Thursday, September 8, 2011

Sekitar Perjalanan Balik Kampung

Syukur Alhamdulillah mummy panjatkan ke hadrat Allah SWT
kerana memudahkan perjalanan pergi dan balik mummy semasa
pulang berhari raya hari tu. Walaupun rekod dari Ops sikap bahawa
tahun ini adalah merupakan tahun terburuk kerana mencatatkan
paling banyak kematian namun mummy masih mampu
menghirup udara segar hingga ke hari ini. Sesungguhnya setiap
kejadian yang menimpa punya hikmah yang tersirat dan tersurat.
Kepada keluarga-keluarga mangsa yang telah pergi
di jalanraya mummy ucapkan takziah kerana sesungguhnya
Ajal maut itu di tangan Allah SWT.

Mummy bertolak pulang ke kampung mummy di Pantai Timur pada hari Jumaat.
Seperti kebiasaan mummy tak suka memulakan perjalanan pada waktu malam
jadi kami memilih waktu pagi. Ternyata keadaan jalan pun lengang dan
tiada sebarangn kesesakan pun pada hari itu.
Mungkin juga sebab mummy memulakan perjalanan pada waktu pagi sebab
menurut cerita kawan mummy petang tu keadaan jalan dah mula sesak.

Plaza tol...pantas...


Bestnya kalau tiap kali balik raya macam ni...


Anak-anak paling suka lalu terowong ni...


yesss...welcome to kelantan


Ada pulak kejadian yang mummy tak pernah lihat
di Malaysia ni...
sewaktu orang lain tengah berhenti rehat di hentian Gua Musang
sekumpulan warga arab ni...enak menjamu selera di pondok ni...
Mummy pun keliru sebab yang perempuanya semua bertudung litup.
Namun fikiran positif mummy menyatakan yang mereka sedang
bermusafir. Cuma bila makan di tempat terbuka...siap
bentang saprah bagai memang tak sesuai. Akhirnya mummy terpaksa
memberikan alasan yang munasabah kepada anak-anak mummy
yang belum akil baligh itu.

SYUKUR ALHAMDULILLAH


2 comments:

Mama Gee said...

Huhuhu kenapa begitu??
Mungkin derang ni pegang konsep
bermusafirr kot..tak poser pun takpe...adoyaiii...memalukan je

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Hahaha memang mummy tak pernah jumpa lagi gee...selama ni duk dengar orang kena tangkap sebab tak posa...tup-tup ni depan mata diorang berkenduri..aisyyy ni kalo pak nik aziz tau mesti melenting ni...