Sunday, February 21, 2010

KEPULANGAN YANG HAMBAR


Dah lama rasanya tak buat N3 baru setelah sekian lama bercuti sempena Chinese New Year. Orang lain yang beraya kita pula yang sibuk-sibuk bercuti. Begitulah ada bila dah jadi anak rantau. Pantang ada hari cuti pasti tidak ketinggalan...teruja kerana masa inilah peluang untuk menjenguk kampung halaman. Tetapi kepulangan ku kali ini penuh dengan kehambaran. Terasa kepulangan ku penuh dengan kekosongan...penuh dengan kesepian. Selama ini setiap kali pulang kekampung...kepulangan ku akan disambut oleh senyum ria ibu dan ayah tapi kali ini semua itu telah tiada. Kali pertama kali aku pulang tanpa disambut oleh wajah-wajah yang aku rindu. Kekadang aku tercari-cari dan ternanti-nanti...seolah-olah mereka masih ada...namun aku hampa. Hanya airmata yang bergenang mengenangkan mereka. Bila menjenguk bilik peraduan ibu dan ayah hatiku semakin sayu...terasa seolah-olah mereka masih ada. Selama ini tatkala aku sampai merekalah yang sibuk bertanya..nak makan apa?...namun kala ini suara-suara itu telah tiada. Selama ini bila aku jatuh sakit merekalah yang paling susah hati...

Terkadang aku seperti tidak percaya...benarkah mereka telah tiada? kerana aku merasakan mereka masih hidup. Mungkin kerana mereka masih hidup dan tetap hidup dalam hati aku sampai bila..bila...

Ibu dan Ayah...aku rindukan kalian...





3 comments:

Cheqna said...

Semoga tidak lupa untuk mendoakan ke2 ibu bapa...dan semoga ruh mereka dicucuri rahmat...amiin..

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Cheqna, Terimakasih atas ingatan dan doa anda...

MRCD said...

Sabar sis...teruskan berdoa untuk kesejahteraan mereka di sana....hanya itu sahaja yang menjadi talian hayat dan petunjuk kasih sayang kita padanya...