Friday, December 31, 2010

Saja-saja nak tempek


Buffered setakat ini yang sedang berjalan.
Harap dapat bertahan lama sikit ye cik nuff biar makin bertambah
tabung mummy ni.



Wednesday, December 15, 2010

PANDUAN MENITI USIA MENURUT ISLAM


Panduan Meniti Usia Menurut Islam


Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap2 berikut;

1) Mumaiyiz

Tahap dimana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat.


2) Pemuda/pemudi

Bermula dari umur baligh hingga umur 40 tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya.

Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40 tahun.

3) Orang tua

Bermula umur 40 tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40thn, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba2 ciptaanNya.


Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40 thn maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40 thn, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.


Sabda Nabi SAW, bermaksud ;

Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40 tahun MAKA Allah akan memberikan beberapa hadiah iaitu RahmatNya kepada orang itu, iaitu dia akan dijauhkan drpd 3 jenis bala, iaitu GILA(al junun), kulit terkopak2 (al juzam) & penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebahagian putih2.


Apabila seseorang itu sampai umur 50 tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yg mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa2 yang kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis. Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghindari dosa walaupun kecil kerana ditakuti dosa2 kecil yg berterusan yg kita buat itu (cth:merokok, pakai seluar pendek, tak tutup aurat dgn betul) yg menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana mungkin itu yang menjadi KEREDAAN Allah.


Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60 tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT & suka membuat amal2 soleh kerana nak kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.


Apabila telah mencapai umur 70 tahun Allah akan cinta kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi laranganNya dan juga telah melalui umur2 dan mendapat hadiah2 tersebut di atas.


Apabila telah mencapai umur 80 tahun, Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak catit amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik semata2 kerana Allah dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa2nya, sedangkan pahala berterusan dicatit.


Apabila telah sampai umur 90 tahun dengan syarat dia telah menerima hadiah2 pada umur2 sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di mana Allah;

1. Mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia.

2. Menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya kepada orang ini

3. Juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau dikeluarkan dari Neraka.�

Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Maka mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan diRahmati Allah & dipermudahkan urusannya.

Tips dari Saidina Ali kw;

*** Jika ingin menjadi orang yg apabila tua TIDAK NYANYUK, tak mengenal benda sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat & segar otaknya maka sedari muda lagi amalkan MEMBACA AL QURAN***


Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca Al Quran itu menjadi amalan yang berterusan.

Doa pada umur 40 tahun : (Surah Al Ahqaf Juzuk 26 : Ayat15)

Bermaksud ;

Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku peluang, RahmatMu utk aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga


Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang2 Islam (org yg mengamalkan Rukun2 Islam)




Friday, December 3, 2010

PAHLAWAN PROTON

Proton dah ada Pahlawan dah.
Di bawah ni ada gambar-gambar pahlawan tersebut.
Cantik gak kan. Memang teruja.









Wednesday, December 1, 2010

TUJUH KALIMAT MULIA

GAMBAR EHSAN DARI GOOGLE


Tujuh Kalimat Mulia--Untuk amalan bersama


Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa............

Insya Allah




Thursday, November 25, 2010

SEJADAH CORAK BABI....

SEBAR-SEBARKAN PERKARA YANG BAIK....
BERHATI-HATILAH KETIKA MEMBELI BELAH...


SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Petikan Dari : Harian Metro
Terimakasih juga kepada Ustaz Noramin...





Monday, November 22, 2010

KISAH TELADAN - BACALAH DENGAN SEIKHLASNYA...


Andai Kata Lebih Panjang Lagi, Andai Kata Masih Baru, Andai kata Semuanya..

Suatu hari Rasulullah s.a.w. menghantar jenazah seorang sahabat sampai ke kubur. Apabila Bagindakembali, beliau singgah sebentar untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap sabar dan tawakkal menerima musibah itu.

Kemudian, Rasulullah s.a.w. berkata, "Tidakkah Allahyarham mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?"

Si balu menjawab, "Aku mendengar dia mengatakan sesuatu di antara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal."

"Apa yang dikatanya?"

"Aku tak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekadar rintihan sebelum mati, atau pekikan pedih kerana dahsyatnya Sakaratul Maut. Cuma, ucapannya memang payah difahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong."

"Bagaimana bunyinya?" desak Rasulullah s.a.w..

"Dia mengatakan andai kata lebih panjang lagi, andai kata masih baru, andai kata semuanya…, hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya.

Rasulullah s.a.w. tersenyum.

"Sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru. Suatu dia sedang bergegas untuk ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang buta dengan tujuan yang sama. Maka, suamimu memimpinnya hingga sampai ke masjid. Tatkala, hendak menghembuskan nafas penghabisan, dia menyaksikan pahala amal solehnya itu, lalu dia pun berkata, "Andainya lebih panjang lagi." Maksudnya, andai lebih panjang lagi, pasti pahalanya lebih besar pula."

"Ucapan lainnya Ya Rasulullah?" Tanya si isteri mulai tertarik.

Rasulullah s.a.w. menjawab, "Adapun ucapan yang kedua dikatakannya,ketika dia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu dia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan dia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya. Maka, dia mengambil mantelnya yang lama, diberikan kepada lelaki itu. Dan mengambil mantelnya yang baru lalu dikenakan pada badannya sendiri. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga dia pun menyesal dan berkata, "

Cuba andaikan yang kuberikan padanya bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi." Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.

"Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya ya Rasulullah?" Tanya si isteri semakin hendak tahu.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan, "Ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membahagikan rotimu menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, dia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu. Kerananya, dia pun menyesal dan berkata, " Kalau aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak aku berikan separuh. Sebab andai kata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda."

Maksud Ayat 110 Surah al-Baqarah;

" Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Moral: "Hakikatnya, memang itulah keadilan Allah. Kalau kita berbuat baik, sebetulnya kita berbuat baik kepada diri kita sendiri. Dan kalau kita berbuat jahat, sebetulnya kita telah berbuat jahat kepada atas diri kita sendiri pula."





Tuesday, November 16, 2010

Apa Nama Binatang ni????

Mummy dapat gambar ni dari facebook!!!!
Nauzubillah...sungguh mummy tak tahu
apa nama binatang ni...
Betulke binatang ni wujud???
Ada sesiapa yang boleh bagi komen....
Mengerikan pun ada...namun Allah SWT itu maha Pencipta...





Wednesday, November 10, 2010

UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA


Semoga kita semua akan lebih berwaspada...


UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA



Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste

2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma

3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm

4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati
serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam
tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan
yang ada dalam ubat tersebut.

Wallahu’alam


P/S:tolong edarkan maklumat ini kpd rakan dan umat islam sekalian..

Dari Kementerian Kesihatan

Terimakasih...sumber diperolehi dari blog biarlah rahsia....



Monday, November 1, 2010

Bila Red Warrior menang!!!




Nak tau apa kisahnya...
Ini kisah bila Red Warrior menang hari tu...
Ramai tul yang tak puas hati...
Dekat ofis mummy sendiri tak habis-habis
cerita tentang bola.
Bermacam-macam persepsi dibuat yang
kadang-kadang memerahkan cuping telinga.
Namun mummy bukanlah orangnya untuk bertekak
pasal bola. Mummy hanya mampu mendengar dan
pada mummy yang menang tetap menang.
Yang kalah cuba lagi tahun hadapan ye...
Dah jadi adat dalam perlawanan
ada yang menang dan ada yang kalah.




Monday, October 25, 2010

AKHIRNYA...

SALAM PAGI ISNIN...Salam penuh keceriaan.
Sadis betul tajuk di atas tu kan...
Apakah kaitan dengan tajuk tu????

Sebelum ni mummy pernah buat N3 pasal
impian mummy untuk memiliki Iphone 4. Berangan
bukan main lagi...siang dan malam.
Namun impian tinggal impian bila
Iphone4 yang diimpikan dah jadi Blackberry Bold pula.
Memandangkan ramai rakan-rakan ofis pakai
blackberry so mummy terpaksalah pakai blackberry jugak.
Semuanya sebab nak dapatkan blackberry massenger.
Satu kemudahan yang tersedia dalam blackberry.
So selamat tinggal Iphone4...

Inilah dia blackberry mummy...warna putih.
Sayang sekali takde warna pink...



Friday, October 15, 2010

DIGI PLAN UTK DAPATKAN IPHONE 4

Salam pagi jumaat.
Semoga ceria selalu.

Hari ni mummy nak cerita pasal iklan nuffnang yang terpapar
kat blog mummy hari ni. Buka-buka blog hari ni keluarlah iklan Digi ni.
Sungguh menggoda betullah.


Mummy belek satu persatu iklan tu.
Menarik memang tertarik.


Kalau mummy tak kuat iman mau g serbu
digi center ni. Sabor jelah kan...

Nasib baik kat Shah Alam takde dalam senarai.
Kalau ada mesti dah pergi ni...

Sesiapa yang berminat pergilah serbu Digi center ye...
mummy tak cukup budget lagi...
Lagipun target mummy tahun depan baru nak
pakai iphone4 ni. So sekarang ni tengah mengembungkan
poket dulu.


Akhir sekali jangan lupa doakan semoga mummy berjaya
mendapatkan target mummy ni ye. Semoga doa kawan-kawan
akan melimpahkan rezeki buat mummy.
Amin.




Thursday, October 14, 2010

Terkejut...

Kejadian yang tidak diingini telah berlaku di rumah yang baru
mummy duduki selama 2 tahun.
Selama ini mummy hanya mendengar berita seperti ini
hanya dalam berita TV sahaja namum hari ini ianya berlaku
pada diri mummy sendiri.
Kejadian di mana tile yang dipasang meletup.

Rekahan atau gelembung yang hanya menunggu masa
sahaja untuk jatuh.

Kelihatan simen yang berlubang-lubang ketika pemasangan.

Serpihan-serpihan tile yang jatuh. Masa ni mummy baru je balik
kerja. Bunyi masyaallah punya kuat. Ingatkan ada barang-barang
yang jatuh...nasib baik masa ni bilik air ni tidak digunakan...

Tu dia bekas tile yang meletup dan jatuh tu. Betul-betul kat
pintu masuk bilik air ni. Kawan-kawan dia tu pun
tunggu masa je untuk jatuh.
Rumah mummy ni tarikh defect dah tamat tapi mummy cuba juga
buat surat laporan pada PKNS. Harap-harap mereka prihatin.
Masalah macam ni sering berlaku andai kerja-kerja pemantauan tidak
dijalankan dengan sebaiknya.
Buat masa ni bilik air ni tidak digunakan. Tunggu pihak
PKNS datang tengok dulu. Andai surat yang mummy buat itu
tidak dilayan...mummy tidak akan teragak-agak untuk membuat
laporan ke bahagian kepenggunaan.
Adehhh...emo...betul mummy hari ni...




Tuesday, October 12, 2010

MUMMY MENGIDAM LAGI....




Memang mummy tengah mengidam sekarang ni...
mengidam sangat-sangat...
siang malam asyik teringat je...
apa yang mummy idamkan...

Sapalah boleh tolong mummy ni...
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
nak tau apa yang mummy idamkan tu???
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
V







Itulah dia yang mummy idamkan....
Iphone 4.
Bilalah akan dapat ni...
target mesti dapat sebelum tahun depan.....