Showing posts with label RUMAHKU SYURGAKU. Show all posts
Showing posts with label RUMAHKU SYURGAKU. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Terkejut...

Kejadian yang tidak diingini telah berlaku di rumah yang baru
mummy duduki selama 2 tahun.
Selama ini mummy hanya mendengar berita seperti ini
hanya dalam berita TV sahaja namum hari ini ianya berlaku
pada diri mummy sendiri.
Kejadian di mana tile yang dipasang meletup.

Rekahan atau gelembung yang hanya menunggu masa
sahaja untuk jatuh.

Kelihatan simen yang berlubang-lubang ketika pemasangan.

Serpihan-serpihan tile yang jatuh. Masa ni mummy baru je balik
kerja. Bunyi masyaallah punya kuat. Ingatkan ada barang-barang
yang jatuh...nasib baik masa ni bilik air ni tidak digunakan...

Tu dia bekas tile yang meletup dan jatuh tu. Betul-betul kat
pintu masuk bilik air ni. Kawan-kawan dia tu pun
tunggu masa je untuk jatuh.
Rumah mummy ni tarikh defect dah tamat tapi mummy cuba juga
buat surat laporan pada PKNS. Harap-harap mereka prihatin.
Masalah macam ni sering berlaku andai kerja-kerja pemantauan tidak
dijalankan dengan sebaiknya.
Buat masa ni bilik air ni tidak digunakan. Tunggu pihak
PKNS datang tengok dulu. Andai surat yang mummy buat itu
tidak dilayan...mummy tidak akan teragak-agak untuk membuat
laporan ke bahagian kepenggunaan.
Adehhh...emo...betul mummy hari ni...




Tuesday, June 8, 2010

Tahukah Anda...


Tindakan memasang kipas siling pada kelajuan sederhana atau perlahan serentak dengan menghidupkan alat hawa dingin bukan sahaja membantu mempercepatkan suhu menjadi sejuk malah dapat menjimatkan tenaga elektrik.

Kipas siling sangat sesuai dipasang di bilik air biarpun berukuran sempit kerana kipas membantu mengeringkan permukaan lantai diruang mandi, mengeringkan tuala dan peralatan mandi serta melambatkan pertumbuhan kulat pada permukaan jubin.

Kipas siling juga sangat berguna disediakan di ruang dapur untuk menghilangkan dengan cepat bau masakan atau asap sewaktu memanggang, selain mengurangkan kadar kepanasan di ruang berkenaan. Cuma jangan memasang kipas terlalu kuat sehingga menyulitkan anda untuk mengawal api dapur.

Kipas siling menawarkan pengudaraan ynag nyaman dan selesa di ruang tamu, khususnya jika menerima kunjungan terlalu ramai tetamu atau ada tetamu yang merokok di situ.

Menikmati hidangan juga menjadi lebih selesa di ruang makan jika kipas siling di selaraskan pada kelajuan sederhana kerana dapat menyamankan udara sekeliling tanpa menyejukkan hidangan panas.


Thursday, December 24, 2009

APPLE MAT


Yes...yes...barang dari Wana dah sampai. Apple mat tak tahulah guna ke tak ni nanti. Rasa-rasanya lebih kepada untuk display kat rumah je.

Saturday, December 19, 2009

ILHAM DEKORASI

Hari ini merupakan hari cuti...dah puas relax semalam jadi hari ini tercari-cari apa projek yang perlu aku buat. Nak deko rumah tak de idea...so aku belek2 internet cari idea....ini antara gambar-gambar menarik yang sememangnya menjadi idaman kalbuku.

LAYAN..


ABAIKAN GAMBAR BOTOL DAN PATUNG TU YE...

Sejuk mata memandangkan.






Wednesday, October 28, 2009

ROMANTIKA



Ha ha ha hari ni aku menyempatkan diriku ke Romantika PAS sesambil teman seorang kawan yang nak beli netbook..so aku sempat lari kejap ke tempat tu. Sekadar ambil apa yang tercapai ditangan je coz kesuntukan masa. Dah lama juga aku tak kesana walau hanya sejengkal sahaja dari office aku ni. Huhuhu sejengkal ke.... Belum sempat deco lagi..just utk snap gambar..inilah barang yg sempat ku capai itu....bye..bye...n selamat malam.

Wednesday, October 21, 2009

BUNGA DAN RANTING


Dah ketandusan idea sebenarnya...lagipun tak sempat nak snap gambar masa kat rumah..so layan jelah bunga dan ranting ni....
Untuk pengetahuan semua pasu tu handmade tau menggunakan kertas yang di recycle. Surat khabar lama. Nak membuatnya memerlukan kesabaran dan ketelitian. Tapi bukan aku yang buat sebaliknya hasil kreativiti adinda ku yang berada nun jauh di Kelantan.

Tuesday, October 20, 2009

TEA SET VANTAGE KU SOMPEK




Rasa macam nak menangis bila tengok cawan ni sompek...Siapa yang punya angkara pun aku tak tau. Masing-masing bila ditanya tak ada yang mengaku....Adoi....sedih hati mak....
Walaupun cawan ni dah sompek..aku takkan membuangnya...xperlah jadi bahan display je kat kabinet aku. Nak buat macam mana kan...sabor jelah.. Ada rezeki nanti dapatlah ganti balik..Insyaallah...


KOLEKSI TEKO


Hari ini cerita tentang set teko. Salah satu koleksi yang aku ada...tetapi tidaklah sebanyak mana. Set yang aku paparkan kali ini adalah dari Romantika. Inilah hasil belian aku sewaktu first time aku ke Romantika Shah Alam. Pada mulanya saja nak survey dulu...alaaah biasalah orang perempuan kan..mula-mula survey...lepas tu pantang nampak..mula lah...terbang jugak duit haku akhirnya...Aku percaya sesiapa yang pernah pergi Romantika pasti nampak teko ni kan..

Thursday, October 15, 2009

NAK BELI LANGSIR ENGLISH READY MADE

Ini satu-satunya frame gambar yang zures ada. Oilpainting di atas kanvas. Cantik tak...zures beli ni kat Mudah.com. Itu pun setelah zures betul-betul percaya dan barang dihantar ke rumah baru zures bayar. Sekarang ni banyak penipuan yang berlaku...oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Berwaspadalah selalu ye...

Kepada rakan-rakan yang tau kat mana ada jual langsir english ready made tolong bagitau zures ye. Zures tengah mencari ni...

KEY BOX

Cerita hari ini adalah berkenaan dengan key box ni. Pada mula aku berminat sangat-sangat nak belajar buat decoupage. Tengok yang member-member blogger buat semuanya cantik-cantik. So aku belilah keybox ni. Dah beli aku terus letak kat sinun 2la kononnya nak display dulu kat situ. Last skali sampai sekarang benda tu kat situ tanpa sebarang sentuhan. Guna yang original hahaha. Takpe tunggu semangat aku datang balik habis semua aku kerjakan nanti.

Wednesday, October 14, 2009

MEJA MAKAN YANG DAH LARI KONSEP


Ha ha ha ha kelakar tk tengok kerusi makan aku ni...memang dah lari konsep kan...yelah kerusi ni sepatutnya konsep moden tapi aku nak juga henglishkannya...so aku pakaikanlah baju untuknya..jadilah mcm tu. Tak pelah setidak-tidaknya rumah ku takdelah gelap sangat sebab kerusi tu berwarna hitam. Simple je dining aku ni..

Tuesday, October 13, 2009

TIN LAGI

Cantikkan Tin ni...sweet sangat colour dia. Hanya inilah yang aku ada. Yang kecik-kecik ada sikit tapi tak sempat lagi nak upload gambar. Masa aku beli memang tak tau nak letak kat mana so aku letak jelah kat atas almari ni...kawan-kawan ada cadangan tak?

ALMARI ANTIK

Seperti yang aku janjikan tentang Almari antik ni....dah lama dah usianya...tengoklah cermin pun dah lama pecah dan belum berganti lagi. Dah jauh dia berjalan dari Johor ke Shah Alam. Asalnya di ruang tamu..ke dapur...ke bilik dan sekarang aku nak naikkan pangkat dia balik kat ruang tamu. Aku memang bercadang nak memutihkannya tapi belum berkesempatan. Kalau kawan-kawan boleh bagi idea macamana nak transformekan dia agar nampak english...ok jugak...

DEKORASI ROJAK

Semasa mula-mula memasuki rumah ni aku memang betul-betul tak tau konsep apa yang nak.
Hasilnya semua cacamarba. Kalau Eric datang sure dia terperanjat kan..tgk rumahku yang macam ni. Aku memang peminat English Cottage dan masih banyak yang perlu aku pelajari. Sebab tulah aku join WMC boleh belajar cara-cara otai kat situ. Harapan aku kepada sesiapa yang boleh bagi tunjuk ajar tu amat aku alu-alukan.

FM..FM..FM

Hari ni aku nak bercerita pasal FM. Koleksi Fm yang seciput ni aku dapat dari member-member dan hasil lawatan anakku ke tempat-tempat yang berkaitanlah. Sedih sebab faham-faham jelah FM ni dah jadi macam permainan bg anak-anak ku pulak. Ada yang patah...ada yang sompek...aduhyai....

Monday, October 12, 2009

EG SEMARAK KASIH


Kawan-kawan mesti nak tau dari mana aku dapat jam ni kan...Jam ni aku dapat dari EG Semarak Kasih (WMC). Baby_comel yang bagi pada aku...thanks bb. Cantik Jam ni dan sememangnya aku idam-idamkan dari dulu lagi. Akhirnya dapat juga bila aku menyertai EG ni..

TIN...TIN...TIN

Ha..ha...ha...macam dah ketandusan idea...tin cokelat pun nak masuk gak dalam ni. Tapi apa-apa pun tin ni ada cerita gak tau..tin ni aku dapat dlm hamper tau...entah kenapa aku merasakan ianya cantik pulak...so sila lah jamu mata ek....

ALMARI PUTIH

Entry hari ni pasal almari putih. Aku dapat almari ni dari salah sorang member blogger aku. Payah betul nak cari pattern yang aku nak akhirnya dapat yang macam ni...kira oklah. At least tercapai jugak hasrat aku nak almari putih. Ada satu almari kat rumah tu yang nak dan bakal aku putihkan cuma tunggu masa jek...tunggu mood hubby aku ok sikit...sebab almari tu aku beli masa awal2 perkahwinan ku n hubby...dan almari tu merupakan kesayanganku...ahhhh sanggupkah aku memutihkannya....

Friday, October 9, 2009

MAKE OVER CANDLE HOLDER


Saja aku nak cerita pasal candle holder yang aku ada ni...Candle holder ni aku beli dari Tisha salah seorang peniaga WMC jugak. Masa beli dulu bunga-bunga tu berwarna putih..so aku telah meng'makeover'kannya menjadi pink...ok tak? Sorry coz lilin belum beli lagi..huhuhu

BUNGA ROSE N VASE


Nak tau dari mana aku dapat barang ni....hahaha semuanya dari rakan-rakan di alam mayaku.
Bunga ros pink tu aku beli dari Kedai Suesafia (WMC) , Tin n Decal dari Kedai Qamillea, Vase 3 serangkai (tak tau nama sebenarnya) n Vase tinggi tu dari rakan blogger Wana. Oppps lupa lak...Jam tu aku dapat dari EG semarak Kasih pemberian Baby_comel - tq dear.