Friday, April 30, 2010

LIMA PERKARA

HIJRAHKAN HATIMU





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Lima perkara yang kita semua mahukannya dan kita berusaha untuk mendapatkannya:-

1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .

Kata Nabi Muhammad S.A.W;

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )
' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
Surah Al-Baqarah ayat 286

Thursday, April 29, 2010

SEDARLAH...

Apakah kita telah terlalu hampir kepada hari kiamat?
Apakah telah cukup amal ibadat kita?
Apakah????


Kiamat Besar Dan Kiamat Kecil Datang Tiba-Tiba.

Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.

Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.

فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ

Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)

Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang “tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia”. Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikamatan sementara yang wujud di atas dunia ini.

Monday, April 26, 2010

THE DESCENT - PART 2

Kepada peminat-peminat filem seram jangan lupa saksikan
filem ini yang akan ditayangkan di pawagan pada bulan May nanti.

ehsan dari nuffnang

Sypnopsis

The sequel will continue the story of Sarah, who as the only survivor of an all-female caving expedition gone horrifically wrong, suffers severe psychological trauma. Unable to speak, she accompanies a rescue team back to the cave, but events once again take a sinister turn.

THE DESCENT 2 picks up immediately after the events depicted in THE DESCENT.

Emerging from the cave system alone, distraught and covered in the blood of her missing companions, Sarah is incoherent and half-wild with fear. Sceptical about her account of events and convinced Sarah’s psychosis hides far darker secrets, Sheriff Vaines (Gavan O’Herlihy) doesn’t waste time. Along with his partner Rios (Krysten Cummings), and their cave rescue team Dan (Douglas Hodge), Greg (Joshua Dallas), and Cath (Anna Skellern), Vaines forces Sarah back into the caves to help the rescuers find her friends.

Jom saksikan filem ini ...

Saturday, April 24, 2010

AWARD DARI ATIE

Hari ni dapat hadiah dari Atie sebagai tanda persahabatan. Terimakasih atie
semoga persahabatan akan berkekalan ye. Cantik betul gubahan bunga yang atie
buat tu.

Wednesday, April 21, 2010

KENAPA ORANG MELAYU MAKAN DENGAN TANGAN???

(gambar ehsan dari pakcik google)

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya
tersendiri. Oleh sebab makan itu
satu
perkara yang wajib dalam hidup,
cara makan juga merupakan satu budaya.

Masing-masing bangsa ada budaya mereka
tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan
kayu (chopstick)dan orang Barat pula

menggunakan sudu dan garfu.

Tentu ada sebab yang rasional kenapa
mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan
tangan kanan.
Apakah rasionalnya
dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan?
Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir
abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah
yang menetap di
Selangor bernama Tengku Kudin.
Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri

pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor
pada masa itu dalam

bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput
oleh British Resident menghadiri
satu jamuan
makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu
jemputan telah bersedia
untuk menghadapi hidangan,
Tengku Kudin tiba-tiba
bangun menuju ke arah
paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan
orang lain semuanya
menggunakan sudu dan garfu,
beliau dengan selamba
menyuap
makanan ke mulutnya dengan tangannya..!


Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh
seorang wanita Inggeris yang
kebetulan
duduk di sisinya.
Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin

itu wanita tersebut lantas bertanya:
"Kenapa anda makan dengan tangan?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih
bersih dan lebih sopan?
"Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang
dan dapat didengari oleh orang lain.

Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya
sekurang-kurangnya ada tiga

sebab:


Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya
- bukan orang lain.
Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya
- tidak pernah dipinjam oleh orang lain,

sedangkan sudu dan garfu itu ramai
yang pernah menggunakannya


Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia
tidak pernah
jatuh dalam longkang...!!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara
mereka yang tersenyum sinis melihat

Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan
tapi selepas itu masing-masing

mengangguk mungkin kerana memikirkan ada
logiknya jawapan tersebut....


Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang
jijik perlakuan orang
lain yang berlainan dengan
budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya

kenapa mereka berbuat begitu......


(gambar ehsan dari pakcik google)





.






Tuesday, April 20, 2010

CEUPACS MINTA BOIKOT KENAIKAN BARANG MELAMPAU

(KLIK UNTUK TUMBESARAN YANG SIHAT)

Kebelakangan ini kenaikan harga pelbagai barangan begitu ketara sekali.
Walaupun pemantauan telah dilakukan oleh pihak berkuasa namun
keberkesanannya terus dipertikaikan. Saranan Ceupacs
agar kita sebagai pengguna memboikot kenaikan harga barang melampau
adalah tepat pada masanya. Mari kita bersama-sama menyokong usaha yang telah
dilakukan oleh Kesatuan agar manfaatnya nanti akan berbalik
kepada kita juga.

Sunday, April 18, 2010

TEKNIK PENIPUAN DI STESEN PETRONAS

(Klik untuk tumbesaran)


Berhati-hatilah apabila anda didatangi seseorang dan memberikan sesuatu secara percuma.
Pelbagai teknik telah digunakan termasuklah cara di atas.
Berhati-hati adalah lebih baik.
BERINGAT SEBELUM KENA.
Perlu diingatkan tidak semestinya di Stesten Petronas sahaja anda perlu
berhati-hati kerana perkara ini boleh berlaku dimana-mana sahaja.
SO...BEWARE..

Wednesday, April 14, 2010

TIP MENJADI BLOGGER YANG BERJAYA


Redmummy adalah salah seorang blogger yang berpengalaman. Aku mengenali nama Redmummy pun setelah menyertai nuffnang. Sesungguhnya nama Redmummy memang tidak asing bagi aku.

Harian Metro semalam telah menceritakan Kisah Redmummy yang telah berjaya menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan hasil berblog. Fuhhh kaya tu....boleh ke aku dapat sebanyak tu???
Nama sebenar Redmummy adalah Mira Abu Bakar. Beliau telah memberikan tip-tip penting kepada para blogger untuk berjaya dalam dunia blog ini. Dibawah aku paparkan tip-tip tersebut agar dapat menjadi pembakar semangat bagi sesiapa yang ingin berjaya.Semoga kita juga akan menjadi seorang yang berjaya seperti REDMUMMY...
  1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
  2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
  3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga ia berkembang.
  4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
  5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
  6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
  7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.
Semoga tip-tip yang diberikan dapat menjadi panduan kepada semua para blogger yang baru nak merangkak macam aku ni...hehehe

Cantikkan redmummy ni...

Dia juga seorang ibu kepada 2 orang cahayamata.

Tuesday, April 13, 2010

PENDAPATAN TERUMPUK AKA BUFFERED

Rasanya dah lama tidak bercerita tentang nuffnang.
Hari ini saja-saja nak paparkan buffered yang berjaya
diperolehi sepanjang bekerjasama dengan nuffnang.
Sudah tentu semua ini kerana jasa baik rakan-rakan blogger
semua yang sudi menjenguk blog zures yang tidak seberapa ini
berbanding dengan blog otai-otai yang sememangnya berbakat dalam
bidang penulisan apatah lagi ideanya tidak pernah kering.
TERIMAKASIH BUAT NUFFNANG DAN RAKAN-RAKAN BLOGGER.

Friday, April 9, 2010

KENAPA YOGA DIHARAMKAN DI MALAYSIA

Sorry gambar cinonit je...kalau besar-besar ramai pula yang terbeliak biji mata nanti. Apa-apa pun memang patut pun diharamkan bagi kita umat islam...kalau begitulah caranya. Rasanya banyak lagi cara lain yang lebih sopan untuk kita kan....Gelihati tengok si botak tu...

Tuesday, April 6, 2010

BRUNEI LEBIH TAKUT LAKNAT ALLAH

(klik untuk tumbesaran)

Untuk renungan bersama ..patutlah negara mereka dilimpahi kekayaan ..yang turut dikongsi bersama rakyatnya.

Monday, April 5, 2010

FRAUD CLICKS!

Rata-rata ramai yang dah dapat E-mail dari nuffnang tentang fraud clicks ni. Walaupun zures belum menerima e-mail tersebut tetapi atas dasar rasa tanggungjawab sesama blogger zures letakkan juga pengertian tentang fraud clicks ini. Berbanyak terimakasih kepada Saudara ARIED yang membenarkan kita semua copy n paste article ini dari blog beliau untuk disebar-sebarkan.

Apa itu fraud clicks?

Fraud clicks ni secara mudahnya bermaksud click *tipu yang dijana sendiri(ni kes klik sendiri) atau pun click yang dibuat secara kumpulan(ni kes I klik U, U klik I yang melampau-lampau)...

Bagaimana nuffnang dapat *detect?
Hah... Benda ni ramai yang tak tahu.. Sebenarnya Nuffnang ada 1 mekanisma yang dapat kesan dari mana nuffnangers jana klik itu.. Sama ada klik sendiri, orang lain klik dari dalam negara, atau luar negara...

Apa tindakan Pihak Nuffnang kalau dapat Tangkap?
- Digantung
Bukan gantung sampai mati ya, tetapi gantung akaun anda.huhuhuh
- Ditamatkan( blacklist terus kot)
Pasti anda faham kan.....

Apa tindakan anda?
- Stop geng klik-klik ini.
- Keep blogging...
- Usaha kekalkan traffik untuk dapat buffered earning...Sila ke blog Aried utk keterangan lebih lanjut
- klik iklan bila berminat SAHAJA..
- ingat.." biar sedikit asal dapat + selamat"
- traffik = earning... ingat ye,hehhehe