Friday, June 25, 2010

SALAM PAGI JUMAAT


Sesampai je kat office...terpaksa pergi ambil kunci dulu. Isi buku rekod pengambilan kunci kerana hari ini guard tempat aku bekerja ni bercuti...almaklumlah PJJ (Perhubungan Jarak Jauh). Suami kat Selangor isteri pula kat Perak...susahkan. Menyebut tentang PJJ ini aku dah puas dah mengalami situasi itu selama bertahun-tahun. Bayangkanlah dari awal perkahwinan sehinggalah anak yang ketiga..barulah aku dan suami dapat tinggal bersama. Ini semua dek kerana tugas dan sebagai penjawat awam pertukaran pada waktu itu adalah amat sukar. Kesukaran hidup bersendirian apatah lagi kesukaran membesarkan anak bersendirian memang terlalu payah untuk diceritakan. Apa yang penting pada ketika itu adalah kesabaran dan tolak ansur kerana jika semua itu diketepikan...aku percaya rumahtangga boleh porak peranda.

Hari ini aku dah lewati semua itu. Dari pengalamanlah membuatkan kita lebih dewasa. Melihatkan adik-adik disekelilingku yang juga menjalani kehidupan seperti aku dulu...PJJ..pesanan dari aku..bersabarlah...Jangan sampai kasih dan sayang itu terhakis dek kerana PJJ.
Zaman sekarang banyak cara untuk berhubung...3G pun ada. Pokok pangkalnya terletak pada hati kita juga...andai dalam hati ada niat yang tak betul..maka jadilah tak betul. Bersabarlah dan bertolak ansur...okehhh...





2 comments:

NaNaJoe said...

adeh!!! pjj mmg menyakitkan~~ huhuhu~~
sabar ye kak~ :)

zures said...

Sabor jelah Nana...

Post a Comment

Tolongla klik yer...sana tu...

Instagram

Follow my Instagram

About Me

Followers

 

Blog Template by YummyLolly.com