SBPA
Ingat lagi tak hari tu mummy kata mummy kena pergi taklimat SBPA? Kalau tak ingat sila klik kat sini ye. Talimat tu telah disampaikan oleh Presiden Cuepecs sendiri iaitu Datuk Omar Osman.Mummy tak nak cerita panjanglah tentang tu...cuma dari taklimat tersebut mummy dapat rasakanbanyak usaha-usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan bagi membantu penjawat awam ni.Dari segi kenaikan gaji baik yang lain-lain. Tunggu jelah pekeliling keluar nanti yang dijangka pada15hb Disember ini. Cuma diharap selepas ni semua PA perlulah lebih kreatif dan bekerja kuat.Mungkin bukan senang untuk memuaskan hati semua orang....sebab sememangnya manusia dilahirkan tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Mummy harap bersyukurlah dengan apa yang bakal kita dapat dan bekerja dengan lebih kuat. Jangan pula duit nak tapi kerja malas...
Ni mummy tempek sikit jadual gaji baru untuk skim J....sebab apa J...dah tentulah sebab mummy dari kumpulan tersebut...
Selagi belum keluar pekeliling janganlah percaya 100% dulu..nantikan ada pula yang frust menonggeng bila jadual ni tak tepat ye...boleh juga ikuti perkembangan di fb KPPA.
Dari fb group
SBPA 2012 | JADUAL GAJI BARU UNTUK JURUTEKNIK J17 (SKIM J) | Maklumat terkini yang di terima mengenai Skim Gaji Juruteknik dan Skim Gaji Penolong Jurutera (Pembantu Teknik) dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA 2012) ialah perbezaan antara Juruteknik dengan SPM dan Juruteknik dengan Sijil Politeknik (setaraf STPM). Manakala perubahan kepada nama gred jawatan juga. Maklumat untuk skim J (SPM) :
SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805 KGT RM95
SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 KGT 115
SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 KGT 125
Skim Perkhimatan Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur, Pembantu Pemeriksa Kilang & Jentera dengan kelayakan masuk Sijil Politeknik (setaraf STPM) tertakluk kepada memenuhi syarat kelayakan masuk ditetapkan atau cukup tempoh perkhidmatan dinaikkan ke gred :
Maklumat untuk skim J (Sijil Politeknik Setaraf STPM) :
SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 KGT RM145/150
Maklumat untuk skim J (Pembantu Teknik) :
SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340 KGT RM145/150
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 KGT RM 180
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 KGT RM 195
Apa yang di paparkan disini mungkin belum sahih 100% lagi. Maklumat yang dipaparkan mungkin akan berubah sehinggalah terbitnya Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012 yang sebenar.
No comments:
Post a Comment