Thursday, October 14, 2010

Terkejut...

Kejadian yang tidak diingini telah berlaku di rumah yang baru
mummy duduki selama 2 tahun.
Selama ini mummy hanya mendengar berita seperti ini
hanya dalam berita TV sahaja namum hari ini ianya berlaku
pada diri mummy sendiri.
Kejadian di mana tile yang dipasang meletup.

Rekahan atau gelembung yang hanya menunggu masa
sahaja untuk jatuh.

Kelihatan simen yang berlubang-lubang ketika pemasangan.

Serpihan-serpihan tile yang jatuh. Masa ni mummy baru je balik
kerja. Bunyi masyaallah punya kuat. Ingatkan ada barang-barang
yang jatuh...nasib baik masa ni bilik air ni tidak digunakan...

Tu dia bekas tile yang meletup dan jatuh tu. Betul-betul kat
pintu masuk bilik air ni. Kawan-kawan dia tu pun
tunggu masa je untuk jatuh.
Rumah mummy ni tarikh defect dah tamat tapi mummy cuba juga
buat surat laporan pada PKNS. Harap-harap mereka prihatin.
Masalah macam ni sering berlaku andai kerja-kerja pemantauan tidak
dijalankan dengan sebaiknya.
Buat masa ni bilik air ni tidak digunakan. Tunggu pihak
PKNS datang tengok dulu. Andai surat yang mummy buat itu
tidak dilayan...mummy tidak akan teragak-agak untuk membuat
laporan ke bahagian kepenggunaan.
Adehhh...emo...betul mummy hari ni...




No comments: