Wednesday, October 28, 2009

MEMBUKA PINTU REZEKI


ASSALAMUALAIKUM..

For sharing.....(buat diriku yang sering lalai, juga rakan-rakan blogger yang dikasihi.

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu
( tak kira masih hidup ataupun yang telah tiada )".....nescaya pintu rezeki mu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa
(baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa
(walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita
(berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah
(e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Berusaha dan bertawakal.. ...Insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)...
Allahhuakhbar.


Insya Allah


Allahu Akbar !


1 comment:

coretancyber said...

wah...baguslah blog ni,banyak moral velue yg saya boleh ambik...than you eh...tq sekali lagi..