Thursday, September 25, 2014

Ulam kegemaran Mummy



Ini adalah antara ulam-ulaman kegemaran mummy.
Ibarat kata orang tak sah kalau makan takde ulam ni
kena pula sambal belacan atau budu...
pehhhhhhh memang terangkatlah...
So mari kita belajar tentang bendi atau lady`s finger (betul ke?)
hari ini yer...


Khasiat Bendi 

1. Membantu perkembangan otak , menguatkan daya ingatan 

2. Dalam bidang perubatan tradisional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin. 

3.Menyembuhkan kudis dan bisul

- Ambil air rebusannya kemudian sapu pada tempat bermasalah.

4. Rawatan sakit kerongkong

- Air rebusan yang dicampur gula kemudian minum 3 kali seminggu

5. Menyejukkan dan melembutkan kulit.

- Ambil lendir bendi kemudian sapu pada kulit.

6. Mencuci hati.

7. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

8. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.


share dr Bernama Radio24






Friday, September 12, 2014

RESEPI PES TOMYAM



RESEPI PES TOMYAM

Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar)
air asam jawa, gula & garam

Cara-caranya:
1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nak guna boleh ambil.
CREDIT TO FB CIKGU SHAINI SEBAB SUDI SHARE
RESEPI PES TOMYAM NI...

Thursday, September 11, 2014

Kenapa Bateri Asus Zenfone 5 cepat panas??


Sebagai pengguna yang dah menggunakan pelbagai jenama
smartphone....rasanya yang paling mummy selesa pakai
adalah Lenovo. Asus zenfone 5 ni bagi mummy bolehla...
mummy terbeli hari tu pun dek kerana terpedaya dengan
pujukan si penjual tu. Mummy tak selesa bila bateri Asus ni cepat 
sangat panas lebih-lebih lagi saat2 main game.
Spoil betul....

Jangan maraaaa aaa Asus dan para pencinta asus semua.


Gambar tiada kena mengena dengan tajuk hahahaha

Friday, September 5, 2014

ASUS ZENFONE 5 - TUTORIAL UNTUK BUAT SCREENSHOT


Tutorial untuk buat Screenshot

Masa mula-mula me guna Zenfone 5 ni memang tak tau macammana nak buat screenshot ni.
Sekarang me dah tau...itu pun setelah mencari guna cik google kita.

Ada dua cara untuk membuat screenshot menggunakan zenfone 5.

Cara 1


Seperti yang kita tahu di tepi sebelah kiri terdapat button untuk Power, Volume up dan Volume Down.
So untuk cara pertama sila tekan Button Power dan Volume down secara serentak
dan anda akan membuat screenshot dengan jayanya...hahaha

Cara 2


Cara dua ni pulak yang me rasa paling senang nak guna.
Pergi ke 
1. Setting kemudian pilih 
2. Asus Customized Settings
3. Key settings
dan buat pilihan
tandakan di bahagian 
TAP AND HOLD TO GET SCREENSHOT
Tempat nak tap and hold tu disebelah kanan screen anda ye....

ok...itu sahaja untuk kali ini...

Tadaaaaaa

nampak mudah kan...tapi payah untuk yang baru guna macam me ni...