Friday, December 4, 2009

NUFFNANG - EARNING


Malunya aku nak tunjuk bayaran yang aku dapat dari nuffnang tapi aku nak tunjuk gak kat sini. RM13 sepanjang lebih kurang 3 bulan aku berblogging. Masa mula-mula dulu aku buat blog ni hanya untuk suka-suka...yelah tengok orang lain ada blog so aku pun nak jugak ada blog, sekurang-kurangnya bila orang tanya tentang blog ni tidaklah aku melopong je...Aku belajar sendiri-sendiri berpandukan blog kawan-kawan yang bg tip-tip untuk membuat blogi. Dari situ juga aku mula mengambil tahu tentang nuffnang. Rasanya tak salah utk aku selitkan nuffnang dalam blog disamping sebagai penyeri dapat juga jadi income lebih. Nuffnang membuatkan aku rajin nak buka blog-blog orang lain dan klik..klik kerana sememangnya itulah yang digalakkan oleh pihak nuffnang. Kalau bukan kerana nuffnang aku hanya akan buka blog rakan-rakan yang aku kenal dan tahu sahaja. Sekarang dengan nuffnang aku dapat ramai kawan meskipun perkenalan hanya di alam maya. Rasanya itu lebih baik dari hanya terperuk dan tidak berbuat apa-apa kan...

Buat rakan-rakan sudi-sudikanlah bagi komen dekat blog aku ni...Aku sememangnya tidak pandai bermain dengan kata-kata...
Post a Comment