Tuesday, June 29, 2010

MEREPEK MERABAN

Tajuk macam takleh blah je kan...Memang betul-betul buntu hari ni tak tau apa nak buat, tak tau apa nak tulis, apa yang ada hanyalah keboringan tahap melampau. N3 merepek meraban aku harap tak mengganggu mood korang untuk terus mengunjungi blog aku ye...Blog aku masih memerlukan pengunjung untuk menaikkan serinya. Tanpa pengunjung jadilah blog aku ni bersawang.

sekalung tahniah buat nana

Dua hari yang lepas aku terbaca satu kisah di blog
bertajuk Nana Buka Tudung Demi Menutup Mayat Seorang Makcik.
Terlebih dahulu tahniah aku ucapkan pada nana kerana keperihatinannya dalam memberi bantuan atau paling tidak pun menutup mayat tersebut. Membaca cerita nana membuatkan aku betul-betul terkilan dengan apa yang terjadi. Kemanakah perginya perasaan tanggungjawab dalam hati masyarakat kita sekarang ini sehinggakan mayatyang tidak berdosa menjadi bahan tontonan malah menjadi bahan rakaman si penonton. Tidakkah terdetik di hati mereka untuk menjaga maruah si mati atau setidak-tidaknya melahirkan rasa simpati dengan apa yang terjadi?. Apakah masyarakat kita kini telah tiada nilai-nilai murni dalam diri atau mungkin juga
kurangnya pendidikan agama. Mujurlah masih ada insan berhati mulia seperti nana yang masih sanggup membantu kerana kita sememangnya bertanggungjawab untuk membantu.

Teringat aku satu waktu dahulu di musim perayaan..telah berlaku satu kemalangan dimana penumpangnya cedera dan bergelimpang di tepi jalan...yang menjadi ceritanyaadalah orang yang berhenti bukan mahu memberi pertolongan tetapi sekadar menonton dan ada juga yang mengambil kesempatan mangambil barang kemas mangsa tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Tergamam aku mendengarkan berita itu. Tidakkah mereka terfikir bagaimana luluhnya perasaan mereka sekiranya si mangsa itu adalah Ibu atau Adik atau kakak mereka.

Memang telah aku rasakan bahawa dewasa ini sifat prihatin dan nilai-nilai murni telah tandus di kalangan remaja kita. Kenapa ianya terjadi? Adakah kerana kurangnya didikan agama? Anda sendiri boleh memikirkanya...



2 comments:

Ida Sazarina said...

thanx kak~~
nana cuma membantu ao yg patut n mampu jew kak~ :)

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Nana...sama-sama. Akak memang puji sikap nana. Macamana lagi kita nak pupuk sikap bertanggungjawab pada anak muda kita sekarang tak tahulah.