Thursday, January 19, 2012

Wednesday, January 11, 2012

Sejarah Ayat Qursi



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT "



Tuesday, January 3, 2012

Salam Tahun Baru....

Dah 3hb kut....baru nak ucap selamat tahun baru...
Sorrylah kawan-kawan...baru hari ni mummy sempat berblogging...
Idea dah kering...dah tak banyak yang boleh diceritakan....
Apa-apa pun semoga tahun baru ini bakal memberi sinar
kebahagiaan buat anda semua...
Semoga kita sentiasa menjadi Insan yang diredhai oleh
Allah SWT. Amin...






Saja-saja tempek gambar tahun lepas....
Kalau taknak tengok pejam mata ya...


Wednesday, December 14, 2011

Nak Tukar Ke Galaxy S II Amoled

Huh mummy duk berangan la pulak....
Nak tukar ke Samsung ni....macam best je....



Agak-agak ada sapa2 nak beli Blackberry Bold mummy ni tak????
Masih baru lagi tau...masih dalam waranty (betul ke eja ni) lagi...


Tuesday, December 6, 2011

SBPA


Ingat lagi tak hari tu mummy kata mummy kena pergi taklimat SBPA? Kalau tak ingat sila klik kat sini ye. Talimat tu telah disampaikan oleh Presiden Cuepecs sendiri iaitu Datuk Omar Osman.
Mummy tak nak cerita panjanglah tentang tu...cuma dari taklimat tersebut mummy dapat rasakan
banyak usaha-usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan bagi membantu penjawat awam ni.
Dari segi kenaikan gaji baik yang lain-lain. Tunggu jelah pekeliling keluar nanti yang dijangka pada
15hb Disember ini. Cuma diharap selepas ni semua PA perlulah lebih kreatif dan bekerja kuat.
Mungkin bukan senang untuk memuaskan hati semua orang....sebab sememangnya manusia dilahirkan tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Mummy harap bersyukurlah dengan apa yang bakal kita dapat dan bekerja dengan lebih kuat. Jangan pula duit nak tapi kerja malas...

Ni mummy tempek sikit jadual gaji baru untuk skim J....sebab apa J...dah tentulah sebab mummy dari kumpulan tersebut...

Selagi belum keluar pekeliling janganlah percaya 100% dulu..nantikan ada pula yang frust menonggeng bila jadual ni tak tepat ye...boleh juga ikuti perkembangan di fb KPPA.

Dari fb group

SBPA 2012 | JADUAL GAJI BARU UNTUK JURUTEKNIK J17 (SKIM J) | Maklumat terkini yang di terima mengenai Skim Gaji Juruteknik dan Skim Gaji Penolong Jurutera (Pembantu Teknik) dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA 2012) ialah perbezaan antara Juruteknik dengan SPM dan Juruteknik dengan Sijil Politeknik (setaraf STPM). Manakala perubahan kepada nama gred jawatan juga. Maklumat untuk skim J (SPM) :

SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805 KGT RM95
SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 KGT 115
SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 KGT 125

Skim Perkhimatan Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur, Pembantu Pemeriksa Kilang & Jentera dengan kelayakan masuk Sijil Politeknik (setaraf STPM) tertakluk kepada memenuhi syarat kelayakan masuk ditetapkan atau cukup tempoh perkhidmatan dinaikkan ke gred :

Maklumat untuk skim J (Sijil Politeknik Setaraf STPM) :

SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 KGT RM145/150

Maklumat untuk skim J (Pembantu Teknik) :

SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340 KGT RM145/150
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 KGT RM 180
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 KGT RM 195

Apa yang di paparkan disini mungkin belum sahih 100% lagi. Maklumat yang dipaparkan mungkin akan berubah sehinggalah terbitnya Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012 yang sebenar.