Wednesday, March 9, 2011

CARA MENGAWAL PENGGUNAAN GARAM.

Rasanya petua ini amat berguna untuk dikongsikan bersama rakan-rakan blogger. Bagi yang dah tahu tu abaikan saja ya...Petua ini mummy ambil kerana mummy sendiri adalah merupakan seorang yang pemasin...semoga selepas ini mummy dapat meninggalkan tabiat buruk ini yang pastinya memburukkan kesihatan. Insyaallah.


1. Cara paling mudah ialah jangan menggunakan garam berlebihan di dalam masakan, cukuplah sedikit saja sekadar berasa.


Makanan yang diawet mengandungi banyak garam. Cuba elakkannya.

2. Elakkan makan berlebihan bahan makanan yang diawet dengan garam seperti telur masin, ikan masin, sayur asin dan sebagainya. Sesetengah bahan ini boleh direndam di dalam air terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinannya. Jika mahu juga makanan yang diawet ini, pilihlah yang diawet dengan sedikit garam saja.

3. Jangan sentiasa menambah kicap, sos tomato, sos cili atau garam semasa menikmati hidangan di meja.

4. Sesetengah makanan ringan seperti keropok, kerepek, kacang dan sebagainya mengandungi garam terlalu tinggi. Cuba elakkannya.

5. Pilih hidangan yang kurang menggunakan garam seperti ikan bakar bercecah air asam dan ulam-ulaman segar berbanding sayur goreng yang ditambah kicap atau sos tiram.


Selain garam, banyak bahan lain boleh digunakan sebagai perisa hidangan.

6. Gunakan bahan-bahan rempah atau herba lain yang boleh menambah rasa masakan selain garam.

Petikan dari sini

Post a Comment