Friday, March 19, 2010

MANDI WILADAH

Salam pagi Jumaat buat rakan-rakan blogger. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi ilmu tentang mandi Wiladah. Apa itu MANDI WILADAH???..bagi yang telah mengetahuinya saya berharap marilah kita kongsi-kongsikan ilmu yang kita ada ye. Rasanya sejak dibangku sekolah lagi kita telah tahu apa itu mandi wiladah iaitu MANDI HADAS KERANA MELAHIRKAN ANAK. Saya percaya ramai ibu-ibu selepas bersalin akan berasa keliru antara mandi Wiladah dan Mandi Nifas.

Perkara-perkara Wajib mandi hadas besar :

Bagi Lelaki - 2 perkara:
  1. Keluar air mani - samada secara sengaja atau pun melalui mimpi
  2. Berjimak - tidak kiralah secara sah atau berzina pun kena mandi juga.

Bagi Perempuan - 4 pekara:

  1. Haid - rasanya semua orang tahu.
  2. Wiladah (selepas melahirkan anak). Mandi ini wajib dilakukan sebaik sahaja selepas seorang ibu melahirkan. (Niatnya : "Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala").
  3. Nifas iaitu Mandi hadas selepas habisnya darah nifas (iaitu darah yang keluar selepas bersalin). Ramai di antara kaum ibu yang keliru antara mandi hadas nifas dan wiladah. Bagi kaum ibu yang lepas bersalin dan belum lagi Mandi Wiladah maka segala solat dan puasanya selama ini tidak akan diterima oleh Allah SWT. Oleh itu kenalah mohon ampun dari Allah SWT kerana tidak mengetahui akan perkara ini. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Wajib atas kita memberi tahu saudara-saudara kita yang langsung tidak tahu akan perkara ini. Para suami juga perlu mempelajari tentang perkara-perkara sebegini kerana Suami adalah pembimbing kepada isteri. Adalah menjadi tanggungjawab suami mengajar dan mengingatkan isteri.
  4. Berjimak - samada secara sah ataupun berzina sekalipun...wajib mandi.