Tuesday, February 21, 2012

UNGKAPAN INDAH SEORANG KAWAN...


Kata mak, KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang...
kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit...
kata atuk, KAWAN tu seperti air,
terus mengalir....
kata nenek, KAWAN tu bak bulan,
dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana...
kata sedara, kawan tu macam makanan,
kawan makan kawan!!!
kata abang, KAWAN tu seperti lembu,
mengikut saja apa dikata...
kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian,
bau je busuk tapi sedap dimakan...
kata adik, KAWAN tu macam biskut,
kejap ada kejap takde...
kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camana...
walaupun ia ibarat lebah, umpama bunga ros, seperti air ,bak bulan,
seperti lembu, tak ubah macam durian & macam biskut!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab apa???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanya
dia tetap kawan aku...
itu cara aku berkawan!!!
walaupun kita mempunyai kekasih, tapi KAWAN tetap paling setia,..
walaupun kita punyai harta yang banyak,
KAWAN tetap paling berharga....


Monday, February 13, 2012

PENAWAR HATI...

Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan
membaca
'Subhanallah' (33 kali),
'Alhamdulillah' (33 kali)
'Allahuakbar' (33 kali)
pada setiap malam iaitu sebelum melelap mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Friday, February 10, 2012

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Semoga bertambah keImanan Kita,
Selawat Dan Salam Keatas Junjungan...





Image form fb