Thursday, February 24, 2011

BELAJAR BAHASA



KESALAHAN BAHASA MELAYU YANG LAZIM


Kesalahan bahasa dalam penulisan sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari. Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum tatabahasa. Oleh itu, dalam bahagian ini disenaraikan beberapa kesalahan bahasa yang biasa dilakukan sebagai panduan dan hukum tatabahasa sebagai rujukan bagi meminimumkan kesalahan bahasa yang berlaku semasa menulis.


3.1 Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan

Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan ialah kesalahan menggunakan kata atau frasa atau imbuhan di tempat yang tidak sepatutnya. Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan paling kerap kita lakukan dalam penulisan. Terdapat banyak kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan yang dapat saya kesan dalam bahan terbitan. Yang berikut merupakan kesalahan kata, frasa dan imbuhan yang lazim berlaku.


3.1.1 Kata, frasa dan imbuhan kata nama


i. Penggunaan kata nama khas di tempat kata nama am


a. Bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris

Ejaan b huruf besar bagi ejaan Bahasa Inggeris digunakan apabila merujuk kepada subjek atau mata pelajaran. Jika tidak, b bagi ejaan bahasa Inggeris perlu dieja dengan huruf kecil. Begitu juga bagi bahasa Melayu.


ii. Penggunaan kata dan frasa nama yang tidak tepat


a. Teladan ATAU Tauladan

Penggunaan kata teladan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata tauladan adalah salah mengikut tatabahasa.


b. Pusat beli-belah ATAU Pusat membeli-belah

Penggunaan kata yang betul ialah pusat beli-belah. Hal ini demikian kerana pusat membeli-belah membawa maksud kompleks tersebut berjalan untuk melaksanakan urusan jual beli.


c. Kata alu-aluan ATAU Kata-kata aluan

Penggunaan kata yang betul ialah kata alu-aluan. Hal ini demikian kerana dalam kamus tidak terdapat perkataan aluan.


iii. Penggunaan imbuhan Pe-...-an di tempat imbuhan PeR-...-an


a. Persaraan ATAU Pesaraan

Kata pesaraan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata persaraan adalah betul.


b. Perdamaian ATAU Pedamaian

Kata pedamaian tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata perdamaian adalah betul.


iv. Penggunaan imbuhan PeR-...-an di tempat imbuhan Pe-...-an


a. Pelantikan ATAU Perlantikan

Kata perlantikan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata pelantikan adalah betul.


b. Peletakan ATAU Perletakan

Kata perletakan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata peletakan adalah betul.


NOTA:

Bagi menentukan sama ada satu-satu perkataan itu menerima Pe-...-an atau PeR-...-an, perkataan itu boleh diuji dengan imbuhanbeR-.... Jika perkataan tersebut boleh menerima beR-... dan meN-..., hal ini bermakna perkataan tersebut juga boleh menerima imbuhan PeR-....-an. Jika perkataan tersebut dapat menerima imbuhan meN-..., hal ini bermakna perkataan tersebut boleh menerima imbuhan Pe-...-an.


v. Kesalahan penggunaan imbuhan kata nama


a. Penstrukturan ATAU Pengstrukturan

Penstrukturan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang bermula dengan huruf s dan t menerima imbuhanpen- dan bukannya peng-.


b. Pergolakan ATAU Pergolakkan

Kata pergolakan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata nama hanya menerima imbuhan apitan peR-...-an dan bukannyapeR-...-kan.


c. Pengklasifikasi ATAU Penklasifikasi

Pengklasifikasi adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang bermula dengan huruf k akan bergabung dengan imbuhan peng- dan bukannya pen-.


vi. Hukum D-M


a. Hal-hal lain ATAU Lain-lain hal

Penggunaan yang betul ialah hal-hal lain. Hal ini demikian kerana kata hal-hal merupakan unsur yang diterang manakala kata lainpula merupakan unsur yang menerang. Begitu juga bagi frasa lain-lain perkara dan lain-lain agenda. Frasa yang betul ialahperkara-perkara lain dan agenda-agenda lain.


b. Janji temu ATAU Temu janji

Penggunaan yang betul ialah janji temu. Hal ini demikian kerana kata janji merupakan unsur yang diterang manakala kata temupula merupakan unsur yang menerang. Sesungguhnya, kita membuat janji untuk bertemu dan bukannya bertemu untuk berjanji.


c. Pendingin hawa ATAU Penghawa dingin

Penggunaan yang betul ialah pendingin hawa. Hal ini demikian kerana kata pendingin merupakan unsur yang diterang manakala kata hawa pula merupakan unsur yang menerang.


NOTA:

D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan itu, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur penerang pula hadir pada kedudukan kedua.


Contohnya:

Diterangkan (D) Menerangkan (M)

sos cili

restoran Aminah

lampu suluh

dapur gas

perpustakaan mini


Maklumat lanjut berkenaan buku CARA MUDAH MENGENAL PASTI KESALAHAN LAZIM DALAM BAHASA MELAYU ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my atau sila berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 530



Tuesday, February 8, 2011

Menggila beli baju On9 pulak...

Aduyai...sekarang ni mummy menggila beli baju on9 pulak.
Ni duk berkenan kat baju ni.
Saja mummy tempek kat sini nak tanya kawan-kawan
warna apa yang cantik.
Dalam hati dah tak sabo-sabo nak klik m2u...
tapi tahan dulu. Tunggu kawan-kawan pilihkan
warna apa. Bilalah agaknya cik nuff nak penuhkan
tabung mummy tu bolehlah mummy
shopping sakan kan.

Cantikkan model di eightdesign ni...
web dia ada kat gambar tu...
so sesiapa nak beli boleh rajin-rajinkan jari anda utk klik ye..


peach

brown

black




Monday, February 7, 2011

YANG DITUNGGU DAH TIBA

Hari ni mummy happy sangat-sangat....barang yang mummy oder dah sampai. Nak tau barang apa??? Ni ha gambar kat bawah ni....cardigan yang mummy oder ngan butik eightdesign. Memang cantik tapi sayang sekali gambar takleh nak upload...usb port buat hal daaa. Tuan kedai pinjam gambar ya....jangan marah...ini pun dah kira promo kan...patut dapat lagi diskaun hehehe. So sesapa yang berminat nak beli baju-baju cantik...sila lah ke butik eightdesign ye.
Memang berbaloi...