Wednesday, April 21, 2010

KENAPA ORANG MELAYU MAKAN DENGAN TANGAN???

(gambar ehsan dari pakcik google)

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya
tersendiri. Oleh sebab makan itu
satu
perkara yang wajib dalam hidup,
cara makan juga merupakan satu budaya.

Masing-masing bangsa ada budaya mereka
tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan
kayu (chopstick)dan orang Barat pula

menggunakan sudu dan garfu.

Tentu ada sebab yang rasional kenapa
mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan
tangan kanan.
Apakah rasionalnya
dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan?
Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir
abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah
yang menetap di
Selangor bernama Tengku Kudin.
Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri

pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor
pada masa itu dalam

bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput
oleh British Resident menghadiri
satu jamuan
makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu
jemputan telah bersedia
untuk menghadapi hidangan,
Tengku Kudin tiba-tiba
bangun menuju ke arah
paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan
orang lain semuanya
menggunakan sudu dan garfu,
beliau dengan selamba
menyuap
makanan ke mulutnya dengan tangannya..!


Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh
seorang wanita Inggeris yang
kebetulan
duduk di sisinya.
Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin

itu wanita tersebut lantas bertanya:
"Kenapa anda makan dengan tangan?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih
bersih dan lebih sopan?
"Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang
dan dapat didengari oleh orang lain.

Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya
sekurang-kurangnya ada tiga

sebab:


Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya
- bukan orang lain.
Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya
- tidak pernah dipinjam oleh orang lain,

sedangkan sudu dan garfu itu ramai
yang pernah menggunakannya


Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia
tidak pernah
jatuh dalam longkang...!!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara
mereka yang tersenyum sinis melihat

Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan
tapi selepas itu masing-masing

mengangguk mungkin kerana memikirkan ada
logiknya jawapan tersebut....


Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang
jijik perlakuan orang
lain yang berlainan dengan
budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya

kenapa mereka berbuat begitu......


(gambar ehsan dari pakcik google)





.






4 comments:

-anidaothman- said...

betoi tu kakzura...jgn cepat menghina org....
blom apa-apa dh pandai=pandai buat andain.....uhuhuhuhuh.....
bukan apa makan ngan tangan lebih baguih.

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Betul ti nid's. Jawapan Tengku Kudin tu pn memang berasaskan. Makan menggunakan tangan lagi puas lah...

gooseberries said...

hah..btol2. mmg jawapan yg amat bernas =D

Anonymous said...

macam mana pulak orang cina makan menggunakan 'chopstick'..??? tapi apa-apa pon jawapan di atas nampak logik dari segi penikiran.. haha bagus..bagus..