggi, mungkin memikirkan untuk merayu, bertujuan mengurangkan denda dan mengenepikan hukuman penjara. Sekiranya tidak merayu, Bung Moktar mungkin boleh dilucutkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Saya percaya, selepas ini Bung Moktar akan merayu ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengenepikan hukuman penjara. Takkanlah Bung Moktar sanggup masuk penjara. Kebiasaannya, peguam akan memohon ke mahkamah pada hari ini untuk menangguhkan sementara hukuman ini sementara menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Pengalaman saya sebagai Pendakwa Syarie, permohonan menangguh dan mengenepikan hukuman penjara adalah perkara biasa apabila seseorang dijatuhkan hukuman penjara.
Monday, May 17, 2010

NEW KARATE KID

Jangan lupa saksikan Filem Karate Kid bermula pada
6hb June di pawagam berdekatan dengan anda.
Gerenti filem aksi ini bakal memukau anda dengan aksi lincah
si cilik yang mahir berkarate.
Lakunan Jaden Smith dan Jackie Chan pastinya memukau
perhatian anda.



Synopsis

12-year-old Dre Parker (Jaden Smith) could’ve been the most popular kid in Detroit, but his mother’s (Taraji P. Henson) latest career move has landed him in China. Dre immediately falls for his classmate Mei Ying – and the feeling is mutual – but cultural differences make such a friendship impossible. Even worse, Dre’s feelings make an enemy of the class bully, Cheng. In the land of kung fu, Dre knows only a little karate, and Cheng puts “the karate kid” on the floor with ease. With no friends in a strange land, Dre has nowhere to turn but maintenance man Mr. Han (Jackie Chan), who is secretly a master of kung fu. As Han teaches Dre that kung fu is not about punches and parries, but maturity and calm, Dre realizes that facing down the bullies will be the fight of his life.

Friday, May 14, 2010

MUKJIZAT AZAN

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.


Wednesday, May 12, 2010

KURSUS

Penginapan : Hotel Concored, Shah Alam

Abaikan yang bersepah tu ye...
Pemandangan dati Tingkat 5 hotel.
Cantik sangat.

Malam siap ada ceramah ugama lagi.
Jarang kursus ada ceramah ugamakan...
kali ni lain dari yang lain.
Bagus...bagus..

Sessi pembukaan


Inilah dia tajuk kursus yang aku hadiri tempohari.
Sebab tulah aku terpaksa menyepi seketika...
Apa-apa pun kursus ni memang best.
Monday, May 10, 2010

SELAMAT HARI IBU

SEMALAM FRUST SANGAT-SANGAT SEBAB AKAK TAK DAPAT UPDATE BLOG.
SEMUANYA GARA-GARA LAPTOP AKAK YANG TELAH MENDAPAT SERANGAN
VIRUS. SEKARANG TENGAH SAKIT KAT ICU.
TAK MENGAPALAH...ITU SEMUA DUGAAN KAN.
SEMALAM JUGA MERUPAKAN HARI IBU...JADI
RASANYA MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK AKAK
MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU BUAT RAKAN-RAKAN
BLOGGER YANG TELAH MENJADI SEORANG IBU. SEMOGA ANDA MENJADI
SEORANG IBU YANG TABAH DAN CEKAL DALAM MENGHARUNGI
KEHIDUPAN YANG SEMAKIN MENCABAR.
PESANAN DARI PENAJA..JADILAH SEORANG IBU YANG BERJAYA
DUNIA DAN AKHIRAT.

DEK KERANA LAPTOP AKAK DAH MASUK ICU...MAKA
TRAFFIC PUN MENJUNAM TAHAP KRITIKAL.


ALMAKLUMLAH...BLOG SUAM-SUAM KUKU JE...
(MACAM ARTIS PULAK)
WALAUBAGAIMANAPUN AKAK TETAP NAK MENGUCAPKAN JUTAAN
TERIMAKASIH KEPADA RAKAN-RAKAN YANG MASIH SUDI MELAWAT
BLOG AKAK NI WALAUPUN AKAK TAK DAPAT JENGUK BLOG KALIAN.
HARAP-HARAP LAPTOP AKAK CEPAT SEMBUH YE...

Friday, May 7, 2010

IHSAN DALAM SEBUAH KEHIDUPAN

SALAM PAGI JUMAAT. EMAIL INI TELAH DIHANTAR OLEH SALAH SEORANG BOS DIPEJABAT AKU. BESAR MAKNA DAN MAKSUD TERSIRAT DISEBALIK EMAIL INI. SEMOGA IANYA BOLEH DIJADIKAN PENGAJARAN ...
TERUTAMA SEKALI UNTUK DIRI AKU...



"BERIBADAHLAH KAMU SEAKAN-AKAN KAMU MELIHAT ALLAH.
JIKA KAMU TIDAK SAMPAI KEPADA UPAYA ITU,
MAKA SEKURANG-KURANGNYA
RASAKANLAH YANG ALLAH ITU MELIHAT KAMU"


Ungkapan tinggi seorang Nabi, pada hadith Islam, Iman dan Ihsan itu, saya baca berulang kali.

Beribadah seakan kamu melihat Allah.

Tidak sukar untuk saya fikirkan, betapa besarnya kesan beribadah di dalam solat, atau beribadah di dalam pekerjaan dan muamalat, jika diri sampai merasa melihat Allah.

Seumpama saya diberi soalan peperiksaan oleh pensyarah dan beliau berdiri di hadapan saya memerhatikan saya, memerhatikan setiap jawapan yang saya tuliskan. Pasti sahaja saya menulis dengan cermat, sentiasa rasa gelisah apakah jawapan yang dicatat itu sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh pensyarah saya. Tidakkah serta merta beliau kecewa dan marah, jika saya menjawab dengan apa yang menyalahi ajarannya.

Tertekan dan tiada ruang untuk sambil lewa.

Seumpama saya ditempat kerja, majikan sentiasa berdiri di sisi, memerhatikan saya, tetapi yang lebih utama adalah saya sendiri sentiasa memerhatikan dia. Tidak mungkin kerja saya sambil lewa, kerana saya tahu dia yang menggaji dan menilai kerja saya, sedang berada jelas di sisi saya, di hadapan memerhatikan saya.

Ia kemuncak tumpuan dan perhatian.

Namun tidak semudah itu untuk saya merasainya. Dalam banyak keadaan, pensyarah tidak berdiri di sisi meja saya. Dalam suasana sebenar di tempat kerja, lazimnya saya bertindak dan bekerja dibawah pemantauan yang minimum. Majikan jarang bersama saya.

Tetapi kertas jawapan saya tetap akan dibaca oleh pnesyarah. Saya tetap akan kembali menemuinya di hari-hari mendatang. Kemarahan dan kekecewaannya terhadap performance saya tetap akan memberi kesan pada hubungan saya dengan pensyarah pada suatu masa dan hadapan kelak.

Malah jika majikan saya tiada bersama, tempat kerja saya sentiasa ada CCTV yang memerhati. Ada pegawai yang membuat laporan kualiti kerja saya. Akhirnya apa sahaja yang saya lakukan di belakang majikan tetap akan sampai dan terpampang di hadapannya.

Maka jika saya tidak dapat menimbulkan rasa pensyarah dan majikan memerhati, saya sepatutnya masih mampu mengekalkan amanah terhadap pekerjaan, dengan memelihara rasa diri ini diperhati.

Itulah tingginya peranan Ihsan sebagai pencetus usaha terbaik dalam setiap ibadah dan pekerjaan. Tidak sambil lewa, malah semuanya dilakukan dengan sepenuh upaya.

CARROT AND STICK

Dalam suasana kerja hari ini, lazimnya majikan menggunakan pendekatan carrot and stick.
Jika bagus, dibalas imbuhan. Jika culas, diberi hukuman.

Namun manusia yang berniat mahu berlaku culas dan bakal sentiasa setapak lebih maju dari sistem yang mengawalnya. Sebagaimana pencuri setapak lebih maju dari teknologi kunci dan alarm, begitu jugalah pekerja di dalam sesebuah syarikat. Namakan sahaja apa jua sistem untuk memantau dan mengawal, sentiasa ada jalan untuk penyelewengan dan tidak amanah boleh berlaku.

Sistem punch card sendiri hanya mampu memantau waktu pekerja tiba ditempat kerja, dan mustahil dapat memberitahu bila sebenarnya pekerja mula bekerja. Apatah lagi kaedah lain yang diserahkan kepada manusia (yang bernafsu dan keinginan) untuk melaksanakannya. Lubang tiris dan bocor sentiasa ada.

Banyak sekali contoh yang saya jumpa melalui pekerja syarikat ketika mengendalikan kursus bersama mereka. Menipu duit tol, menyelinap keluar barang pejabat, OT claim, namakan sahaja semuanya ada cara dan jalan dan ceramah saya bersama mereka mengundang perkongsian pengalaman dan "pengetahuan".

Mahu tidak mahu, manusia perlu kembali kepada taqwa dan kesedarannya terhadap hidup berTuhan. Kita adalah makhluk yang diciptakan bersistemkan luar ke dalam. Kita adalah manusia, yang dikawal tindak tanduknya oleh apa yang berlaku di dalam diri. Suasana, undang-undang, ganjaran dan hukuman, semua itu adalah faktor luaran. Manusia bertindak tetap oleh gerak hati, jiwa dan kemahuan, soal dalaman.

Soal dalaman adalah soal iman. Soal hubungan manusia dengan Tuhannya. Maka usaha memperkukuhkan aqidah dan kesedaran hudip berTuhan bukan lagi soal peribadi. Ia adalah juga sebahagian daripada keperluan organisasi. Generasi yang tinggi sains dan teknologi, hanya boleh dikawal oleh perkara asas membabitkan iman dan hubungannya dengan Allah. Soal Ihsan.

Jika hati tiada kesedaran bahawa setiap gerak gerinya dalam perhatian, jika manusia ghairah memaksa penilaiannya terhadap sesama manusia tanpa sedar bahawa penilaiannya juga dinilai oleh Allah, maka manusia sukar dikawal. Manusia akan bercakap sepuas hati, semahu mahunya. Hanya dengan mengingati Allah, manusia akur untuk berusaha mengawal dan membetulkan diri, walaupun jauh dari pengetahuan dan perhatian manusia.

Dia boleh mengelabui dan menipu mata manusia, tetapi mustahil dapat menipu Allah dan dirinya sendiri.

PERSEMBUNYIAN DI ALAM SIBER

Alam siber di internet ini telah mendedahkan manusia kepada suatu cabaran baru terhadap Ihsan manusia kepada Tuhan. Internet adalah alam yang manusia bebas melakukan apa sahaja, dan ia diburukkan lagi oleh keupayaan manusia menyembunyikan identiti.

Manusia yang mampu menjadi seangkuh-angkuh peribadi, hanya kerana kejahatan lisan dan tangannya, dapat disembunyikan disebalik nickname dan ID ciptaannya sendiri. Cakaplah apa sahaja, celalah siapa sahaja, kita tetap selamat kerana yang kelihatan hanyalah ID yang itdak beridentiti.

Sebelum zaman ICT mengusai kehidupan, tidak semua manusia berupaya `memasarkan' apa sahaja yang difikirkan. Hanya idea yang berharga sahaja diberi ruang diterbitkan melalui medium-medium yang terhad di zaman itu. Maka manusia tidak sebebas hari ini untuk menconteng pemikirannya dengan sesuka hati, melainkan kualiti isi dan etika bahasa akan dikawal oleh pihak editor yang mengambil tanggungjawab ini. Maka pemikiran sampah dan akhlak yang cemar, sedikit sebanyak masih terkawal.

Namun, bilamana era penerbitan bahan diinternet menjadi percuma, manusia mula meninggalkan pelajaran "mengenal sempadan". Apa sahaja yang mahu diluahkan dengan penuh kebebasan. sama ada idea tiu muncul dari akal, atau terbit dari hawa nafsu yang mazmumah, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Segalanya percuma dan dengan kemudahan ini, manusia semakin lupa pada nilai akhlak dalam ungkapan idea dan pemikiran. Segala-galanya menjadi lebih buruk dan cemar apabila sebesar-besar kemungkaran penulisan terselindung di sebali identiti dan pengenalan diri yang boleh ditopengkan oelah nickname. Seatu kemudahan yang mudah menjadi pisau yang melukakan.

Tanpa Ihsan yang menyedarkan insan betapa hidupnya di dalam perhatian dan penilaian Tuhan, sikap seperti ini mustahil dapat diubati.

Hanya dengan kesedaran bahawa setiap yang ditulis dan diungkap, bakal menjadi pahal juga dosa, maka manusia akan berundur sendiri dari kejahatan tangan dan lisan, kembali sedar bahawa dirinya diperhatikan Tuhan, selepas terlalu jauh pergi meninggalkan rasa bahawa dia sedang berkelakuan buruk dan baik dihadapan Tuhan.

Sama ada kita bersolat di atas sejadah, atau bekerja di bilik nafkah atau berceloteh di alam siber, ingatan diri kepada Allah jualah pengawal hakiki terhadap akhlak dan etika diri...seorang hamba yang hidup matinya diuji. Bertaqwalah wahai yang empunya diri, bahawa dirimu dan IDmu tetap di perhati...

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur.

Thursday, May 6, 2010

Big Fish Moment with Pizza Hut’

Semalam sewaktu leka menonton TV terpandang pula satu iklan terbaru dari PIZZA HUT - Fish King Pizza. Apalagi si buah hati aku mulalah mengendeng-ngendeng ajak aku ke Pizza Hut hari minggu ni. Hari ini pula bila aku buka website nuffnang terpandang lagi iklan Pizza ni siap ada contest lagi. Contest tersebut bertajuk `Big Fish Moment with Pizza Hut". Aku ni bukanlah pandai sangat nak mengarang-ngarang cerita untuk join contest ni tapi hati aku berkata apa salahnya kalau aku join...kalau tak menang pun sekurang-kurang ada juga posting baru untuk blog aku ni...hahaha


Tengok gambar kat atas tu dengan bangganya si mamat pemancing tu menunjukkan Fish King Pizza. Owh..terbayang kelazatannya dengan rasa lazat cheese memang tak terbayang kesedapannya.


Sekarang ni nak makan pizza tak susah lagi. Boleh oder secara online. Dial sahaja 1-300-88-2525 makan pizza akan datang ke pintu rumah anda. Dengan kemudahan yang ada tiada lagi alasan untuk anda menikmati keenakan dan kelazatan pizza terbaru ini. Fish King Pizza dengan rasa ikan yang segar ditambah lagi potongan buah nanas dan cheese yang menyelerakan.



Bagi pemegang kad kredit pula dapatkan potongan diskaun sebanyak 30%. Begitu mudah dan menjimatkan. tak perlu berbelanja besar untuk ke Pizza hut.

Yes...pizza kini boleh dinikmati dimana sahaja...mudah dan pantas.

Wednesday, May 5, 2010

UCAPAN MAHMUDAH YANG ELOK DIAMALKAN

1 – Perkataan SUBHANALLAH
Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH “

Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan .

Tujuan kita mengucapkan “ SUBHANALLAH “ iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : “ Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala “ .

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan “ SUBHANALLAH “ apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : “ Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu “ .

Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut :
Ertinya : “ Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan “ ~ Surah al-Hasyr : ayat 23

Lihat penggunaan “ SUBHANALLAH “ ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :
Ertinya : “ Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) dari Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqsa ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s.a.w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat “ . ~ Surah al-Israk , ayat 1 .

Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya s.a.w dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia .

Ucapan “ SUBHANALLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TASBIH “ .


2 – Ucapan “ ALHAMDULILLAH “
Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah “ ataupun “ Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah “ .

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita .

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :
Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan " ~ Surah al-‘Aaraf , ayat 43 .

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan “ ALHAMDULILLAH “ sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a.s .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .

Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :
Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah (Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) “ .

Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .

Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : “ Alhamdulillah , saya berjaya “ ( Diucapkan ucapan “ Alhamdulillah “ agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) .

Ucapan “ ALHAMDULILLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TAHMID “ .


3 – Ucapan “ ALLAHU AKBAR
Ertinya : “ Allah Maha Besar “ .

Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :
1 – Apabila berada di tempat yang tinggi .
2 – Apabila berada di dalam ketakutan .
3 – Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala .
4 – Sebagai “ pembakar semangat “ para pejuang Islam .
5 – Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .

Ucapan ini dikenali juga sebagai “ TAKBIR “ .


4 – Ucapan “ LA ILAHA ILLALLAH “
Ertinya : “ Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah “ .

Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .

Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih ( seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini.

Ia dikenali juga dengan gelaran “ TAHLIL “ .


5 – Ucapan “ BISMILLAH “
Ertinya : “ Dengan Nama Allah “

Ucapan ini dikenali sebagai “ BASMALAH “

Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .

Ertinya di sini ialah : “ Bismillah “ digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : “ Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya “ .

Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala . Contohnya :
A – Membaca “ Bismillah “ untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk “membuka gelanggang silat “ , untuk “ menyemah “ rumah, untuk “ menjamu “ penunggu dan jin dan sebagainya .
B – Membaca “ Bismillah “ untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .
C – Membaca “ Bismillah “ untuk “ tikam “ nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian .
D – Membaca “ Bismillah “ ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .
E – Membaca “ Bismillah “ untuk makan dan minum apa-apa yang haram .
F – Membaca “ Bismillah “ kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .


6 – Ucapan “ MA SYAALLAH “

Ertinya : “ Apa yang Allah Kehendaki “

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .

Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih )

Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut “ MA SYA ALLAH “ ketika melihat wanita-wanita yang berpakaianseksi sebab kalimah itu bermakna “ Apa-apa yang Allah kehendaki “ , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihatpelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV .

Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! .

Ucapan ini diistilahkan sebagai : “ AL-MASYIAH “


7 – Ucapan “ A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM “
Ertinya : “ Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam ( terkutuk ) “ .

Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana .

Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .

Ucapan ini digelar sebagai “ AT-TA’AWWUDZ “ .


8 – Ucapan “ LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH “
Ertinya : “ Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan ( yang sebenar / yang terutama ) melainkan dengan izin ( pertolongan ) Allah “ .

Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu .

Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita .

Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HAUQOLAH “ .


9 – Ucapan “ INSYA ALLAH
Ertinya : “ Jika diizinkan Allah “

Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang . Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut “INSYA-ALLAH “ , tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya , maka tidaklah wajar kitamenggunakan kalimah ini . ~ [ Hasil temuramah di antara Al marhum S.S Dato’ Ishak Baharom , Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia ].

Ucapan ini dikenali sebagai “ TAWAKKUL “ ( Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal )


10– Ucapan “ BARAKKALLAHU FIK “
Ertinya : “ Semoga Allah memberkati engkau “ .

Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya .
Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin .

Ucapan ini dikenali sebagai “ AT-TABARRUK “ .


11 – Ucapan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN “
Ertinya : “ Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan “

Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang .
Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN “ ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak “ .
Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK “ ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) .

Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan “ JAZAKALLAHU “ ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! .

Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : “ JAZANA WA IYYAK “ . Erti respon itu ialah : “ Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu “ .

Ianya dikenali sebagai kalimah “ ASY-SYUKR “


12 – Ucapan “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya . ( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .

Firman Allah mengenai ucapan ini : Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “~ Surah al-Baqarah , ayat 155 .

Ucapan ini dikenali sebagai “ LIL ISTIRJAA’ / TARJIE’“


13 – Ucapan “ HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL “
Ertinya : “ Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong “ .
Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap ( bertawakkal ) kepada Allah Ta’ala semata-mata . Dan ia juga merupakan ucapan “ pembakar “ semangat keberanian orang-orang yang beriman . Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh.

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r.a menjelang Perang Badar : Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : "Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkanpasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung “ . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HASBANA

----------------------------------------------------------------

Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Tolongla klik yer...sana tu...

Instagram

Follow my Instagram

About Me

Followers

 

Blog Template by YummyLolly.com