Tuesday, June 8, 2010

Tahukah Anda...


Tindakan memasang kipas siling pada kelajuan sederhana atau perlahan serentak dengan menghidupkan alat hawa dingin bukan sahaja membantu mempercepatkan suhu menjadi sejuk malah dapat menjimatkan tenaga elektrik.

Kipas siling sangat sesuai dipasang di bilik air biarpun berukuran sempit kerana kipas membantu mengeringkan permukaan lantai diruang mandi, mengeringkan tuala dan peralatan mandi serta melambatkan pertumbuhan kulat pada permukaan jubin.

Kipas siling juga sangat berguna disediakan di ruang dapur untuk menghilangkan dengan cepat bau masakan atau asap sewaktu memanggang, selain mengurangkan kadar kepanasan di ruang berkenaan. Cuma jangan memasang kipas terlalu kuat sehingga menyulitkan anda untuk mengawal api dapur.

Kipas siling menawarkan pengudaraan ynag nyaman dan selesa di ruang tamu, khususnya jika menerima kunjungan terlalu ramai tetamu atau ada tetamu yang merokok di situ.

Menikmati hidangan juga menjadi lebih selesa di ruang makan jika kipas siling di selaraskan pada kelajuan sederhana kerana dapat menyamankan udara sekeliling tanpa menyejukkan hidangan panas.


1 comment:

Nurmala Mazlan said...

Berguna kan kipas syiling