Siapa pernag shopping online dengan LAZADA ?
Ini adalah merupakan pengalaman pertama mummy.
Dah jadi lumrahlah bila pengalaman pertama kita akan mengambil pendekatan
dengan lebih berhati-hati kan.
Di LAZADA ni cara pembayaran disediakan dalam beberapa bentuk
iaitu menggunakan online, credit card dan COD.
So untuk pertama kali ni mummy gunakan cara COD.
Dapat barang baru bayar...
Barang-barang COD dihantar menggunakan khidmat
TA-Q-BIN memakan masa lebih kurang 5 hari juga.
Packing cukup cantik dan terjamin...
First time shopping ni juga tak boleh beli yang mahal2 sangat...
takut apa-apa jadi kan susah pula...tapi sekarang dah terbukti barang
sampai dengan selamatnya..
Jeng-jeng jeng...inilah dia barangnya...
TRIO MINI BLENDER...
Blender ni kecik...blh wat ice blended n paling senang nak wat sambal belacan
hohoho...
Dah lama mengidam nak beli blender ni...
Blender yang ada kat rumah besar sangat...
takat nak masak tiap-tiap hari tak berbaloi nak keluarkan.
So bila dah ada yang kecil ni senang sikit kerja mummy di dapur...
Harap lepas ni makin rajin masaklah yea...
No comments:
Post a Comment