Monday, November 21, 2011

Kedudukan isteri sebagai makmum


sila klik untuk tumbesaran
gambar ehsan dr google



SAYA ingin mendapat kepastian, bagaimanakah kedudukan sebenar ketika bersolat jemaah dengan isteri? Sebagai makmum, di sebelah manakah lebih afdal isteri berdiri sama ada di sebelah kanan atau kiri dan berapa pula jaraknya?

HUSNI,
Kuala Lumpur



DALAM solat jemaah, kedudukan imam dan makmum tersusun seperti sunnah Nabi Muhammad s.a.w iaitu imam tampil ke hadapan sementara makmum sama ada lelaki atau perempuan di belakang imam.

Dalam sebuah hadis, apabila baginda bangun untuk bersolat, kalangan sahabat pun bangun di belakangnya. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud).

Terdapat kedudukan imam dan makmum ditentukan mengikut bilangan makmum dan jantinanya. Antaranya ialah:


(1) Apabila terdapat hanya seorang makmum lelaki, lebih mustahab (sunat) berada di sebelah kanan imam dengan membelakangkan sedikit tumitnya.

(2) Jika makmum hanya seorang lelaki dan perempuan, lelaki hendaklah berdiri di sebelah kanan imam sementara perempuan pula di belakang lelaki itu.

(3) Jika terdapat dua makmun lelaki, kedua-dua hendaklah berada di belakang imam.

(4) Jika hanya terdapat seorang perempuan atau beberapa orang perempuan, dia atau mereka hendaklah berdiri di belakang imam dengan tidak diselangi antara mereka jarak tiga hasta.


Ini jelas dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas: “Bahawa Nabi s.a.w bersolat di rumah Umm Sulaim lalu aku dan Yatim berdiri di belakangnya sementara Umm Sulaim di belakang kami.” (al-Zuhayli, 1985: II: 245; trj. II: 261-63).

Itulah kedudukan anda yang sepatutnya sebagai imam dan isteri sebagai makmum apabila berjemaah di rumah atau di tempat lain.




0 comments:

Followers

Tolongla klik yer...sana tu...

Instagram
 

Blog Template by YummyLolly.com