Jalan-jalan blog kjee mummy terjumpa pulak resepi ni.
Dah lama mummy mencari...Dulu mummy selalu makan masakan ni bila balik rumah MIL kat Parit Tengah...mummy cukup suka...kadang-kadang ada juga terjumpa makcik2 jual kat Bazar Ramadhan tapi harganyaboleh tahan jugalah...ibarat kata orang tak puaslah nak makan.
Mummy tau masakan ni dinamakan Pecel (ikut slang orang jawa yer...)
tapi mungkin lain tempat lain juga caranya sebab bila mummy tanya
kawan-kawan mummy yang Jawa kat Selangor ni mereka kurang arif tentang
masakan ni...entahlah...
Gambar kredit to kjee (xleh amik gambar sdiri lg sebab lum buat lg)
(bg yang tak tau daun cekur..inilah dia. Sebelum ni mummy cuma tau
yang cekur ni hanya untuk ubat orang bersalin sahaja...tapi rupanya buat masak pun boleh)
BAHAN2NYA:
1kg ikan pari (dicuci dengan air asam, dilumur dengan garam dan dibakar dan dicarik)
2 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 biji cekur (tiap2 satu sebesar ibu jari kecik)*
2 inci belacan*
segenggam besar cili padi (itu pun tak cukup pedas!)*
3 cawan santan pekat
1 asam keping
CARA:
Blend semua bahan bertanda * sampai halus. Pastu tumis gunakan sedikit minyak hingga wangi. Bila sudah wangi dan garing, masukkan santan dan tunggu sampai mendidih guna api sederhana. Rasa garam dan pak aji kalau bubuh. Pastu campak juga sekeping asam keping. Bila kuah sudah cukup masak, masukkan ikan pari yang telah dicarik dan masak lagi seketika. Siap.
Tq kjee...
5 comments:
daun cekor banyak khasiatnye
memang byk khasiat...dan sedap bila buat masakan ni..
eh,.. tak pernah rasa lg.. sedap tak?
Siti....masakan ni memang sedap...rasanya unik sebab ada daun cekor tu...cubalah buat ye...
lama akk tak makan masakan ni zu.kecik2 dulu selalu makan.arwah nenek yg msk.ini msakakn org jawa.
Post a Comment