Thursday, December 27, 2012

Salam pagi Khamis...

Ngigau ke mummy ni pagi-pagi lagi dah wat n3....hahaha.  Adalah dimaklumkan bahawa mummy masih ok ye kawan-kawan....xde ngigau xde apa...cuma entah apa kena kerajinan melanda pagi ni...okla tu kannn
Ni nak citer sarapan pagi mummy hari ni...kuih dangai hasil rembatan cik somi kat pasar malam semalam. Masih ada berbaki lagi so apa lagi masuk ovenla....sedap u...i tak tipu....kuih ni merupakan kuih tradisional tau...dibuat dr ubi kayu dan campur dengan kelapa.  Kat tengah-tengah dua ada gula.  Mummy suka yang hangus-hangus sikit...baru ada ummpphhh....ok itu je cerita merapu mummy pagi ni...harap u oll tak bosan ye....bye...bye....

Tuesday, December 25, 2012

Kesian baby ni...jom derma untuk baby khalisa

Kisah sedey baby sakit tenat | Jom menderma seikhlas hati     

http://www.suzie284.com/2012/12/kisah-sedey-baby-sakit-tenat-jom.html

Shopping online

Macam manalah duit nak banyak kalo macam ni. Pantang nampak barang nak beli.  Zaman sekarang duduk depan komputer pun duit boleh habis.  Semuanya di hujung jari. Ini lah kelemahan mummy kalo tak shopping barang deko kena juga beli barang lain. Mummy beli perfume ni sebab stok dah habis. Ni first time mummy beli perfume secara online.  Harap ianya oklah. Insyaallah hari Khamis sampailah tu nanti mummy update lagi ye...

Saturday, December 22, 2012

Petang nan suram

Hari cuti...kejap hujan kejap mendung badan pun rasa lemau. Ada kenduri terpaksa lepaskan cik hubby g sorang-sorang. Bila petang perut dah mula nyanyi-nyanyi...nak masak badan tak larat.  Bangun buka peti sejuk tinjau tinjau apa yang ada....dan jeng...jeng..jadilah dr takde apa..

Sunday, November 18, 2012

Masak-masak Hari Sabtu

Ambil ilham resepi ni dari Blog The Writers Cooking salah seorang
peserta Masterchef Malaysia...mummy suka sangat berkunjung ke blog ni...
boleh dapat bermacam-macam resepi. 

Resepi asal dalam blog TWC ni namanya
Roasted Chicken Tyhme & Bbq.
Nak tengok resepi asal silalah ke blog TWC ye.
Yang mummy masak ni setelah mummy ringkaskan resepi tersebut
supaya jadi cepat dan memenuhi bahan-bahan yang ada dirumah.
Sudah tentulah ada kelainan rasa kut...hehehe

Antara bahan-bahan yang ada.... 

Ayam yang telah diperap menggunakan sos bbq, lada hitam, lada putih, thyme dan
garam... 

Tak pakai oven pn...just pakai pemanggang ajaib dari syarikat menang...(iklan ke ni????)
 Versi orang malas main letak2 je atas ayam tu...


Dan akhirnya taraaaaa...hasil ilham dari TWC....
Mummy tak pandai nak amik gambar cantik-cantik...
Tengok blog orang lain siap ada prop bagai...
tapi mummy tetap macam ni...
Refer resepi sebenar di TWC ye....
pasti terangkat punyer..

Thursday, November 8, 2012

Akhirnya dapa resepi ni dari blog Masam Manis


Nak tau ni resepi apa????
jemputlah ke blog Masam Manis ye...
Sebenarnya dah lama mummy cari resepi ni...
nak juga rasa keenakannya.
Sebelum ni makan Durian Kek dan Donut Durian dari Big Apple
sahaja...hari ni famous pula pasal durian creepe ni.
Sapa nak resepi jenguklah blog Ita tu ye siap ada step by step sekali.
gambar ni salah satu dari blog tu....suka sangat dengan kehijauannya...

Jangan marah ye Ita...





Saturday, November 3, 2012

Selamat Malaysia

Dah lama tak menulis sesuatu di sini. Rindu rasanya untuk berbicara lagi namun dek kekangan masa yang amat terhad menjadikan blog ini sepi untuk seketika. Terimakasih pada rakan rakan yang tidak jemu jemu mengunjungi blog mummy ni ye. Ada kelapangan nanti mummy akan update lagi...

Sunday, October 7, 2012

SIAPA KENAL KAMAL AFFANDI HASHIM???



Menjenguk ke blog Mazidul Akmal Sidek tiba-tiba mummy terbaca kisah tentang Penganalisi Jenayah Kamal Affandi Hashim. Terperanjat juga bila membacakan kisahnya. Dalam hati mummy berdetik alangkah besarnya ketentuan Tuhan. Hari ini kita sihat besok belum tentu lagi....

Walau apapun doa mummy untuk beliau semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sebelumnya.

Bagi sesiapa yang ingin membaca kisahnya sila klik di sini ye. 


Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri...





Friday, September 28, 2012

PEMBENTANGAN BUDGET 2013



Ikuti pembentangan budget 2013 secara live di TV3
http://live.tv3.com.my/budget2013/




Semoga budget tahun ini lebih mendahulukan rakyat.
JANJI DITEPATI!!!!!


Thursday, September 20, 2012

DI AMBANG BELANJAWAN 2013


Macam-macam tuntutan yang kita dengar tapi
mummy suka yang ni...
Mampu ke semua kakitangan awam nak balik lewat nanti?




Saturday, July 28, 2012

Bahagianya Hati Seorang Ibu...



Anak sapa la ni ekkk...suka sangat tengok gambar ni...
Sejuk rasanya...


Semoga anak-anak mummy juga menjadi anak yang soleh dan solehah.
Amin...



Monday, July 9, 2012

Nuffnang Buffered


Nak tau tak...mummy pernah merajuk dengan Nuffnang ni satu ketika dulu.
Apa sebabnya...pernah masa tu earning mummy boleh dikatakan lumayan jugalah
tapi oleh kerana kejahilan mummy dalam mempelajari apa itu nuffnang menyebabkan
earning yang mummy dapat telah dipotong dengan sewenang-wenangnya.
Rupa-rupanya setiap iklan yang dipaparkan bukan untuk kita klik tapi sebaliknya
untuk rakan-rakan yang menziarahi blog kita. Masa tu bila ada je iklan yang
terpapar kat blog mummy, mummy pula yang excited nak klik dan nak tahu iklan apa
yang dipaparkan tu dan sudahnya mummy dikatakan fraud click. Betulke macam tu??
Sekarang walau iklan apa pun yang muncul mummy wat dono je...malas nak layan...
dan inilah antara buffered earning yang mummy dpt sepanjang tahun 2012 ni...
Banyak ke...orang lain rasanya lagi banyak daripada mummy...
Earning mummy takdelah sampai riban-riban macam setengah org lain tu...
Blog mummy hanya sekadar blog suka-suka...cuma yang bestnye bila dpt kawan baru
rasa seronok pula...





Thursday, June 14, 2012

Kalau kita terjaga



Ni bukan n3 politik ye...
Mummy suka sangat dengan kata-kata yang diungkapkan ni.
Gambar pun cantik...
Hayatilah apa yang diperkatakan...


dari fb seorang sahabat

Sunday, June 10, 2012

Aktiviti Hujung Minggu



Perlawanan Bowling Oleh KrtAyusutera.
Alhamdulillah ramai yang menyertai.
Mummy bagi wakil kat hubby je sebab mummy memang tak mampu nak main
sebab pergelangan tangan mummy ni ada masalah sikit.


Tu dia ramai yang bagi sokongan... 


Lane 14 wehhhhh


Tu dia cik abang mummy...steady bang....jangan masuk longkang pulak hehehe 


Pengerusi yang sememangnya penuh semangat. Mummy kagum sangat dengan
komitment yang diberikan. 


www.krtayusutra.blogspot.com.


Friday, May 11, 2012

Pesta Durian AKA Durian Runtuh

Semlam mummy terpegun sejenak bila..
Si Abang : Mummy boleh abang tanya?
Mummy : Boleh, tanya jelah
Si Abang bertanya : Mummy durian runtuh tu...maknanya masa tu durian ada banyak ke?
Mummy : erk...(dalam hati) itu pulak soalannya ye..
So mummy pun terpaksalah menjawabnya bal..bla...bla...

( Sekarang ni kan tiap-tiap malam berita duk sebut pasal durian runtuh,
rupa-rupanya anak mummy pun prihatin juga tentang tu
Anyway tahniah buat orang-orang felda yang telah mendapat durian runtuh tu ye...
gunakanlah apa yang dapat tu dengan berhemah. Dah join saham tu
janganlah sibuk nak jual je...dengarlah nasihat PM kita dan juga pakar-pakar dalam
bidang ni. Banyak sangat berita yang kita dengar tentang ni...
bagi mummy senang je...kepada orang-orang yang seangkatan dengan mummy la ye
kalo dah ekonomi rumahtangga sendiri pun masih tunggang-langgang tak
payahlah nak campur tentang ekonomi negara pula. Bagilah tugas tu pada
orang-orang yang lebih arif...bukankeh itu lebih baik..)

just my 2cent



Thursday, May 3, 2012

Pesta Durian

Hari Jumaat lepas adik mummy datang dari kampung.
Seperti biasa buah tangan dari kampung
sekarung durian
pppeeehhhhhh
memang kegemaran mummy.
kat Shah Alam ni rasa serik pun ada bila beli durian kat
pasar malam mau taknya masa tunjuk kat kita elok je
nampak isinya...tengok bila dah sampai kat rumah
isinya tak seindah yang ditunjukkan.
Durian yang adik mummy bawa ni memang
gred A lah..puashati makan.
Sila tengok jelah ye...hehehe