Tuesday, March 29, 2011

Ronda-ronda @ Berjaya Time Square

Sorryla ye...gambar ni diambil masa cuti sekolah hari tu.
Tunggu masa nak upload gambar yang dalam kamera tapi asyik
tertinggal je kat rumah. So saksikan jelah antara gambar
yang diambil menggunakan kamera handphone.

Tengok muka si adik yang dah kelat.
Ni sebab dia tak nak pergi ke tempat permainan orang-orang dewasa tu.
Nak main tempat kanak-kanak je.

Memang menariklah...
cuma yang tak bestnyer kita penat menunggu...

Si kakak yang dah tension...
Hanya boleh naik keretaapi...yang lain2 tu takde kawan nak naik..

Ni dia tempat orang2 dewasa...suruh si kakak naik takmo pulak dia...
memang advanture la...mummy memang kecut..

Banyak lagi gambar tapi tak sempat upload lg....
Saksikan yang mana ada jelah ye...


Tuesday, March 22, 2011

MANA PEGI NI!!!!!

Hadoi...pagi-pagi lagi dah buat mummy naik hangin satu badan....
Dahlah pagi merupakan waktu paling sesak bagi mummy
tup-tup time nak keluar rumah...cari entah ke mana.

Haish....minggu lepas dahlah kasut yang penuh dalam lemari habis kena kebas.
Takkan minggu ni berani masuk dalam rumah pulak....
Tension....tension...
Serious...mummy tak boleh takde bende ni...
rasanya macam tak lengkap je hidup mummy ni...
Mana pegi ni...

Masalahnya bila call ada ringing...kata orang kalau kena curi...bila kita call
memang dah xde nada dah...mana terselitnya pulak kali ni...
ke saja nak suruh mummy beli yang baru...hahaha
Wey...mana lah mummy ada duit lagi nak beli baru...
yang tu pun belum sampai setahun pakai....
Sabo jelah....
Balik ni kena cari lagi....


Ini dia yang mummy cari...handset kesayangan mummy...
agaknya dia merajuk kut coz semalam mummy tanya hubby
sapa nak beli blackberry ni mummy nak tolak...
sungguh mummy main-main jelah masa tu...

(baca dengan penuh perasaan k)


Monday, March 21, 2011

MALAM KU BERMIMPI

Minggu lepas mummy telah mengikuti satu kursus tentang pengurusan kewangan. Boleh tahan juga kursus tu apatah lagi untuk orang-orang muda. Harap lepas ni pandailah masing-masing menguruskan kewangan sendiri ye. Mummy bukan nak cerita tentang kursus tu ye...yang menariknya bagi mummy ialah tentang para FCnya yang pandai menghiburkan peserta kursus dengan pelbagai teka teki dan karaoke. Barulah masing-masing celik bila dapat berkaraoke. Dalam masa berkaraoke tu pula kami dihidangkan dengan lagu Malam Ku Bermimpi....lagu P.Ramlee. Nak tahu video yang dipaparkan lak adalah gambar Arwah Faizal...bekas suami nana tu. Sebak mummy sebab mummy cukup minat dengan lakonan arwah tu. Semoga Roh arwah tenang berada di sana ya.


P:
Malam Ku Bermimpi Hai

Dengan Satu Bintang

Berkata-kataku Di Jendela

Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang

Asmara Bergelora Meresap Ke Dada


L:
Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga

Baunya Harum Menarik Hati

Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara

Meresap Mendalam Menusuk Di Jiwa


P:
Sayang Jauh Di Balik Awan

Wajahmu Tetap Berseri-seri

Laksana Bulan Sedang Mengambang

Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

P&L:
Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana

Hasratku Ingin Bersama-sama

Tak Tahan Rasa Hati Menderita

Gelora Asmara Selalu Menggoda

L:
Sayang Jauh Di Balik Awan

Wajahmu Tetap Berseri-seri

Laksana Bulan Sedang Mengambang

Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu


P&L:
Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana

Hasratku Ingin Bersama-sama

Tak Tahan Rasa Hati Menderita

Gelora Asmara Selalu Menggoda





Wednesday, March 9, 2011

CARA MENGAWAL PENGGUNAAN GARAM.

Rasanya petua ini amat berguna untuk dikongsikan bersama rakan-rakan blogger. Bagi yang dah tahu tu abaikan saja ya...Petua ini mummy ambil kerana mummy sendiri adalah merupakan seorang yang pemasin...semoga selepas ini mummy dapat meninggalkan tabiat buruk ini yang pastinya memburukkan kesihatan. Insyaallah.


1. Cara paling mudah ialah jangan menggunakan garam berlebihan di dalam masakan, cukuplah sedikit saja sekadar berasa.


Makanan yang diawet mengandungi banyak garam. Cuba elakkannya.

2. Elakkan makan berlebihan bahan makanan yang diawet dengan garam seperti telur masin, ikan masin, sayur asin dan sebagainya. Sesetengah bahan ini boleh direndam di dalam air terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinannya. Jika mahu juga makanan yang diawet ini, pilihlah yang diawet dengan sedikit garam saja.

3. Jangan sentiasa menambah kicap, sos tomato, sos cili atau garam semasa menikmati hidangan di meja.

4. Sesetengah makanan ringan seperti keropok, kerepek, kacang dan sebagainya mengandungi garam terlalu tinggi. Cuba elakkannya.

5. Pilih hidangan yang kurang menggunakan garam seperti ikan bakar bercecah air asam dan ulam-ulaman segar berbanding sayur goreng yang ditambah kicap atau sos tiram.


Selain garam, banyak bahan lain boleh digunakan sebagai perisa hidangan.

6. Gunakan bahan-bahan rempah atau herba lain yang boleh menambah rasa masakan selain garam.

Petikan dari sini

Tolongla klik yer...sana tu...

Follow my Instagram

About Me

Followers

 

Blog Template by YummyLolly.com