Thursday, September 29, 2011

KEMBAR SIAM SATU ANUGERAH....

KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.
KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.


KUALA TERENGGANU: “Masa mula-mula doktor beritahu bayi yang akan dilahirkan nanti kembar siam, kami berserah dan reda dengan ketentuan Tuhan sehinggalah bayi itu benar-benar bergabung di dada,” kata Zulkifli Ngah, 41, bapa kepada bayi kembar yang dilahirkan isterinya, Noraini Mohamad, 31, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kira-kira jam 11 pagi, 22 September lalu.

Menurutnya, ketika isterinya menjalani imbasan di Hospital Kemaman kira-kira enam bulan lalu, doktor memberitahu zuriatnya itu kembar siam sebelum mereka mengikuti proses sama di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur selepas itu.


Kata penjual ikan di Kemaman itu, walaupun doktor di HSNZ masih belum membuat sebarang diagnosis penuh keadaan kembar siam itu, dia sedar bayinya itu perlu menjalani pembedahan pada masa depan.

“Seperti ibu bapa lain, saya ingin melihat kembar ini menjalani kehidupan yang sihat, begitupun saya tidak fikir mampu membayar bil perubatan dan pembedahan mereka,” katanya.


Menurutnya, dugaan sebegini tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini apabila anak ketiga dan keempat lahir bergabung tidak seperti anak pertama dan keduanya yang kini berusia enam dan tujuh tahun.


“Saya terima dugaan ini sebagai takdir tetapi saya tetap memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan mereka pada masa depan kerana pendapatan saya sebagai penjual ikan hanya cukup untuk kehidupan sederhana kami sekeluarga,” katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bagi memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yang masih mendapat rawatan di HSNZ.

“Saya benar-benar berharap ada pihak sudi membantu menghulurkan bantuan untuk masa depan bayi kembar selepas ini dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan doktor menentukan bila masa sesuai bayi itu akan dibedah,” katanya yang mengalukan sumbangan individu dan syarikat untuk menghubunginya di talian 012-9551435.


NOTA KAKI : BARANG SIAPA YANG INGIN MENDERMA KEPADA BABY KECIL INI
SILA LAH MENGHUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA DI ATAS. PALING TIDAK PUN DOAKANLAH SEMOGA KEMBAR INI SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN WALAUPUN BELUM DITENTUKAN MASANYA. APA-APAPUN PEMBEDAHAN TETAP PERLU DILAKUKAN...

Wednesday, September 21, 2011

Nuffnang - Ada masalah ke???

Pernah tak kejadian seperti ini berlaku pada kawan-kawan???
Sebelum hari raya hari tu mummy dah buat penebusan yang berjumlah sebanyak rm2++
tapi malangnya bila mummy cek hari ni jumlah yang belum dibayar
cuma rm78.05. Mungkinkah berlaku kesilapan???
Dan kalau pernah berlaku pada siapa mummy nak mengadu hal seperti ini???
Sedih sangat dahlah jumlah tu adalah merupakan jumlah terkumpul mummy
sepanjang tahun ni...tup-tup dah tinggal byk tu...
memang mummy frust sangat-sangat...



Diharap pada sesiapa yang tahu bagaimana nak selesaikan masalah ni
boleh bgtau mummy ye...
Semoga ianya boleh dijadikan panduan untuk kawan-kawan lain juga.

Monday, September 19, 2011

Maut Tersepit 2 jam

DI SINI...sepupu mangsa, Selamat Salleh menunjukkan tempat mangsa, Azizan yang maut akibat tersepit lori, semalam.


KANGAR: “Sebaik tiba di tempat kejadian, saya terus memegang tangan suami yang sudah sejuk dengan mukanya kebiru-biruan. Mayat arwah ketika itu masih dalam keadaan berdiri,” kata Iziatun Mayuzia Che Saad, 35.

Mayat suaminya, Azizan Ramli, 44, ditemui penduduk dalam keadaan berdiri ketika tersepit di antara bahagian hadapan lori dengan dinding sebuah surau di Kampung Perawah, Mata Ayer di sini, dipercayai akibat diheret lori berkenaan yang menggelongsor ke hadapan, kira-kira jam 8.15 pagi semalam.


Lebih menyayat hati, nahas itu dipercayai disedari penduduk kira-kira dua jam selepas mangsa tersepit.

Ketika kejadian, Azizan memeriksa lori terbabit apabila kenderaan itu tiba-tiba bergerak menyebabkan dia dipercayai cuba membuka pintu untuk menarik brek tangan, tetapi gagal menyebabkan dia tersepit.


Iziatun berkata, selepas dimaklumkan jiran, dia bergegas ke tempat kejadian yang hanya 50 meter dari rumahnya.


“Pagi tadi (semalam) saya tidak menyedari bila suami keluar rumah untuk memeriksa lorinya yang diletakkan di depan surau, tapi selalunya dia akan keluar jam 6.30 pagi,” katanya ketika ditemui menuntut jenazah suaminya di Bilik Mayat, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Menurutnya, selepas memeriksa lori, biasanya arwah pulang ke rumah untuk mandi dan bersarapan bersama keluarga sebelum keluar memandu lori membawa tanah itu.


Azizan mempunyai lapan anak hasil perkongsian hidup dengan dua isteri, termasuk empat anak berusia tiga hingga tujuh tahun hasil perkongsian hidup dengan Iziatun.

Difahamkan, seorang penduduk yang lalu di hadapan surau itu terkejut apabila menjumpai pemandu lori itu tersepit lalu meminta bantuan jiran mengeluarkan mayat mangsa yang masih berdiri sebelum menghubungi polis.


Iziatun berkata, dia tidak mengesyaki sesuatu dan menunggu suami bersarapan, tetapi dia tidak juga muncul.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata pemandu lori itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan hanya disedari penduduk hampir dua jam selepas kejadian.


“Mayat mangsa ditemui seorang jiran dalam keadaan berdiri akibat tersepit di depan pintu lori dengan dinding Surau Kampung Perawah, kira-kira jam 8.15 pagi tadi (semalam),” katanya di sini.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya pada awal pagi untuk memeriksa lori muatan tanah yang diletakkan di depan surau berhampiran rumahnya.


Katanya, tiba-tiba kenderaan terbabit menggelongsor ke hadapan dan mangsa cuba membuka pintu lori untuk menarik brek tangan, tetapi gagal hingga menyebabkannya tersepit antara bahagian hadapan kenderaan dan dinding surau terbabit.


“Mayat mangsa dibawa ke HTF untuk bedah siasat dan dilaporkan mengalami kecederaan dalaman akibat tersepit,” katanya.


Che Man berkata, pihaknya menolak sebarang perbuatan khianat dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.


Teringat satu ketika dulu pakcik kepada hubby mummy pun
meninggal dunia disebabkan peristiwa yang hampir sama.
Nauzubillah...sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.


Friday, September 9, 2011

KEAGUNGAN TUHAN

Gambar mengagumkan planet Zuhal


IMEJ planet Zuhal yang dirakamkan dari kapal angkasa Cassini-Huygens didedahkan media Barat kelmarin.

WASHINGTON - Satu imej planet Zuhal yang mengagumkan berjaya dirakamkan oleh kapal angkasa lepas Cassini-Huygens, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Menurut seorang ahli astronomi, Robin Canup di Institut Penyelidikan Barat Daya di Boulder, Colorado, imej tersebut mengagumkan kerana bahagian malam Zuhal kelihatan bercahaya akibat lantunan cahaya gelang yang terdapat di sekelilingnya.

Kapal angkasa Cassini-Huygens merupakan projek usaha sama melibatkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan Agensi Angkasa Lepas Itali.

Ia dilancarkan pada 1997 dan akan terhempas di planet Zuhal pada 2017. - Agensi

SUMBER KOSMO

Syukur Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk
hidup di atas bumi Mu yang indah ini...

Thursday, September 8, 2011

Sekitar Perjalanan Balik Kampung

Syukur Alhamdulillah mummy panjatkan ke hadrat Allah SWT
kerana memudahkan perjalanan pergi dan balik mummy semasa
pulang berhari raya hari tu. Walaupun rekod dari Ops sikap bahawa
tahun ini adalah merupakan tahun terburuk kerana mencatatkan
paling banyak kematian namun mummy masih mampu
menghirup udara segar hingga ke hari ini. Sesungguhnya setiap
kejadian yang menimpa punya hikmah yang tersirat dan tersurat.
Kepada keluarga-keluarga mangsa yang telah pergi
di jalanraya mummy ucapkan takziah kerana sesungguhnya
Ajal maut itu di tangan Allah SWT.

Mummy bertolak pulang ke kampung mummy di Pantai Timur pada hari Jumaat.
Seperti kebiasaan mummy tak suka memulakan perjalanan pada waktu malam
jadi kami memilih waktu pagi. Ternyata keadaan jalan pun lengang dan
tiada sebarangn kesesakan pun pada hari itu.
Mungkin juga sebab mummy memulakan perjalanan pada waktu pagi sebab
menurut cerita kawan mummy petang tu keadaan jalan dah mula sesak.

Plaza tol...pantas...


Bestnya kalau tiap kali balik raya macam ni...


Anak-anak paling suka lalu terowong ni...


yesss...welcome to kelantan


Ada pulak kejadian yang mummy tak pernah lihat
di Malaysia ni...
sewaktu orang lain tengah berhenti rehat di hentian Gua Musang
sekumpulan warga arab ni...enak menjamu selera di pondok ni...
Mummy pun keliru sebab yang perempuanya semua bertudung litup.
Namun fikiran positif mummy menyatakan yang mereka sedang
bermusafir. Cuma bila makan di tempat terbuka...siap
bentang saprah bagai memang tak sesuai. Akhirnya mummy terpaksa
memberikan alasan yang munasabah kepada anak-anak mummy
yang belum akil baligh itu.

SYUKUR ALHAMDULILLAH


Followers

Tolongla klik yer...sana tu...

Instagram
 

Blog Template by YummyLolly.com