Friday, July 30, 2010

JANGAN LUPA SAKSIKAN EPISOD AKHIR IMAM MUDA

Jangan lupa saksikan episod akhir Imam Muda malam ini
di Astro Oasis. Dua finalis terhebat ini kini bakal
ditentukan siapakah juara.
Kedua-dua calon pun memang mempunyai kehebatan tersendiri.
Semoga mereka bakal keluar dengan status imam muda
yang dihormati dan berpengetahuan luas.
Insyaallah.



Biodata Hizbur:
NAMA PENUH: HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI
ASAL: Baling, Kedah
UMUR: 27 Tahun
TARIKH LAHIR: 01 April 1983
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Guru Tahfiz
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir),Universiti Al-Azhar Mesir







Biodata Asyraf:
NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya




Friday, July 23, 2010

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ



“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Israa’: Ayat 1)


Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab setiap tahun Hijrah menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan dan kemaksiatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi. Lebih teruk lagi, ramai umat Islam pada ketika itu, telah murtad kerana tidak mempercayai baginda. Namun, terdapat hikmah disebalik peristiwa ini. Setahun selepas berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, berlaku Hijrah ke Madinah. Ini adalah salah satu cara untuk Allah memilih hamba-Nya yang terbaik sahaja untuk turut sama berhijrah bersama Rasulullah SAW.

Kita sering mendengar kisah Israk dan Mikraj ini disampaikan dalam majlis-majlis ilmu, menceritakan peristiwa-peristiwa yang disaksikan oleh Rasulullah SAW di langit pertama sehingga langit ke tujuh. Namun, hanya segelintir dari kita yang mengetahui mengapa terjadinya peristiwa ini.

Tatkala itu, dakwah Islamiah berada dalam posisi tenat dari segi psikologi Rasulullah SAW dan para sahabat sendiri. Kaum Musyrikin ketika itu telah memutuskan hubungan dengan Rasulullah SAW, Bani Hashim dan Bani Al-Mutallib, yang berlanjutan selama dua atau tiga tahun. Malahan, pada masa itu, amat sukar mereka menerima kemasukkan saudara baru kedalam Islam.

Israk Mikraj berlaku pada tahun yang digelar Tahun Kesedihan. Ini kerana, pada tahun tersebut, Rasulullah SAW telah kehilangan dua insan yg paling disayangi oleh baginda. Pertama, insan yang menjadi pelindung baginda dari ancaman kafir Quraisy pergi untuk selama-lamanya, Abu Talib, bapa saudara baginda. Tidak lama kemudian, ratu di hati baginda, Siti Khadijah RA, yang menjadi tulang belakang dan senantiasa mendokong dan menyokong dakwah dan perjuangan baginda, turut pergi meninggalkan baginda.

Dengan azam yang tidak luntur untuk menyampaikan dakwah Islam, baginda cuba menyebarkan Islam di Taif. Bagaimanapun, baginda hanya mendapat cemuhan daripada penduduk-penduduk di situ.

Kesedihan dan ujian yang bertimpa-timpa dihadapi oleh baginda Rasulullah SAW dengan penuh tekad. Pada malam 27 Rejab, Jibril mengejutkan baginda dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada baginda bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawa baginda dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Kemudiannya dari Masjidil Aqsa, baginda telah naik ke Sidratul Muntaha melalui tangga yang dari syurga yang berselang seli antara emas dan perak.

Sepanjang perjalanan baginda, yang ditemani Jibril, dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha, baginda telah menyaksikan pelbagai peristiwa-peristiwa yang menjadi peringatan untuk semua umat manusia. Ketika di Sidratul Muntaha jugalah, baginda Rasulullah SAW telah menerima perintah Solat yang menjadi tiang dan tunjang agama Islam.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat ataukekuasaan Allah SWT juga untuk mengubat kesedihan Rasulullah SAW pada ketika itu. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW.

Walaupun para ulama masih lagi khilaf tentang tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini, namun, ianya bukan satu penghalang bagi semua umat Islam untuk meningkatkan iman, amal soleh dan mengambil pergajaran, berdasarkan peringatan dari peristiwa-peristiwa yang disaksikan oleh Rasulullah SAW ketika Mikraj. Dunia ini satu persinggahan, ruang untuk kita mengumpul bekalan. Akan tiba suatu masa, kita akan dipanggil menghadap Pencipta. Disitulah, akan kekal untuk selama-lamanya. Adakah kita sudah bersedia?

Wallahualam….




Wednesday, July 21, 2010

AWAN YANG TERPILU


Awan Yang Terpilu

Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar
Melintas laut
Mencari pohon
Untuk berteduh

Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba kasih
Paling setia

Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik-rintik hujan
Menciptakan
Awan yang terpilu

Puisi ini
Tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu
Ku kepadamu

Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa
Dengan sempurna
Biarkan kau mengerti
Biarkan kau sedari
Keadaanku yang memujamu





Friday, July 16, 2010

RENUNGAN PAGI JUMAAT


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.





Tuesday, July 13, 2010

TIP MENGHALANG JENAYAH


Peringatan dari PDRM


Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).


2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).


3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM




SELAMAT PAGI


Sekian lama tidak dapat mengupdate blog ni....terasa sungguh kerinduannya. Dek kerana internet
yang mengalami masalah terpaksalah mummy menahan kerinduan itu. Hari ini sesampai je kat ofis buka-buka...eh...eh...ada lak. Apalagi sepantasnya mummy untuk menyapa rakan-rakan semua. Apa khabar wey....lama tak dengar berita...nak masuk blog korang pun tak boleh sejak akhir-akhir ni. Harap-harap lepas ni oklah internet ni. Terimakasih ye kepada rakan-rakan yang tetap sudi singgah blog mummy walaupun mummy tak online. Insyaallah mummy akan menyusul kat blog korang seandainya internet ni dah ok.


Saturday, July 10, 2010

YAHOO...HARI INI DAPAT BW DENGAN GEMBIRA


Dah berapa hari tenet kat ofis mummy ada masalah..dah jadi macam biskut...jap ada..jap takde.Geram dibuatnya...sapalah yang sabotaj mummy nak bw tak tahulah. Ish tak baik sangka buruk tau. Rasanya tenet kat ofis mummy tu tak akan pulih dah kut coz tenetnya dah tak stabil.
Server yang ada pun dah tak boleh menampung kapasiti pengguna yang tidak pernah putus. Alamatnya lepas ni terpaksalah mummy beli berukband pulak. Nasib baik kat rumah mummy ni ada streamyx...bolehlah juga jalan-jalan kat blog rakan-rakan. Itupun kalau hari cuti...hari bekerja alamatnya pukul 10.00 malam dan tersangap-sangap macamana nak jalan-jalan. So hari ini kesimpulannya bolehlah mummy bw dengan gembira. Jangan lepas ni dua orang askar mummy tu nak main game...sudahlah...memang mummy tak layan punya....

Akibat tak dapat bw...nak tengok trafik mummy yang macam anak tangga...sila perhatikan kat bawah ye. Aduyai....pening kepala mummy...buffered yang ada 2, 3 ketul tu tak berganjak amountnya..camana nak lawan mr. darkbatman ni..hehehe


Terimakasih banyak-banyak pada kawan-kawan yang masih tetap mengunjungi blog mummy meskipun mummy tak online. Jasamu akan ku kenang...cewah...





Wednesday, July 7, 2010

PENJELASAN AIZAT TENTANG GOSIP PERPISAHAN DENGAN LIYANA JASMAY



MEMANG selama ini mereka tidak pernah membuat sebarang pengakuan secara rasmi. Tidak ada sebarang komen atau penjelasan apabila salah seorang daripada mereka ditanya mengenai status hubungan mesra itu.

Aizat Amdan dan Liyana Jasmay lebih selesa mengunci mulut. Tindakan itu membuatkan ramai orang meneka dan tidak kurang yang berpendapat mereka sebenarnya sedang bercinta. Rapat, Aizat dan Liyana juga sering dilihat bersama tidak kira pada acara hiburan skala kecil atau besar.

Jadi, walaupun tiada pengakuan, mereka secara tidak rasmi sudah dilabelkan sebagai pasangan kekasih. Sama padan dari ukuran usia, karier dan status keluarga, mereka dilihat amat serasi.

Namun, sebelum mereka sempat mengumumkan atau mengesahkan status mereka, ada khabar angin yang menyatakan mereka sudah berpisah.

Jika mereka tidak pernah bersama, bagaimana pula khabar angin itu boleh timbul? Mengapa pula ada pihak yang menimbulkan isu perpisahan mereka? Aizat yang ditemui semasa menjalankan penggambaran klip video lagu Erti Hari Ini di studio ntv7, Glenmarie membuka cerita.

"Orang ramai sudah salah anggap mengenai hubungan kami. Seperti yang diketahui ramai, kami tidak pernah mengumumkan secara rasmi mengenai status hubungan kami menerusi mana-mana medium media.

"Jadi semua berita mengenai percintaan dan perpisahan ini adalah satu salah faham. Jauh sekali jika ada orang mengaitkan Pasha Ungu sebagai pihak ketiga," jelas Aizat.

Aizat sedar ramai orang yang menganggap mereka merupakan pasangan kekasih kerana keakraban mereka sering menjadi laporan media. "Rasanya saya dan Liyana mula rapat semasa saya terlibat dalam pembikinan albumnya.

"Selepas itu, kami sering lepak bersama dan menjadi kawan baik. Dari situ juga orang melihat kami rapat dan salah faham. Sekarang kami masih berhubung seperti biasa dan tidak ada timbul sebarang masalah seperti yang dikatakan orang."

Jelas Aizat lagi, dia sendiri tidak tahu bagaimana berita perpisahan itu boleh timbul. Dia dan Liyana juga tidak memandang berita itu satu masalah kerana hanya mengambilnya sebagai salah satu lagi gosip.

Malah Aizat berasa pelik mengapa khabar angin itu turut melibatkan ahli keluarga mereka. "Ramai orang buat cerita selepas melihat kami rapat. Seperti status yang ditulis dalam laman sosial Facebook, ada kalanya kita mahu menyampaikan mesej berlainan.

"Tapi ia memberikan mesej berlainan kepada orang berbeza. Jadi apabila ada berita mengenai kemesraan kami ditulis, ramai orang mula mempunyai tanggapan tersendiri. Keluarga kami berdua juga tidak mempunyai sebarang masalah."

Berasa gembira dengan hidupnya sekarang apabila mendapat sokongan padu daripada keluarga dan rakan-rakannya, ayah Aizat sebelum ini ada menyatakan bahawa dia tidak boleh berkahwin sehingga usianya mencecah 30 tahun.


TIADA perubahan. Aizat dan Liyana masih meneruskan hubungan seperti sediakala.


Tahu ayahnya menyalurkan maksud tersirat, Aizat mengaku dirinya ada mencari teman wanita. Cuma agenda itu bukan keutamaan dia sekarang. "Memang saya ada mencari teman wanita tetapi tidaklah terlalu terdesak.

"Seperti apa yang dikatakan oleh ayah, dia mahu saya berkahwin hanya pada usia 30 tahun. saya faham ayah bukannya bermaksud dari segi nombor. Dia mahu saya stabil dari segi mental serta kewangan dahulu. Namun, soal jodoh itu sukar untuk diramal," tambahnya lagi.


ALBUM baru bukti kesinambungan karier muzik Aizat.


SUMBER DARI KOSMO ONLINE.

TAK MENGAPALAH DIK...MASING-MASING PUN MUDA LAGI. PERJALANAN KARIER PUN MASIH JAUH LAGI...CINTAN CINTUN TU LETAK TEPI DULU LA....

APA-APAPUN TETAP MINAT LAGU-LAGU IZAT...YEEEAAHHH



Saturday, July 3, 2010

KENALI PENYAMAN UDARA ANDA...



MARI DEKAT...MARI DEKAT....
HAAHAAHAA BEST PULAK IKLAN TU KAN..



Adakah anda tahu gambar apa kat atas tu?...Sesiapa yang tak tahu duduk dekat-dekat ye...kerana hari ni cik kiah nak bercerita tentang ECO PATROL....alaaa yang Anne Ngasri ngan bekas suaminya dok buat iklan tu. Mula-mula akak pun tak tahu juga apa itu ECO Patrol ni tapi bila dah baca timbul pula ingin berkongsi dengan rakan-rakan.

Ada sesiapa yang tak pakai aircond kat rumah?...hehehe rumah akak pun takde baru nak survey la ni..mana yang bagus dan boleh menjimatkan. Semua orang tahukan Aircond ni berfungsi mengeluarkan hawa sejuk pada tahap sama tanpa mengira ruang terbabit kosong atau ada orang. Sudah tentulah ini membawa kepada pembaziran tenaga dan wang ringgitkan. Kelemahan pada alat penyaman udara biasa ini telah diatasi menerusi pengenalan sistem teknologi Eco Patrol. Selain dilengkapi ciri Intelligent Inverter yang menjimatkan tenaga elektrik sehingga 50%, terdapat juga yang menyediakan sistem Eco Patrol.

Apakah itu Eco Patrol?

Eco Patrol berfungsi memberi tahap keselesaan dan penjimatan maksimum sehingga 60% kepada pengguna. Pastinya ramai yang ingin tahu bagaimana Eco Patrol berfungsi sehingga dapat memberi faedah sedemikian?

Jawapannya kerana sistem itu dapat mengesan pergerakan orang diruan terbabit, lantas mengeluarkan hawa dingin mengikut tahap diperlukan. Penghuni yang hanya dudu di sofa dan yang sedang melakukan aktiviti bergerak, memerlukan tahap kedinginan lebih daripada yang sedang duduk. Dengan Eco Patrol, tahap kedinginan aka disesuaikan mengikut keperluan sepatutnya. Ini kerana Eco Patrol dapat membezakan kehadiran manusia dengan bantuan sinaran infra merah yang ada secara semulajadi pada semua objek dan makhluk di muka bumi. Walaupun sinaran ini tidak nampak pada mata kasar, tetapi ia boleh dikesan oleh sensor Eco Patrol menerusi radiasi haba, jika objek atau makhluk itu berada di dalam kawasan zon pengesannya.

Apabila objek/makhluk bergerak di dalam lingkungan zon pengesan, Eco Patrol akan membandingkan suhunya dengan suhu ruang. Daripada perbezaan suhu dan aktiviti pergerakan semulajadi objek/makhluk, Eco Patrol dapat menilai tahap kesejukan yang diperlukan penghuni di situ.

Uniknya fungsi Eco Patrol hanya berfungsi ke atas manusia, benda statik tidak memberi kesan kepada sensornya begitu juga makhluk kecil seperti serangga dan binatang peliharaan walaupun ia bergerak kerana saiznya tidak dikesan. Justeru bagi mereka yang mementingkan penjimatan tenaga tanpa menjejaskan tahap kenyamanan, Eco patrol adalah jawapannya. Sebaik sahaja alat pendingin hawa dipasang dengan alat kawalan kauh. Eco Patrol terus mengesan tahap kehadiran manusia dan aktiviti di dalam ruang terbabit dan menyesuaikan suhu mengikut keperluan mereka. Seterusnya dapat menjimatkan tenaga dan kos elektrik sehingga 20%. Jika bergandingan dengan sistem Intelligent Inverter dapat dikurangkan 10% lagi. Malah dengan kedua-dua sistem itu mamp menjimatkan penggunaan elektrik sehingga 60%. Contoh penyaman udara jenis ini adalah ECO SENSE I2 PANASONIC.


Followers

Tolongla klik yer...sana tu...

Instagram
 

Blog Template by YummyLolly.com