Showing posts with label TAZKIRAH PAGI JUMAAT. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH PAGI JUMAAT. Show all posts

Friday, July 8, 2011

HANYA 1 MINIT

Hanya 1 Minit Mengingat Allah sebelum mulai bekerja


* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH

* * ALHAMDULI'LLAH

* * LA I LAHA ILLA'LLAH

* * ALLAHU AKBAR

* * ASTAGHFIRU'LLAH

* * LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH

* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALASAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA
SAHBIH AJMA'EEN



Wassalam


Friday, August 6, 2010

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman, UIA (UZAR)


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam..


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)




Friday, July 23, 2010

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ



“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Israa’: Ayat 1)


Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab setiap tahun Hijrah menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan dan kemaksiatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi. Lebih teruk lagi, ramai umat Islam pada ketika itu, telah murtad kerana tidak mempercayai baginda. Namun, terdapat hikmah disebalik peristiwa ini. Setahun selepas berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, berlaku Hijrah ke Madinah. Ini adalah salah satu cara untuk Allah memilih hamba-Nya yang terbaik sahaja untuk turut sama berhijrah bersama Rasulullah SAW.

Kita sering mendengar kisah Israk dan Mikraj ini disampaikan dalam majlis-majlis ilmu, menceritakan peristiwa-peristiwa yang disaksikan oleh Rasulullah SAW di langit pertama sehingga langit ke tujuh. Namun, hanya segelintir dari kita yang mengetahui mengapa terjadinya peristiwa ini.

Tatkala itu, dakwah Islamiah berada dalam posisi tenat dari segi psikologi Rasulullah SAW dan para sahabat sendiri. Kaum Musyrikin ketika itu telah memutuskan hubungan dengan Rasulullah SAW, Bani Hashim dan Bani Al-Mutallib, yang berlanjutan selama dua atau tiga tahun. Malahan, pada masa itu, amat sukar mereka menerima kemasukkan saudara baru kedalam Islam.

Israk Mikraj berlaku pada tahun yang digelar Tahun Kesedihan. Ini kerana, pada tahun tersebut, Rasulullah SAW telah kehilangan dua insan yg paling disayangi oleh baginda. Pertama, insan yang menjadi pelindung baginda dari ancaman kafir Quraisy pergi untuk selama-lamanya, Abu Talib, bapa saudara baginda. Tidak lama kemudian, ratu di hati baginda, Siti Khadijah RA, yang menjadi tulang belakang dan senantiasa mendokong dan menyokong dakwah dan perjuangan baginda, turut pergi meninggalkan baginda.

Dengan azam yang tidak luntur untuk menyampaikan dakwah Islam, baginda cuba menyebarkan Islam di Taif. Bagaimanapun, baginda hanya mendapat cemuhan daripada penduduk-penduduk di situ.

Kesedihan dan ujian yang bertimpa-timpa dihadapi oleh baginda Rasulullah SAW dengan penuh tekad. Pada malam 27 Rejab, Jibril mengejutkan baginda dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada baginda bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawa baginda dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Kemudiannya dari Masjidil Aqsa, baginda telah naik ke Sidratul Muntaha melalui tangga yang dari syurga yang berselang seli antara emas dan perak.

Sepanjang perjalanan baginda, yang ditemani Jibril, dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha, baginda telah menyaksikan pelbagai peristiwa-peristiwa yang menjadi peringatan untuk semua umat manusia. Ketika di Sidratul Muntaha jugalah, baginda Rasulullah SAW telah menerima perintah Solat yang menjadi tiang dan tunjang agama Islam.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat ataukekuasaan Allah SWT juga untuk mengubat kesedihan Rasulullah SAW pada ketika itu. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW.

Walaupun para ulama masih lagi khilaf tentang tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini, namun, ianya bukan satu penghalang bagi semua umat Islam untuk meningkatkan iman, amal soleh dan mengambil pergajaran, berdasarkan peringatan dari peristiwa-peristiwa yang disaksikan oleh Rasulullah SAW ketika Mikraj. Dunia ini satu persinggahan, ruang untuk kita mengumpul bekalan. Akan tiba suatu masa, kita akan dipanggil menghadap Pencipta. Disitulah, akan kekal untuk selama-lamanya. Adakah kita sudah bersedia?

Wallahualam….




Friday, July 16, 2010

RENUNGAN PAGI JUMAAT


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.





Thursday, June 10, 2010

FADILAT BULAN REJAB

BULAN REJAB

Pada 14 Jun 2010 (Isnin ini), kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita lihat ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Sabtu, 10 Julai 2010) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (14, 15, 16 Jun 2010) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt...InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


Rebutlah 5 perkara sblm datang 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Friday, May 7, 2010

IHSAN DALAM SEBUAH KEHIDUPAN

SALAM PAGI JUMAAT. EMAIL INI TELAH DIHANTAR OLEH SALAH SEORANG BOS DIPEJABAT AKU. BESAR MAKNA DAN MAKSUD TERSIRAT DISEBALIK EMAIL INI. SEMOGA IANYA BOLEH DIJADIKAN PENGAJARAN ...
TERUTAMA SEKALI UNTUK DIRI AKU...



"BERIBADAHLAH KAMU SEAKAN-AKAN KAMU MELIHAT ALLAH.
JIKA KAMU TIDAK SAMPAI KEPADA UPAYA ITU,
MAKA SEKURANG-KURANGNYA
RASAKANLAH YANG ALLAH ITU MELIHAT KAMU"


Ungkapan tinggi seorang Nabi, pada hadith Islam, Iman dan Ihsan itu, saya baca berulang kali.

Beribadah seakan kamu melihat Allah.

Tidak sukar untuk saya fikirkan, betapa besarnya kesan beribadah di dalam solat, atau beribadah di dalam pekerjaan dan muamalat, jika diri sampai merasa melihat Allah.

Seumpama saya diberi soalan peperiksaan oleh pensyarah dan beliau berdiri di hadapan saya memerhatikan saya, memerhatikan setiap jawapan yang saya tuliskan. Pasti sahaja saya menulis dengan cermat, sentiasa rasa gelisah apakah jawapan yang dicatat itu sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh pensyarah saya. Tidakkah serta merta beliau kecewa dan marah, jika saya menjawab dengan apa yang menyalahi ajarannya.

Tertekan dan tiada ruang untuk sambil lewa.

Seumpama saya ditempat kerja, majikan sentiasa berdiri di sisi, memerhatikan saya, tetapi yang lebih utama adalah saya sendiri sentiasa memerhatikan dia. Tidak mungkin kerja saya sambil lewa, kerana saya tahu dia yang menggaji dan menilai kerja saya, sedang berada jelas di sisi saya, di hadapan memerhatikan saya.

Ia kemuncak tumpuan dan perhatian.

Namun tidak semudah itu untuk saya merasainya. Dalam banyak keadaan, pensyarah tidak berdiri di sisi meja saya. Dalam suasana sebenar di tempat kerja, lazimnya saya bertindak dan bekerja dibawah pemantauan yang minimum. Majikan jarang bersama saya.

Tetapi kertas jawapan saya tetap akan dibaca oleh pnesyarah. Saya tetap akan kembali menemuinya di hari-hari mendatang. Kemarahan dan kekecewaannya terhadap performance saya tetap akan memberi kesan pada hubungan saya dengan pensyarah pada suatu masa dan hadapan kelak.

Malah jika majikan saya tiada bersama, tempat kerja saya sentiasa ada CCTV yang memerhati. Ada pegawai yang membuat laporan kualiti kerja saya. Akhirnya apa sahaja yang saya lakukan di belakang majikan tetap akan sampai dan terpampang di hadapannya.

Maka jika saya tidak dapat menimbulkan rasa pensyarah dan majikan memerhati, saya sepatutnya masih mampu mengekalkan amanah terhadap pekerjaan, dengan memelihara rasa diri ini diperhati.

Itulah tingginya peranan Ihsan sebagai pencetus usaha terbaik dalam setiap ibadah dan pekerjaan. Tidak sambil lewa, malah semuanya dilakukan dengan sepenuh upaya.

CARROT AND STICK

Dalam suasana kerja hari ini, lazimnya majikan menggunakan pendekatan carrot and stick.
Jika bagus, dibalas imbuhan. Jika culas, diberi hukuman.

Namun manusia yang berniat mahu berlaku culas dan bakal sentiasa setapak lebih maju dari sistem yang mengawalnya. Sebagaimana pencuri setapak lebih maju dari teknologi kunci dan alarm, begitu jugalah pekerja di dalam sesebuah syarikat. Namakan sahaja apa jua sistem untuk memantau dan mengawal, sentiasa ada jalan untuk penyelewengan dan tidak amanah boleh berlaku.

Sistem punch card sendiri hanya mampu memantau waktu pekerja tiba ditempat kerja, dan mustahil dapat memberitahu bila sebenarnya pekerja mula bekerja. Apatah lagi kaedah lain yang diserahkan kepada manusia (yang bernafsu dan keinginan) untuk melaksanakannya. Lubang tiris dan bocor sentiasa ada.

Banyak sekali contoh yang saya jumpa melalui pekerja syarikat ketika mengendalikan kursus bersama mereka. Menipu duit tol, menyelinap keluar barang pejabat, OT claim, namakan sahaja semuanya ada cara dan jalan dan ceramah saya bersama mereka mengundang perkongsian pengalaman dan "pengetahuan".

Mahu tidak mahu, manusia perlu kembali kepada taqwa dan kesedarannya terhadap hidup berTuhan. Kita adalah makhluk yang diciptakan bersistemkan luar ke dalam. Kita adalah manusia, yang dikawal tindak tanduknya oleh apa yang berlaku di dalam diri. Suasana, undang-undang, ganjaran dan hukuman, semua itu adalah faktor luaran. Manusia bertindak tetap oleh gerak hati, jiwa dan kemahuan, soal dalaman.

Soal dalaman adalah soal iman. Soal hubungan manusia dengan Tuhannya. Maka usaha memperkukuhkan aqidah dan kesedaran hudip berTuhan bukan lagi soal peribadi. Ia adalah juga sebahagian daripada keperluan organisasi. Generasi yang tinggi sains dan teknologi, hanya boleh dikawal oleh perkara asas membabitkan iman dan hubungannya dengan Allah. Soal Ihsan.

Jika hati tiada kesedaran bahawa setiap gerak gerinya dalam perhatian, jika manusia ghairah memaksa penilaiannya terhadap sesama manusia tanpa sedar bahawa penilaiannya juga dinilai oleh Allah, maka manusia sukar dikawal. Manusia akan bercakap sepuas hati, semahu mahunya. Hanya dengan mengingati Allah, manusia akur untuk berusaha mengawal dan membetulkan diri, walaupun jauh dari pengetahuan dan perhatian manusia.

Dia boleh mengelabui dan menipu mata manusia, tetapi mustahil dapat menipu Allah dan dirinya sendiri.

PERSEMBUNYIAN DI ALAM SIBER

Alam siber di internet ini telah mendedahkan manusia kepada suatu cabaran baru terhadap Ihsan manusia kepada Tuhan. Internet adalah alam yang manusia bebas melakukan apa sahaja, dan ia diburukkan lagi oleh keupayaan manusia menyembunyikan identiti.

Manusia yang mampu menjadi seangkuh-angkuh peribadi, hanya kerana kejahatan lisan dan tangannya, dapat disembunyikan disebalik nickname dan ID ciptaannya sendiri. Cakaplah apa sahaja, celalah siapa sahaja, kita tetap selamat kerana yang kelihatan hanyalah ID yang itdak beridentiti.

Sebelum zaman ICT mengusai kehidupan, tidak semua manusia berupaya `memasarkan' apa sahaja yang difikirkan. Hanya idea yang berharga sahaja diberi ruang diterbitkan melalui medium-medium yang terhad di zaman itu. Maka manusia tidak sebebas hari ini untuk menconteng pemikirannya dengan sesuka hati, melainkan kualiti isi dan etika bahasa akan dikawal oleh pihak editor yang mengambil tanggungjawab ini. Maka pemikiran sampah dan akhlak yang cemar, sedikit sebanyak masih terkawal.

Namun, bilamana era penerbitan bahan diinternet menjadi percuma, manusia mula meninggalkan pelajaran "mengenal sempadan". Apa sahaja yang mahu diluahkan dengan penuh kebebasan. sama ada idea tiu muncul dari akal, atau terbit dari hawa nafsu yang mazmumah, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Segalanya percuma dan dengan kemudahan ini, manusia semakin lupa pada nilai akhlak dalam ungkapan idea dan pemikiran. Segala-galanya menjadi lebih buruk dan cemar apabila sebesar-besar kemungkaran penulisan terselindung di sebali identiti dan pengenalan diri yang boleh ditopengkan oelah nickname. Seatu kemudahan yang mudah menjadi pisau yang melukakan.

Tanpa Ihsan yang menyedarkan insan betapa hidupnya di dalam perhatian dan penilaian Tuhan, sikap seperti ini mustahil dapat diubati.

Hanya dengan kesedaran bahawa setiap yang ditulis dan diungkap, bakal menjadi pahal juga dosa, maka manusia akan berundur sendiri dari kejahatan tangan dan lisan, kembali sedar bahawa dirinya diperhatikan Tuhan, selepas terlalu jauh pergi meninggalkan rasa bahawa dia sedang berkelakuan buruk dan baik dihadapan Tuhan.

Sama ada kita bersolat di atas sejadah, atau bekerja di bilik nafkah atau berceloteh di alam siber, ingatan diri kepada Allah jualah pengawal hakiki terhadap akhlak dan etika diri...seorang hamba yang hidup matinya diuji. Bertaqwalah wahai yang empunya diri, bahawa dirimu dan IDmu tetap di perhati...

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur.

Friday, October 16, 2009

TOUCHING STORY

Hari ini aku nak paparkan satu cerita teladan yang telah dihantar melalui email oleh seorang sahabat. Alangkah tersentuhnya hatiku setelah membaca cerita ini. Ingin aku kongsikan cerita ini bersama teman-teman alamaya ku...semoga ianya menjadikan kita insan yang bersyukur dimuka bumi ini...Insyaallah..

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah