Tuesday, January 25, 2011

DRAMA GEMILANG MEMANG HEBAT

Bermulanya drama gemilang malam tadi.
Mummy adalah antara salah seorang yang turut menantikan tayangan
drama ini. Melihatkan iklan yang dipaparkan setiap malam....yang pasal bapa nak
bagi anak dia kat orang lain tu...mummy pun rasa terpanggil untuk menonton.

Ternyata walau baru episod pertama drama ini ditayangkan
ianya cukup memukau. Kejayaan Kabir Bhatia membuat drama ini
yang berkisar sejarah 70an sungguh menarik sekali. Teringat mummy masa
zaman kanak-kanak dulu. Apa yang nyata drama ini memang menarik dan
sesuai untuk tontonan. Jangan lupa saksikan drama Gemilang setiap hari Isnin jam 9.00 malam
sudah pastinya di TV3 ye...


Post a Comment