Monday, March 21, 2011

MALAM KU BERMIMPI

Minggu lepas mummy telah mengikuti satu kursus tentang pengurusan kewangan. Boleh tahan juga kursus tu apatah lagi untuk orang-orang muda. Harap lepas ni pandailah masing-masing menguruskan kewangan sendiri ye. Mummy bukan nak cerita tentang kursus tu ye...yang menariknya bagi mummy ialah tentang para FCnya yang pandai menghiburkan peserta kursus dengan pelbagai teka teki dan karaoke. Barulah masing-masing celik bila dapat berkaraoke. Dalam masa berkaraoke tu pula kami dihidangkan dengan lagu Malam Ku Bermimpi....lagu P.Ramlee. Nak tahu video yang dipaparkan lak adalah gambar Arwah Faizal...bekas suami nana tu. Sebak mummy sebab mummy cukup minat dengan lakonan arwah tu. Semoga Roh arwah tenang berada di sana ya.


P:
Malam Ku Bermimpi Hai

Dengan Satu Bintang

Berkata-kataku Di Jendela

Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang

Asmara Bergelora Meresap Ke Dada


L:
Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga

Baunya Harum Menarik Hati

Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara

Meresap Mendalam Menusuk Di Jiwa


P:
Sayang Jauh Di Balik Awan

Wajahmu Tetap Berseri-seri

Laksana Bulan Sedang Mengambang

Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

P&L:
Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana

Hasratku Ingin Bersama-sama

Tak Tahan Rasa Hati Menderita

Gelora Asmara Selalu Menggoda

L:
Sayang Jauh Di Balik Awan

Wajahmu Tetap Berseri-seri

Laksana Bulan Sedang Mengambang

Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu


P&L:
Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana

Hasratku Ingin Bersama-sama

Tak Tahan Rasa Hati Menderita

Gelora Asmara Selalu Menggoda





Post a Comment