Sunday, August 29, 2010

Selamat Berhujung Minggu.

Dah beli baju raya? Dah beli kasut raya? Rata-rata itulah persoalan yang kerap diajukan setiap kali berjumpa sesiapa pun. Raya tahun ni memang terasa terlalu hambar. Inilah kali pertama mummy beraya tanpa ibu tercinta. Sedih terasa....sayu sangat-sangat. Selalunya setiap kali berhari raya mummy tidak pernah miss pulang ke kampung...apatah lagi kedua-dua ibubapa hubby memang dah lama kembali kerahmatullah. Entah kenapa mummy rasa berat hati untuk pulang walaupun mummy masih ada adik beradik yang lain di kampung. Mungkin mummy tidak mampu berhadapan dengan kesedihan.
Ahhhh anak-anak mummy sibuk bertanya tahun ni beraya dimana?...balik kampung berapa haribulan...semua tu mummy tak mampu menjawapnya. Tengoklah nanti entah-entah last minute mummy buat keputusan.

Dah jangan sedih-sedih....doakan yang terbaik untuk semua.


Ni dah lama mummy tak tulis pasal nuffnang. Hari ni mummy nak tanya sikit kenapa

lambat sangat dapat cek dari nuffnang ni. Dah sebulan lebih dah mummy cashout ni tapi cek

tak sampai-sampai lagi. Ini adalah merupakan cashout mummy kali ke 3. Selalunya ontime dah dapat cek. Adesss....

Laptop mummy ni dah buat hal la pulak. Mummy nak pastekan detail cashout mummy kat bawah ni tapi tak bolehlah pulak. Biar jelah kat atas tu ye.
Oklah...SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERHARI MINGGU.




Monday, August 23, 2010

BAPA BOREK ANAK RINTIK

Sedih sangat-sangat bila baca berita macam ni. Mungkin inikah punca kes-kes pembuangan bayi yang sedang berleluasa dewasa ini???. Manakan tidak bapak-bapak yang sepatutnya menjadi pembimbing dan contoh kepada anak-anak sendiri pun tewas dek godaan nafsu amarah. Bagaimana kita mahu melahirkan anak-anak yang soleh dan mendengar kata seandainya bapa sendiri sibuk dengan hal dunia dan tidak malu meneguk air kencing syaitan. Nauzubillahmin zaalik...semoga mereka ini akan kembali ke pangkal jalan dan semoga hidayah dari Allah swt sentiasa bersama mereka. Apatah lagi bulan Ramadhan yang mulia ini...semoga mereka akan segera sedar....


Abai puasa Ramadan

Oleh FIRDAUS SAHAT dan MIOR AZLAN MIOR KAMARULBAID

2010/08/22







KUALA LUMPUR: Tua tidak sedar diri! Itulah yang boleh diibaratkan terhadap segelintir lelaki hidung belang beragama Islam yang sanggup berjoli di sebuah kelab dangdut di ibu kota pada bulan mulia ini semata-mata untuk melayan nafsu dengan pelayan pelanggan (GRO) yang rata-rata seksi dan gebu.

BUKTI... kelab dangdut masih mendapat perhatian pengunjung beragama Islam meskipun pada bulan puasa.
BUKTI... kelab dangdut masih mendapat perhatian pengunjung beragama Islam meskipun pada bulan puasa.


Mereka yang tidak mempedulikan Ramadan ini tanpa segan silu meneguk air kencing syaitan sambil rebah dibelai GRO terbabit.

Tinjauan Metro Ahad baru-baru ini mendapati, hampir setiap malam dianggarkan 50 pengunjung memenuhi pusat hiburan itu.


Malah, golongan lelaki berkenaan langsung tidak mempedulikan kesucian Ramadan dan mengabaikan ibadat Tarawih hingga sesetengah daripada mereka sanggup melakukan maksiat bersama pasangan masing-masing.

Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti senaman turut dieksploitasikan golongan GRO itu bagi mewujudkan gerak tarian yang memberahikan bagi menarik perhatian pelanggan.

GRO terbabit juga bukan saja berpakaian seksi dan mempersembahkan aksi tarian mengghairahkan, malah turut tidak kisah jika bahagian tertentu tubuh mereka dipegang serta diraba pengunjung.

Berdasarkan pemantauan, kelab dangdut berkenaan dibuka seawal 8.30 malam setiap hari sepanjang bulan ini dan menyediakan hampir 30 GRO manakala pada hari biasa, kelab ini dibuka seawal jam 3 petang.

Tanpa rasa curiga, seorang ‘Mami’ yang mendekati wartawan menawarkan gadis sebagai peneman dengan bayaran hanya RM40 untuk satu jam, malah GRO berkenaan juga boleh dijadikan teman ‘geli-geli’.

Pada masa sama, golongan GRO itu boleh ditempah dengan bayaran RM200 serta dibawa keluar sehingga pagi sebagai pemuas nafsu, tetapi semua itu atas perbincangan bersama GRO terbabit.

Dalam perbualan wartawan bersama seorang GRO, dia mendakwa kelab dangdut itu jarang diserbu pihak berkuasa tempatan.

GRO itu juga mendakwa dia tidak risau dengan kehadiran pihak berkuasa kerana kelab berkenaan berada di luar ‘pandangan’ mereka.

Seorang pengunjung tegar yang ditemui wartawan berkata, sama ada puasa atau tidak, kelab dangdut berkenaan menjadi tempat persinggahannya.

“Di sini kita tidak perlu risau apa-apa. Jarang sekali pihak polis datang membuat serbuan, malah tiada aktiviti luar biasa diadakan.

“Paling kurang, saya mendapatkan khidmat bersuka ria dengan GRO, menari dan geli-geli. Malah, jika suka sama suka, saya perlu membayar GRO berkenaan, kemudian membawanya ke hotel untuk memadu kasih.

“Saya kerap datang ke kelab ini untuk mendapatkan khidmat sama selain melupakan penat lelah bekerja seharian,” katanya.

Sementara itu, mengulas aktiviti golongan lelaki berkenaan, penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz berkata, kebanyakan individu yang melakukan dosa terang-terangan seperti ini mengalami krisis keimanan.

“Bayangkan, kenapa seseorang itu sanggup membelanjakan wang ringgit ke pusat hiburan daripada datang ke masjid yang dipenuhi pelbagai juadah berbuka percuma?

“Malah, melangkah ke masjid juga menjadi pahala percuma kepada mereka daripada mengutip dosa besar ke tempat maksiat.

“Itulah yang kita gelar krisis keimanan. Benteng iman pada diri masing-masing luntur dan rapuh hinggakan tergamak melakukan maksiat pada bulan mulia ini.

“Pada masa sama, meskipun sudah berumur dan kebanyakannya boleh digelar ‘senja’, mereka mengalami kerosakan akhlak dan sukar meninggalkan kemungkaran. Malah kelakuan mereka turut menghina dan menjatuhkan maruah islam,” katanya.

Menurut Hassan, golongan itu sesuai digelar lebai malang kerana sukar meninggalkan larangan-Nya, malah Nabi Muhammad SAW turut menamakan budaya berkenaan sebagai budaya lubang biawak.

“Budaya lubang biawak sama seperti individu yang gemar mencari keseronokan di pusat hiburan. Lepas satu pusat hiburan, dia mencari keseronokan di tempat lain pula.

“Ini sebenarnya penghalang dalam Islam. Perkara ini harus dibendung pihak berkuasa dan seharusnya mereka yang gemar melakukan kemungkaran ini disedarkan daripada terus terjerumus,” katanya.




Wednesday, August 18, 2010

BUANG BAYI GAMBARAN SOSIAL MASA KINI.

Di bawah ini adalah keratan akhbar tentang kisah buang bayi yang semakin menjadi-jadi. Apatah lagi bulan baik ini. Hari ini adalah merupakan hari ke lapan umat islam menjalankan ibadah puasa tetapi boleh dikatakan setiap hari jugalah mummy dengar kisah buang bayi ini berlaku. Bertapa tergamaknya hati si pelaku...sepatutnya bulan yang mulia ini kita bermuhasabah diri...mengubah diri menjadi yang lebih baik namun ternyata hati meraka telah kebal untuk menerima kebaikan. Mummy sokong sangat-sangat saranan kerajaan agar pesalah buang bayi dihukum sama seperti hukuman membunuh kerana sememangnya mereka ada niat untuk ke arah itu. Kalau tidak mana mungkin mereka tergamak meninggalkan bayi yang masih hidup dengan sewenang-wenangnya.

Buang bayi gambaran sosial masa kini

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kes-kes pembuangan bayi yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini menunjukkan gambaran tentang kemerosotan akhlak dalam institusi sosial masyarakat masa kini.

Tokoh-tokoh agama berpendapat, kekerapan kes itu adalah petanda bahawa secara umumnya pegangan masyarakat pada aspek agama dan kemanusiaan sudah hampir hilang.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Razak Idris berkata, penyelesaian terhadap gejala itu haruslah dilakukan bagi tempoh jangka panjang dan jangka pendek.

"Penyelesaian perlu bermula dari peringkat keluarga lagi dengan pendidikan agama yang lebih berkesan, ia perlu diterapkan dalam jiwa remaja sejak kecil lagi supaya mereka lebih jelas nilai-nilai dalam Islam dan juga kemanusiaan.

"Program penghayatan agama terutamanya di sekolah-sekolah menengah juga perlu diadakan kerana pada peringkat umur beginilah mereka akan mula terjerumus ke kancah maksiat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kes penemuan terbaru mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara semalam.

Muhammad Razak berkata, bagi yang telah terjebak dengan perbuatan zina sehingga menyebabkan mengandung, penyelesaian yang betul haruslah dicari untuk mereka.

"Jika kita sudah melakukan satu kesalahan, maka janganlah ditambahkan lagi dengan membuang bayi itu. Masyarakat juga harus membantu dengan memberi pertolongan supaya mereka tidak membunuh bayi itu," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin berkata, persekitaran masyarakat kini yang terlalu bebas merupakan antara punca aktiviti tidak sihat itu.

Beliau berkata, masalah gejala sosial hanya boleh dibendung dengan kekuatan iman dalam diri yang kuat dan jati diri yang berlandaskan agama.

"Kajian menyeluruh perlu dilakukan daripada setiap kes yang dilaporkan untuk memahami sebab sebenar hal-hal itu boleh berlaku,'' ujarnya.

Zaid berkata, pihak berkuasa juga perlu menyediakan satu saluran untuk membantu golongan yang telah terlanjur itu seperti diadakan rumah perlindungan bagi membantu mereka pulang ke pangkal jalan.

"Masyarakat selalunya akan memandang keji terhadap mereka, tetapi seharusnya kita membantu supaya gadis mengandung tidak mengambil jalan salah dengan membuang bayi yang dilahirkan nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, ibu bapa yang tidak mempunyai ilmu agama merupakan punca terhadap permasalahan itu.

"Ibu bapa terlibat sudah pasti tidak mendidik anak-anak mereka dengan ilmu agama sehingga menyebabkan generasi muda kurang berminat terhadap agama.

"Kepesatan ekonomi dan penghijrahan golongan muda yang masih mentah dalam kehidupan menyebabkan mereka mudah terjebak dengan masalah sosial itu kerana tiada pengawasan daripada ibu bapa," katanya.

Tambahnya, masyarakat perlu balik pada pegangan agama supaya perkara itu dapat dibendung.





Monday, August 16, 2010

Al-fatihah Buat Seorang Blogger


Diam tak diam dah lama juga rupanya aku tak blogwalking... dan sewaktu aku blogwalking ke blog De Iza House, dapat pula berita sedih ini Seorang Blogger Telah kembali Ke Rahmatullah. Pemilik blog itu adalah Zaza. Sedihnya...meskipun aku tidak mengenali beliau namun sebagai sahabat alamaya aku tetap merasa kehilangan seorang sahabat. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Wednesday, August 11, 2010

SENARAI HOTEL HALAL

BULAN PUASA NI MESTI RAMAI YANG AKAN MENGHADIRI
MAJLIS BERBUKA PUASAKAN. SELALUNYA MAJLIS NI
DIADAKAN DI HOTEL-HOTEL ATAU RESORT.
SO DI SINI MUMMY ATTACHKAN SENARAI HOTEL
YANG HALAL DI SEKITAR NEGERI SELANGOR.
KENAPA SELANGOR SAHAJA...KERANA MUMMY TINGGAL
DI SELANGOR. BAGI NEGERI-NEGERI LAIN BOLEH RUJUK
DI WEB JAKIM.
SELAMAT BERPUASA BUAT RAKAN-RAKAN ALAMAYA.

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL
[SIJIL MASIH SAH]



BilNama Hotel @ Resort
[ Nama Premis/Dapur ]
Tarikh Sah Sijil

1. CRYSTAL CROWN HOTEL (NIKMAT MAJU DEVELOPMENT SDN BHD)
NO 12 LORONG UTARA A,
OFF JALAN UTARA
46200 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :
COFFEE HOUSE - BRASS CAFE
CRYSTAL CROWN HOTEL, NO 12 LORONG UTARA, OFF JLN UTARA, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR

01/03/2009
-
28/02/2011

2. CYBERVIEW LODGE SDN BHD (RESORT & SPA)
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA

Nama Premis / Dapur :
VERANDAH KITCHEN
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA

01/05/2010
-
30/04/2012

3. CYBERVIEW LODGE SDN BHD (RESORT & SPA)
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA

Nama Premis / Dapur :
PASTRY KITCHEN
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA

01/05/2010
-
30/04/2012

4. HOTEL ARMADA PETALING JAYA
LORONG UTARA C, SECTION 52
P.O BOX 691
PEJABAT POS JALAN SULTAN
46200 PETALING JAYA
SELANGOR
Nama Premis / Dapur :
UTARA COFFEE HOUSE KITCHEN /DAPUR UTAMA


01/04/2010
-
31/03/2012

5. HOTEL ARMADA PETALING JAYA
LORONG UTARA C, SECTION 52
P.O BOX 691
PEJABAT POS JALAN SULTAN
46200 PETALING JAYA
SELANGOR
Nama Premis / Dapur :
MALAY KITCHEN / DAPUR MELAYU


01/04/2010
-
31/03/2012

6. HOTEL HILTON PETALING JAYA
2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA
Nama Premis / Dapur :
PASTRY
GROUND FLOOR EAST WING
HILTON PETALING JAYA
NO.2 JALAN BARAT
46000 PETALING JAYA

16/07/2010
-
15/07/2012

7. HOTEL HILTON PETALING JAYA
2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA
Nama Premis / Dapur :
COLD KICHEN
GROUND FLOOR EAST WING
HILTON PETALING JAYA
NO.2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA

16/07/2010
-
15/07/2012

8. HOTEL HILTON PETALING JAYA
2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA
Nama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN


16/07/2010
-
15/07/2012

9. HOTEL HILTON PETALING JAYA
2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA
Nama Premis / Dapur :
BUTCHERY
BASEMENT FLOOR EAST WING
NO. 2 JALAN BARAT
46200 HILTON PETALING JAYA

16/07/2010
-
15/07/2012

10. HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
MOHAMED SHUKOR BIN MOHD ZAKARIA ENTERPRISE
(HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG)
LOT 979 & 980 PANTAI BAGAN LALANG
SG PELEK SEPANG
SELANGOR
Nama Premis / Dapur :
CAFE D'BAGAN


01/02/2010
-
31/01/2012

11. KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT,

Nama Premis / Dapur :
DEGREES KITCHEN
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT, 64000,
SEPANG, SELANGOR

16/11/2009
-
15/11/2011

12. KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT,

Nama Premis / Dapur :
PASTRY KITCHEN
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT, 64000,
SEPANG, SELANGOR

16/11/2009
-
15/11/2011

13. KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT,

Nama Premis / Dapur :
BANQUET MAIN KITCHEN
PAN PACIFIC KLIA
JLN CTA 4B,
64000,KLIA

16/11/2009
-
15/11/2011

14. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM
Nama Premis / Dapur :
PASTRY KITCHEN
GRAND BLUEWAVEHOTEL SHAH ALAM,
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM

01/11/2009
-
31/10/2011

15. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM
Nama Premis / Dapur :
CHINESE KITCHEN
GRAND BLUEWAVEHOTEL SHAH ALAM,
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM

01/11/2009
-
31/10/2011

16. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM
Nama Premis / Dapur :
SEMARAK KITCHEN


16/04/2010
-
15/04/2012

17. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM
Nama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN


16/04/2010
-
15/04/2012

18. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM
Nama Premis / Dapur :
MALAY KITCHEN


16/04/2010
-
15/04/2012

19. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA

Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN
LEVEL 5,THE SUMMIT HOTEL

01/05/2009
-
30/04/2011

20. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA

Nama Premis / Dapur :
OCEANIA BUFFET RESTAURANT
LEVEL M,THE SUMMIT HOTEL

01/05/2009
-
30/04/2011

21. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA

Nama Premis / Dapur :
WARONG JUNCTION KITCHEN
LEVEL G, THE SUMMIT HOTEL

01/05/2009
-
30/04/2011









Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK.


Tanpa disedari

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,



11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,


11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri,


Sehingga lesu dengan perjalanan dunia


saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

BERSAMA KITA LEBURKAN KEKHILAFAN,


Mohon Maaf Lahir & Batin





Monday, August 9, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI





BERHATI-HATI DENGAN PRODUK ISRAEL

Product of Israel

Salam....Sekarang bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati........becareful of Kurma Yahudi .. Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia . Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.



Friday, August 6, 2010

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman, UIA (UZAR)


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam..


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)




Thursday, August 5, 2010

YOU ARE NEVER ALONE


Sometimes, when the world's not on your side,
You don't know where to run to,
You don't know where to hide.

You gaze, at the stars in the sky,
At the mountains so high.
Through the tears in your eyes.

Looking for a reason,
to replace what is gone.
Just remember, remember
That you are never alone.

You are never alone (you are never alone),
Just reach into your heart,
And Allah is always there.

You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.

So now as you long for your past,
Prepare for your future,
But knowing nothings going to last.

You see this life is but a road,
A straight and narrow path,
To our final abode.

So travel well O Muslim,
And Paradise will be your home,
And always remember.
That you are never alone.

You are never alone (you are never alone),
Just reach into your heart,
And Allah is always there.

You are never alone (Allah is there),
Through sorrow and through grief,
Through happiness and peace,
You are never alone.

You are never alone (you are never never alone),
Just reach into your heart,
And Allah is always there.

You are never alone (you are never alone),
Through sorrow and through grief,
Through happiness and peace,
You are never alone.



Tolongla klik yer...sana tu...

Instagram

Follow my Instagram

About Me

Followers

 

Blog Template by YummyLolly.com