Showing posts with label AKU DAN KERJA. Show all posts
Showing posts with label AKU DAN KERJA. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Indoor Game @ ofis mummy

Memang happening...


Tengok tu cik kak kita...bukan main lagi pikir..

Memang hebatlah

Congkak pun ada.....tapi awassss jangan pandang belakang cooooonnnggkkkaaakkkk
hahaha



Tuesday, May 10, 2011

HARGA GULA NAIK LAGI!!!!

PETIKAN DARI KOSMO ONLINE...NAK TAHU PERKEMBANGAN LANJUT BELI LAH KOSMO HARI INI.

Harga gula naik 20 sen


PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semalam.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, MPEN menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

HARGA BARANG MAKIN NAIK...GAJI JE YANG TAK NAIK-NAIK....



Wednesday, April 27, 2011

Jemput Minum...

Sedar-sedar dah pukul 10 pagi.
Bertapa pantasnya masa berlalu sekarang ni kan.
Projek tahun 2011 agak slow.
Kerja pun dah tidak sesibuk dulu.
Sekarang sempatlah berseronok-seronok blogwalking.

Apa lagi tiba waktu rehat...

Jemput minum ye...
kopi o panas

Kaya puff sebagai penghalas perut...
yang penting kenyang...

Dah tinggal separuh tu...


Jemput Minum...

Sedar-sedar dah pukul 10 pagi.
Bertapa pantasnya masa berlalu sekarang ni kan.
Projek tahun 2011 agak slow.
Kerja pun dah tidak sesibuk dulu.
Sekarang sempatlah berseronok-seronok blogwalking.

Apa lagi tiba waktu rehat...

Jemput minum ye...
kopi o panas

Kaya puff sebagai penghalas perut...
yang penting kenyang...

Dah tinggal separuh tu...


Friday, February 12, 2010

KESATUAN PERKHIDMATAN TEKNIK SEM. MALAYSIA

Rasanya masih ramai yang belum tahu tentang wujudnya kesatuan ini. Di pejabat aku sendiri pun memang ada yang masih belum tahu tentang MTSU. Pada 9/2/2010 yang lalu telah diadakan satu taklimat di tempat aku bertugas dan alangkah sedihnya apabila aku melihat yang hadir cuma dalam 40 orang. Rata-rata bila aku bertanya pada adik2 yang lebih junior pada aku mereka berkata tidak tahu menahu tentang adanya kesatuan ini.

Jadi di sini sekiranya ada segelintir dari pembaca blog aku yang terdiri daripada kakitangan teknikal dan masih belum menjadi ahli sila lah layari website MTSU ini. MTSU adalah Kesatuan yang menyuarakan dan memperjuangkan hak-hak kakitangan teknikal ke peringkat atasan baik dari segi gaji dan permasalahan.

Website MTSU

Sekiranya anda menjadi ahli..anda akan mendapat kad seperti ini. Aku dah lama dah jadi ahli...

Suara Teknik di keluarkan setiap 3 bulan kalau tak silap aku.

Antara isi kandungan Suara Teknik.

Begitulah penerangan secara ringkas tentang kesatuan teknik ni. Untuk lebih lanjut jangan lupa layari website MTSU ye.






Thursday, December 10, 2009

NO IDEA...

Semalam audit dari unit flying squad telah dilakukan di tapak bina yang aku jaga bagi mencari segala ketidakpatuhan yang terdapat dalam perlaksanaan sesebuah projek. Macam biasa hasilnya NCR pasti ada. Apa yang pasti segala teguran adalah untuk kebaikan bersama. Aku terima segala komen dengan hati terbuka kerana aku tahu aku bukannya berada di tapak sepanjang masa...

Memang payah betul rasanya bila dah ketandusan idea...aku memang tiada idea untuk menitipkan kata-kata di blog ini. Fikiran tengah kusut masai dengan kerja-kerja seharian yang tidak berkesudahan. Akhir tahun sibuk dengan penutupan akaun dan SKT yang seakan dah menjadi kemestian saban tahun. AAAAhhh boringnya nak buat SKT. Perkara yang paling aku tak suka tapi kena buat juga...

Tuesday, October 27, 2009

NO IDEA

Entah kenapa fikiran aku betul-betul beku...langsung tak tau apa yang nak aku ceritakan pada hari ini. Terasa muak berada di depan PC ni..tak habis-habis buat drawing hinggakan aku nak kemaskini blog kesayangan aku ni pun tak berkesempatan. Yang nyata selagi sebutharga tak keluar selagi itulah aku terpaksa bertapa di depan PC ni...

Monday, October 26, 2009

KERJA...KERJA...KERJA


Sorry buat rakan-rakan semua...kerana kesempatan meng`update' blog sekarang ni agak terbatas. Kesibukan telah melanda..dengan pakej rangsangan ekonomi..projek turun bertimpa-timpa dan semuanya perlu dibereskan sebelum akhir tahun ini. Inilah kerja aku...dan inilah dunia aku. Kekadang kerja terpaksa disiapkan di rumah. Ramai yang kata kerja gomen...boleh relax2..tapi lain suasananya di tempat kerja ku. Semua orang sibuk...mana nak siapkan kerja di ofis..kerja di site..filing lagi...ahhhhh semuanya buat aku tension...tapi itulah dunia aku..yang terpaksa aku tempuh sampailah aku pencen...kekadang terfikir aku nak opsyen awal....tapi....