Tolongla klik yer...sana tu...

Monday, August 23, 2010

BAPA BOREK ANAK RINTIK

Sedih sangat-sangat bila baca berita macam ni. Mungkin inikah punca kes-kes pembuangan bayi yang sedang berleluasa dewasa ini???. Manakan tidak bapak-bapak yang sepatutnya menjadi pembimbing dan contoh kepada anak-anak sendiri pun tewas dek godaan nafsu amarah. Bagaimana kita mahu melahirkan anak-anak yang soleh dan mendengar kata seandainya bapa sendiri sibuk dengan hal dunia dan tidak malu meneguk air kencing syaitan. Nauzubillahmin zaalik...semoga mereka ini akan kembali ke pangkal jalan dan semoga hidayah dari Allah swt sentiasa bersama mereka. Apatah lagi bulan Ramadhan yang mulia ini...semoga mereka akan segera sedar....


Abai puasa Ramadan

Oleh FIRDAUS SAHAT dan MIOR AZLAN MIOR KAMARULBAID

2010/08/22







KUALA LUMPUR: Tua tidak sedar diri! Itulah yang boleh diibaratkan terhadap segelintir lelaki hidung belang beragama Islam yang sanggup berjoli di sebuah kelab dangdut di ibu kota pada bulan mulia ini semata-mata untuk melayan nafsu dengan pelayan pelanggan (GRO) yang rata-rata seksi dan gebu.

BUKTI... kelab dangdut masih mendapat perhatian pengunjung beragama Islam meskipun pada bulan puasa.
BUKTI... kelab dangdut masih mendapat perhatian pengunjung beragama Islam meskipun pada bulan puasa.


Mereka yang tidak mempedulikan Ramadan ini tanpa segan silu meneguk air kencing syaitan sambil rebah dibelai GRO terbabit.

Tinjauan Metro Ahad baru-baru ini mendapati, hampir setiap malam dianggarkan 50 pengunjung memenuhi pusat hiburan itu.


Malah, golongan lelaki berkenaan langsung tidak mempedulikan kesucian Ramadan dan mengabaikan ibadat Tarawih hingga sesetengah daripada mereka sanggup melakukan maksiat bersama pasangan masing-masing.

Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti senaman turut dieksploitasikan golongan GRO itu bagi mewujudkan gerak tarian yang memberahikan bagi menarik perhatian pelanggan.

GRO terbabit juga bukan saja berpakaian seksi dan mempersembahkan aksi tarian mengghairahkan, malah turut tidak kisah jika bahagian tertentu tubuh mereka dipegang serta diraba pengunjung.

Berdasarkan pemantauan, kelab dangdut berkenaan dibuka seawal 8.30 malam setiap hari sepanjang bulan ini dan menyediakan hampir 30 GRO manakala pada hari biasa, kelab ini dibuka seawal jam 3 petang.

Tanpa rasa curiga, seorang ‘Mami’ yang mendekati wartawan menawarkan gadis sebagai peneman dengan bayaran hanya RM40 untuk satu jam, malah GRO berkenaan juga boleh dijadikan teman ‘geli-geli’.

Pada masa sama, golongan GRO itu boleh ditempah dengan bayaran RM200 serta dibawa keluar sehingga pagi sebagai pemuas nafsu, tetapi semua itu atas perbincangan bersama GRO terbabit.

Dalam perbualan wartawan bersama seorang GRO, dia mendakwa kelab dangdut itu jarang diserbu pihak berkuasa tempatan.

GRO itu juga mendakwa dia tidak risau dengan kehadiran pihak berkuasa kerana kelab berkenaan berada di luar ‘pandangan’ mereka.

Seorang pengunjung tegar yang ditemui wartawan berkata, sama ada puasa atau tidak, kelab dangdut berkenaan menjadi tempat persinggahannya.

“Di sini kita tidak perlu risau apa-apa. Jarang sekali pihak polis datang membuat serbuan, malah tiada aktiviti luar biasa diadakan.

“Paling kurang, saya mendapatkan khidmat bersuka ria dengan GRO, menari dan geli-geli. Malah, jika suka sama suka, saya perlu membayar GRO berkenaan, kemudian membawanya ke hotel untuk memadu kasih.

“Saya kerap datang ke kelab ini untuk mendapatkan khidmat sama selain melupakan penat lelah bekerja seharian,” katanya.

Sementara itu, mengulas aktiviti golongan lelaki berkenaan, penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz berkata, kebanyakan individu yang melakukan dosa terang-terangan seperti ini mengalami krisis keimanan.

“Bayangkan, kenapa seseorang itu sanggup membelanjakan wang ringgit ke pusat hiburan daripada datang ke masjid yang dipenuhi pelbagai juadah berbuka percuma?

“Malah, melangkah ke masjid juga menjadi pahala percuma kepada mereka daripada mengutip dosa besar ke tempat maksiat.

“Itulah yang kita gelar krisis keimanan. Benteng iman pada diri masing-masing luntur dan rapuh hinggakan tergamak melakukan maksiat pada bulan mulia ini.

“Pada masa sama, meskipun sudah berumur dan kebanyakannya boleh digelar ‘senja’, mereka mengalami kerosakan akhlak dan sukar meninggalkan kemungkaran. Malah kelakuan mereka turut menghina dan menjatuhkan maruah islam,” katanya.

Menurut Hassan, golongan itu sesuai digelar lebai malang kerana sukar meninggalkan larangan-Nya, malah Nabi Muhammad SAW turut menamakan budaya berkenaan sebagai budaya lubang biawak.

“Budaya lubang biawak sama seperti individu yang gemar mencari keseronokan di pusat hiburan. Lepas satu pusat hiburan, dia mencari keseronokan di tempat lain pula.

“Ini sebenarnya penghalang dalam Islam. Perkara ini harus dibendung pihak berkuasa dan seharusnya mereka yang gemar melakukan kemungkaran ini disedarkan daripada terus terjerumus,” katanya.




1 comments:

Post a Comment

Follow my Instagram

About Me

Followers

 

Blog Template by YummyLolly.com