Thursday, November 25, 2010

SEJADAH CORAK BABI....

SEBAR-SEBARKAN PERKARA YANG BAIK....
BERHATI-HATILAH KETIKA MEMBELI BELAH...


SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Petikan Dari : Harian Metro
Terimakasih juga kepada Ustaz Noramin...





Monday, November 22, 2010

KISAH TELADAN - BACALAH DENGAN SEIKHLASNYA...


Andai Kata Lebih Panjang Lagi, Andai Kata Masih Baru, Andai kata Semuanya..

Suatu hari Rasulullah s.a.w. menghantar jenazah seorang sahabat sampai ke kubur. Apabila Bagindakembali, beliau singgah sebentar untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap sabar dan tawakkal menerima musibah itu.

Kemudian, Rasulullah s.a.w. berkata, "Tidakkah Allahyarham mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?"

Si balu menjawab, "Aku mendengar dia mengatakan sesuatu di antara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal."

"Apa yang dikatanya?"

"Aku tak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekadar rintihan sebelum mati, atau pekikan pedih kerana dahsyatnya Sakaratul Maut. Cuma, ucapannya memang payah difahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong."

"Bagaimana bunyinya?" desak Rasulullah s.a.w..

"Dia mengatakan andai kata lebih panjang lagi, andai kata masih baru, andai kata semuanya…, hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya.

Rasulullah s.a.w. tersenyum.

"Sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru. Suatu dia sedang bergegas untuk ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang buta dengan tujuan yang sama. Maka, suamimu memimpinnya hingga sampai ke masjid. Tatkala, hendak menghembuskan nafas penghabisan, dia menyaksikan pahala amal solehnya itu, lalu dia pun berkata, "Andainya lebih panjang lagi." Maksudnya, andai lebih panjang lagi, pasti pahalanya lebih besar pula."

"Ucapan lainnya Ya Rasulullah?" Tanya si isteri mulai tertarik.

Rasulullah s.a.w. menjawab, "Adapun ucapan yang kedua dikatakannya,ketika dia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu dia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan dia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya. Maka, dia mengambil mantelnya yang lama, diberikan kepada lelaki itu. Dan mengambil mantelnya yang baru lalu dikenakan pada badannya sendiri. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga dia pun menyesal dan berkata, "

Cuba andaikan yang kuberikan padanya bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi." Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.

"Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya ya Rasulullah?" Tanya si isteri semakin hendak tahu.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan, "Ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membahagikan rotimu menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, dia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu. Kerananya, dia pun menyesal dan berkata, " Kalau aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak aku berikan separuh. Sebab andai kata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda."

Maksud Ayat 110 Surah al-Baqarah;

" Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Moral: "Hakikatnya, memang itulah keadilan Allah. Kalau kita berbuat baik, sebetulnya kita berbuat baik kepada diri kita sendiri. Dan kalau kita berbuat jahat, sebetulnya kita telah berbuat jahat kepada atas diri kita sendiri pula."





Tuesday, November 16, 2010

Apa Nama Binatang ni????

Mummy dapat gambar ni dari facebook!!!!
Nauzubillah...sungguh mummy tak tahu
apa nama binatang ni...
Betulke binatang ni wujud???
Ada sesiapa yang boleh bagi komen....
Mengerikan pun ada...namun Allah SWT itu maha Pencipta...





Wednesday, November 10, 2010

UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA


Semoga kita semua akan lebih berwaspada...


UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA



Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste

2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma

3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm

4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati
serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam
tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan
yang ada dalam ubat tersebut.

Wallahu’alam


P/S:tolong edarkan maklumat ini kpd rakan dan umat islam sekalian..

Dari Kementerian Kesihatan

Terimakasih...sumber diperolehi dari blog biarlah rahsia....



Monday, November 1, 2010

Bila Red Warrior menang!!!




Nak tau apa kisahnya...
Ini kisah bila Red Warrior menang hari tu...
Ramai tul yang tak puas hati...
Dekat ofis mummy sendiri tak habis-habis
cerita tentang bola.
Bermacam-macam persepsi dibuat yang
kadang-kadang memerahkan cuping telinga.
Namun mummy bukanlah orangnya untuk bertekak
pasal bola. Mummy hanya mampu mendengar dan
pada mummy yang menang tetap menang.
Yang kalah cuba lagi tahun hadapan ye...
Dah jadi adat dalam perlawanan
ada yang menang dan ada yang kalah.