Monday, July 9, 2012

Nuffnang Buffered


Nak tau tak...mummy pernah merajuk dengan Nuffnang ni satu ketika dulu.
Apa sebabnya...pernah masa tu earning mummy boleh dikatakan lumayan jugalah
tapi oleh kerana kejahilan mummy dalam mempelajari apa itu nuffnang menyebabkan
earning yang mummy dapat telah dipotong dengan sewenang-wenangnya.
Rupa-rupanya setiap iklan yang dipaparkan bukan untuk kita klik tapi sebaliknya
untuk rakan-rakan yang menziarahi blog kita. Masa tu bila ada je iklan yang
terpapar kat blog mummy, mummy pula yang excited nak klik dan nak tahu iklan apa
yang dipaparkan tu dan sudahnya mummy dikatakan fraud click. Betulke macam tu??
Sekarang walau iklan apa pun yang muncul mummy wat dono je...malas nak layan...
dan inilah antara buffered earning yang mummy dpt sepanjang tahun 2012 ni...
Banyak ke...orang lain rasanya lagi banyak daripada mummy...
Earning mummy takdelah sampai riban-riban macam setengah org lain tu...
Blog mummy hanya sekadar blog suka-suka...cuma yang bestnye bila dpt kawan baru
rasa seronok pula...





Thursday, June 14, 2012

Kalau kita terjaga



Ni bukan n3 politik ye...
Mummy suka sangat dengan kata-kata yang diungkapkan ni.
Gambar pun cantik...
Hayatilah apa yang diperkatakan...


dari fb seorang sahabat

Sunday, June 10, 2012

Aktiviti Hujung Minggu



Perlawanan Bowling Oleh KrtAyusutera.
Alhamdulillah ramai yang menyertai.
Mummy bagi wakil kat hubby je sebab mummy memang tak mampu nak main
sebab pergelangan tangan mummy ni ada masalah sikit.


Tu dia ramai yang bagi sokongan... 


Lane 14 wehhhhh


Tu dia cik abang mummy...steady bang....jangan masuk longkang pulak hehehe 


Pengerusi yang sememangnya penuh semangat. Mummy kagum sangat dengan
komitment yang diberikan. 


www.krtayusutra.blogspot.com.


Friday, May 11, 2012

Pesta Durian AKA Durian Runtuh

Semlam mummy terpegun sejenak bila..
Si Abang : Mummy boleh abang tanya?
Mummy : Boleh, tanya jelah
Si Abang bertanya : Mummy durian runtuh tu...maknanya masa tu durian ada banyak ke?
Mummy : erk...(dalam hati) itu pulak soalannya ye..
So mummy pun terpaksalah menjawabnya bal..bla...bla...

( Sekarang ni kan tiap-tiap malam berita duk sebut pasal durian runtuh,
rupa-rupanya anak mummy pun prihatin juga tentang tu
Anyway tahniah buat orang-orang felda yang telah mendapat durian runtuh tu ye...
gunakanlah apa yang dapat tu dengan berhemah. Dah join saham tu
janganlah sibuk nak jual je...dengarlah nasihat PM kita dan juga pakar-pakar dalam
bidang ni. Banyak sangat berita yang kita dengar tentang ni...
bagi mummy senang je...kepada orang-orang yang seangkatan dengan mummy la ye
kalo dah ekonomi rumahtangga sendiri pun masih tunggang-langgang tak
payahlah nak campur tentang ekonomi negara pula. Bagilah tugas tu pada
orang-orang yang lebih arif...bukankeh itu lebih baik..)

just my 2cent



Thursday, May 3, 2012

Pesta Durian

Hari Jumaat lepas adik mummy datang dari kampung.
Seperti biasa buah tangan dari kampung
sekarung durian
pppeeehhhhhh
memang kegemaran mummy.
kat Shah Alam ni rasa serik pun ada bila beli durian kat
pasar malam mau taknya masa tunjuk kat kita elok je
nampak isinya...tengok bila dah sampai kat rumah
isinya tak seindah yang ditunjukkan.
Durian yang adik mummy bawa ni memang
gred A lah..puashati makan.
Sila tengok jelah ye...hehehe