Wednesday, April 14, 2010

TIP MENJADI BLOGGER YANG BERJAYA


Redmummy adalah salah seorang blogger yang berpengalaman. Aku mengenali nama Redmummy pun setelah menyertai nuffnang. Sesungguhnya nama Redmummy memang tidak asing bagi aku.

Harian Metro semalam telah menceritakan Kisah Redmummy yang telah berjaya menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan hasil berblog. Fuhhh kaya tu....boleh ke aku dapat sebanyak tu???
Nama sebenar Redmummy adalah Mira Abu Bakar. Beliau telah memberikan tip-tip penting kepada para blogger untuk berjaya dalam dunia blog ini. Dibawah aku paparkan tip-tip tersebut agar dapat menjadi pembakar semangat bagi sesiapa yang ingin berjaya.Semoga kita juga akan menjadi seorang yang berjaya seperti REDMUMMY...
  1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
  2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
  3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga ia berkembang.
  4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
  5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
  6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
  7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.
Semoga tip-tip yang diberikan dapat menjadi panduan kepada semua para blogger yang baru nak merangkak macam aku ni...hehehe

Cantikkan redmummy ni...

Dia juga seorang ibu kepada 2 orang cahayamata.

Post a Comment