Thursday, December 10, 2009

NO IDEA...

Semalam audit dari unit flying squad telah dilakukan di tapak bina yang aku jaga bagi mencari segala ketidakpatuhan yang terdapat dalam perlaksanaan sesebuah projek. Macam biasa hasilnya NCR pasti ada. Apa yang pasti segala teguran adalah untuk kebaikan bersama. Aku terima segala komen dengan hati terbuka kerana aku tahu aku bukannya berada di tapak sepanjang masa...

Memang payah betul rasanya bila dah ketandusan idea...aku memang tiada idea untuk menitipkan kata-kata di blog ini. Fikiran tengah kusut masai dengan kerja-kerja seharian yang tidak berkesudahan. Akhir tahun sibuk dengan penutupan akaun dan SKT yang seakan dah menjadi kemestian saban tahun. AAAAhhh boringnya nak buat SKT. Perkara yang paling aku tak suka tapi kena buat juga...

2 comments:

alang said...

Jgn stress2 ya. :D

Dak Wan® said...

Lenkali, panggil kongsi-kong suh susun papan & kayu2 tu. Ekekek. :)