Tuesday, May 31, 2011

DAH LAMA MENCARI RESEPI NI...

Jalan-jalan blog kjee mummy terjumpa pulak resepi ni.
Dah lama mummy mencari...Dulu mummy selalu makan masakan ni bila balik rumah MIL kat Parit Tengah...mummy cukup suka...kadang-kadang ada juga terjumpa makcik2 jual kat Bazar Ramadhan tapi harganyaboleh tahan jugalah...ibarat kata orang tak puaslah nak makan.
Mummy tau masakan ni dinamakan Pecel (ikut slang orang jawa yer...)
tapi mungkin lain tempat lain juga caranya sebab bila mummy tanya
kawan-kawan mummy yang Jawa kat Selangor ni mereka kurang arif tentang
masakan ni...entahlah...

Gambar kredit to kjee (xleh amik gambar sdiri lg sebab lum buat lg)

(bg yang tak tau daun cekur..inilah dia. Sebelum ni mummy cuma tau
yang cekur ni hanya untuk ubat orang bersalin sahaja...tapi rupanya buat masak pun boleh)

BAHAN2NYA:

1kg ikan pari (dicuci dengan air asam, dilumur dengan garam dan dibakar dan dicarik)
2 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 biji cekur (tiap2 satu sebesar ibu jari kecik)*
2 inci belacan*
segenggam besar cili padi (itu pun tak cukup pedas!)*
3 cawan santan pekat
1 asam keping

CARA:

Blend semua bahan bertanda * sampai halus. Pastu tumis gunakan sedikit minyak hingga wangi. Bila sudah wangi dan garing, masukkan santan dan tunggu sampai mendidih guna api sederhana. Rasa garam dan pak aji kalau bubuh. Pastu campak juga sekeping asam keping. Bila kuah sudah cukup masak, masukkan ikan pari yang telah dicarik dan masak lagi seketika. Siap.
Tq kjee...

Friday, May 27, 2011

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN LAMA

Gambar-gambar ni meruapakan kenangan lama mummy.
Masa ni mummy baru menamatkan pengajian. Rasanya umur
mummy pun baru 20 tahun. Masa ni juga mummy baru mengenali
pahit maung alam pekerjaan. Best masa tu...
Pehhhh lama betul mummy simpan gambar-gambar ni.

Ada juga di antara kawan-kawan mummy ni yang mummy
dah tak ingat nama dia. Sorry ye...


Gambar sewaktu manghadiri kursus di Pulau xxxx (tak ingat nama daaaa)







Thursday, May 19, 2011

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Subject: RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa,
semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan
mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan
berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat
ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan
miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang
beriman
kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....



Tuesday, May 10, 2011

HARGA GULA NAIK LAGI!!!!

PETIKAN DARI KOSMO ONLINE...NAK TAHU PERKEMBANGAN LANJUT BELI LAH KOSMO HARI INI.

Harga gula naik 20 sen


PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semalam.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, MPEN menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

HARGA BARANG MAKIN NAIK...GAJI JE YANG TAK NAIK-NAIK....



Monday, May 9, 2011

Nuffnang Dah Ada Office Baru

Rutin pagi-pagi sebelum mengadakan sessi blogwalking...
buka website nuffnang...tengok income...haishhh
slow giler tu...
Macam xder perubahan pun amountnya...
Yelah...blog mummy hanya sekadar blog picisan...
sekadar blog untuk melepaskan apa yang terbuku dalam hati,
tanpa cerita menarik yang mampu mengundang ribuan blogger lain untuk
berkunjung.
Mummy bukan Ben Ashaari bukan juga Red Mummy yang sememangnya berbakat
tetapi mummy hanyalah mummy...seorang insan yang juga punya hati dan perasaan...
Namun mummy tetap berbangga dengan blog mummy.

Wey...melalut kemana lak pagi-pagi ni....
berbalik kepada tajuk di atas...
korang tau tak ni....nuffnang dah ada ofis baru...
cantik gitu...
Bilalah agaknya mummy dapat berkunjung ke ofis nuffnang ni agaknya ya...
Ada sesiapa yang nak pergi melawat tak????
Jom kita terjah...






Saturday, May 7, 2011

Al-Fatihah Untuk Ibu

8-5-2011
Selamat Hari Ibu buat seluruh Ibu-ibu di Malaysia.
Hanya itu yang mampu diungkapkan. Untuk bercerita panjang sempena hari ibu ni
memang mummy tidak mampu. Kerinduan pada Ibu akan membuatkan mummy
sayu. Airmata pasti bergenang....
Ibu...maafkan di atas segala dosa-dosa anakmu.
Hanya Al-Fatihah yang mampu di hadiahkan
semoga Roh Ibu ditempatkan bersama
orang-orang yang beriman.....Amin...


Buat rakan-rakan blogger mummy...hargailah Ibu anda
sewaktu hayatnya masih ada. Ibu adalah segala-galanya.
Rindu nak peluk cium Ibu.