Melihat gambar ini benar-benar meruntun hatiku untuk pulang ke kampung. Wajah seorang ibu yang sekarang ini sedang uzur dan sedang berperang dengan kesakitan. Ibuku sedang terlantar di Hospital Universiti Sains, Kubang Kerian akibat fungsi jantung yang lemah.
Minggu lepas aku pulang...dan berkesempatan menjaga ibu di hospital. Terlalu berat penderitaan yang ditanggung sehingga aku merasakan tiada kata-kata yang dapat aku gambarkan. Kekadang aku terfikir sendiri bagaimanakah keadaan diri ku setelah aku mencapai usia seperti ibu dan disaat aku terlantar seperti ibu...mampukah anak-anak ku menjaga aku seperti aku menjaga ibu?...Semua itu membuat airmataku mengalir...Dalam hatiku sentiasa meronta-ronta untuk berada di samping ibu namun apakan daya tuntutan kerja menbuatkan aku terpaksa meninggalkan ibu bersama adik beradik ku yang lain. Hanya doa yang mampu aku panjatkan ke hadrat Allah S.W.T semoga ibu tabah dan terus bersemangat berjuang.
No comments:
Post a Comment