
Wednesday, June 15, 2011
Tuesday, May 31, 2011
DAH LAMA MENCARI RESEPI NI...


1kg ikan pari (dicuci dengan air asam, dilumur dengan garam dan dibakar dan dicarik)
2 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 biji cekur (tiap2 satu sebesar ibu jari kecik)*
2 inci belacan*
segenggam besar cili padi (itu pun tak cukup pedas!)*
3 cawan santan pekat
1 asam keping
CARA:
Blend semua bahan bertanda * sampai halus. Pastu tumis gunakan sedikit minyak hingga wangi. Bila sudah wangi dan garing, masukkan santan dan tunggu sampai mendidih guna api sederhana. Rasa garam dan pak aji kalau bubuh. Pastu campak juga sekeping asam keping. Bila kuah sudah cukup masak, masukkan ikan pari yang telah dicarik dan masak lagi seketika. Siap.
Friday, May 27, 2011
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN LAMA





Thursday, May 19, 2011
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa,
semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan
mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan
berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat
ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan
miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang
beriman
kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....
Tuesday, May 10, 2011
HARGA GULA NAIK LAGI!!!!
PETIKAN DARI KOSMO ONLINE...NAK TAHU PERKEMBANGAN LANJUT BELI LAH KOSMO HARI INI.
Harga gula naik 20 sen
PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semalam.
"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, MPEN menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
HARGA BARANG MAKIN NAIK...GAJI JE YANG TAK NAIK-NAIK....