Wednesday, June 30, 2010

INTERNET SLOW GILER


SORRY KAWAN-KAWAN KERANA HARI INI
AKU TAK DAPAT BLOGWALKING.
INTERNET TERPUTUS DARI SEMALAM LAGI.
APAKAH HALNYA TIDAKLAH PULA AKU TAHU.
APA LAGI YANG DIORANG NAK BUAT NI.
INI PUN AKU MENGGUNAKAN GATEWAY
APA NTAH. BOLEH MASUK INTERNET TAPI TAK
BOLEH TINGGAL JEJAK SEBAB RUANG SHOUTMIX TU
NAMPAK KOSONG.
KEPADA KAWAN-KAWAN YANG STILL SETIA
JENGUK BLOG AKU NI TERIMAKASIH YE...
JEJAK KORANG AKAN AKU BALAS JUGA NANTI.
Tuesday, June 29, 2010

MEREPEK MERABAN

Tajuk macam takleh blah je kan...Memang betul-betul buntu hari ni tak tau apa nak buat, tak tau apa nak tulis, apa yang ada hanyalah keboringan tahap melampau. N3 merepek meraban aku harap tak mengganggu mood korang untuk terus mengunjungi blog aku ye...Blog aku masih memerlukan pengunjung untuk menaikkan serinya. Tanpa pengunjung jadilah blog aku ni bersawang.

sekalung tahniah buat nana

Dua hari yang lepas aku terbaca satu kisah di blog
bertajuk Nana Buka Tudung Demi Menutup Mayat Seorang Makcik.
Terlebih dahulu tahniah aku ucapkan pada nana kerana keperihatinannya dalam memberi bantuan atau paling tidak pun menutup mayat tersebut. Membaca cerita nana membuatkan aku betul-betul terkilan dengan apa yang terjadi. Kemanakah perginya perasaan tanggungjawab dalam hati masyarakat kita sekarang ini sehinggakan mayatyang tidak berdosa menjadi bahan tontonan malah menjadi bahan rakaman si penonton. Tidakkah terdetik di hati mereka untuk menjaga maruah si mati atau setidak-tidaknya melahirkan rasa simpati dengan apa yang terjadi?. Apakah masyarakat kita kini telah tiada nilai-nilai murni dalam diri atau mungkin juga
kurangnya pendidikan agama. Mujurlah masih ada insan berhati mulia seperti nana yang masih sanggup membantu kerana kita sememangnya bertanggungjawab untuk membantu.

Teringat aku satu waktu dahulu di musim perayaan..telah berlaku satu kemalangan dimana penumpangnya cedera dan bergelimpang di tepi jalan...yang menjadi ceritanyaadalah orang yang berhenti bukan mahu memberi pertolongan tetapi sekadar menonton dan ada juga yang mengambil kesempatan mangambil barang kemas mangsa tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Tergamam aku mendengarkan berita itu. Tidakkah mereka terfikir bagaimana luluhnya perasaan mereka sekiranya si mangsa itu adalah Ibu atau Adik atau kakak mereka.

Memang telah aku rasakan bahawa dewasa ini sifat prihatin dan nilai-nilai murni telah tandus di kalangan remaja kita. Kenapa ianya terjadi? Adakah kerana kurangnya didikan agama? Anda sendiri boleh memikirkanya...



Saturday, June 26, 2010

PUTUS SUDAH KASIH SAYANG





Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Nasi pun telah menjadi bubur.

Itulah yang boleh diperkatakan dengan apa yang telah menimpa rumahtangga anne ngasri. Sedih dengan apa yang terjadi namun kesedihan itu pastinya lebih dirasai oleh tuan yang empunya diri. Berat mata memandang namun berat lagi bahu yang memikul. Semoga Anne menjadi seorang yang tabah dan seperti yang diperkatakan pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.


Anne jatuh talak tiga

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
2010/06/26



KUALA LUMPUR: “Saya reda dengan apa yang terjadi dan percaya ada hikmah di sebaliknya,” kata Nasriah Ngasri atau Anne dengan tenang selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, memutuskan bahawa jatuh talak tiga terhadapnya.


Keputusan itu bermakna kemelut rumah tangga pasangan Anne, 26, dan Abdul Wafi Hassan, 29, berakhir semalam selepas Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memutuskan ketiga-tiga lafaz cerai termasuk taklik yang diucapkan sah.


Shaiful turut menasihat Anne dan Abdul Wafi supaya memandang kepada kebaikan bukan kepada keburukan bagi menjaga keharmonian bersama demi anak.

Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti dokumen dan mendengar keterangan kedua-dua pihak yang sebelum ini dibuat secara tertutup di dalam kamarnya.

Anne sebagai plaintif yang tidak diwakili peguam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada 14 April 2010 dan prosiding bermula pada 19 Mei 2010.

Abdul Wafi pula melantik peguam syarie, Mohd Hamidullah Che Hassan bagi mewakili dirinya.
Kedua-duanya dalam keterangan bersetuju bahawa kejadian lafaz cerai berlaku sebanyak tiga kali, tanpa kebenaran mahkamah dan Abdul Wafi mengakui bahawa dia sedar kesan serta daripada lafaznya itu.

Lafaz pertama berlaku secara taklik iaitu “Kalau kau keluar rumah, jatuh talak” pada awal Julai 2009 di sebuah rumah di Pulau Pinang dan mereka rujuk semula dengan lafaz “saya kembali kepada awak” yang berlaku selepas waktu Maghrib.

Lafaz kedua pula pada pertengahan Julai 2009 iaitu ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang sebelum rujuk semula dengan lafaz yang sama selepas waktu Isyak.

Manakala, lafaz ketiga yang berlaku ketika wanita itu mengandung dua bulan iaitu “Aku ceraikan kau, Anne” berlaku di rumah mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 11.20 pagi, 25 Mac 2010.

Lafaz pertama dan kedua itu tidak didaftarkan ke Mahkamah Syariah dan kedua-dua mereka mengakui bahawa tiada saksi kepada ketiga-tiga kejadian itu.

Anne dalam keterangannya mengakui bahawa dia melanggar lafaz taklik itu dengan keluar dari rumah, manakala Abdul Wafi pula berkata semua lafaz itu dibuat atas kerelaan sendiri dan tiada paksaan daripada sesiapa.

Terdahulu, sebelum prosiding bermula pada jam 11 pagi, Anne hampir pitam di bilik air dan difahamkan terus menghubungi Abdul Wafi yang terus pergi membantunya. Difahamkan, sejak berbadan dua, Anne dikatakan kurang selera makan.

Bagaimanapun, Anne yang kini mengandung hampir lima bulan dan kelihatan berseri-seri hanya tersenyum serta menenangkan diri apabila keluar dari bilik air. Dia turut ditemani, ibunya, Habibah Jaafar, 55.

Pasangan yang pernah menyertai program Sehati Berdansa musim pertama berkahwin pada 26 Mei 2006. Mereka dikurniakan dua anak, Abdul Warits, 4, dan Abdul Wafri, 2.




Friday, June 25, 2010

SALAM PAGI JUMAAT


Sesampai je kat office...terpaksa pergi ambil kunci dulu. Isi buku rekod pengambilan kunci kerana hari ini guard tempat aku bekerja ni bercuti...almaklumlah PJJ (Perhubungan Jarak Jauh). Suami kat Selangor isteri pula kat Perak...susahkan. Menyebut tentang PJJ ini aku dah puas dah mengalami situasi itu selama bertahun-tahun. Bayangkanlah dari awal perkahwinan sehinggalah anak yang ketiga..barulah aku dan suami dapat tinggal bersama. Ini semua dek kerana tugas dan sebagai penjawat awam pertukaran pada waktu itu adalah amat sukar. Kesukaran hidup bersendirian apatah lagi kesukaran membesarkan anak bersendirian memang terlalu payah untuk diceritakan. Apa yang penting pada ketika itu adalah kesabaran dan tolak ansur kerana jika semua itu diketepikan...aku percaya rumahtangga boleh porak peranda.

Hari ini aku dah lewati semua itu. Dari pengalamanlah membuatkan kita lebih dewasa. Melihatkan adik-adik disekelilingku yang juga menjalani kehidupan seperti aku dulu...PJJ..pesanan dari aku..bersabarlah...Jangan sampai kasih dan sayang itu terhakis dek kerana PJJ.
Zaman sekarang banyak cara untuk berhubung...3G pun ada. Pokok pangkalnya terletak pada hati kita juga...andai dalam hati ada niat yang tak betul..maka jadilah tak betul. Bersabarlah dan bertolak ansur...okehhh...





Wednesday, June 23, 2010

KOD ASAS HTML


Nota ni aku tempekkan kat sini sebab aku selalu lupa kod dia.
Bila time nak guna baru terkial-kial nak mencarinya.
Almaklumlah otak dah jem, memory pun dah tak banyak.
Kena makan examo kut. Kalaulah ada orang nak sponsor
Examo tu kan best. Apa ingat budak-budak je ke nak makan examo tu...
mak budak pun boleh tau....


Ok jumpa lagi...







Tuesday, June 22, 2010

PETINGKAH VERIFICATION WORD?


Blogwalking waktu malam. Sesambil tu bolehlah baca N3 yang
panjang-panjang tu. Waktu siang serius aku cakap
kalau n3 panjang-panjang tu terpaksalah baca sambil lalu je.
Tak sempat wey nak menghayati apa yang dibaca tu.
Jangan salah faham ye...bukannya aku terus tak ambil port pasal tu.
Tapi dek kerana masa waktu siang tu adalah waktu bekerja
so masanya pun teramatlah terhad. Kalau n3 bergambar..oklah.
Kali ni gak aku nak cerita pasal verification word.
Aku bukan tak minat nak mengomen...tapi aku cukup tak suka
bila time aku nak komen keluar pulak verification word.
Rasa macam terbantut idealah...
Penting sangatkah verification word tu?
Kalau anda rasa ianya penting untuk anda maka biarkanlah...
tetapi pada aku verification word tu akan membuatkan
orang tak suka komen blog korang. Bukan 100% betul ye...
ianya bergantung juga pada n3 yang korang buat. Kalau n3 menarik
orang komen jugak kut...
Ikut sukalah....



Monday, June 21, 2010

RONASUTRA 2-IN1 MINERAL FOUNDATION & POWDER

Ada sesiapa yang pernah menggunakan produk ini???
Kalau hanya dengar nama tetapi tidak melihat produknya
memang tak sangka yng ianya adalah sejenis bedak yang dipakai
di muka. Aku sendiri tercari-cari apakah itu RONASUTRA.
Bagi sesiapa yang tak tahu di bawah ini aku letakkan serba-sedikit
pengenalan tentang RONASUTRA ni. Sorry ye aku bukan dealer
untuk produk ni ...Just berkongsi idea. Siapa yang taknak cantik kan
Bagi sesiapa yang nak mencuba tu dipersilakan.


RONASUTRA '2-IN-1' MINERAL FOUNDATION & POWDER




HARGA ASAL - RM48 (TIDAK TERMASUK POS)







kredit to wanitamelayu.com
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.





Tips Cara Nak Pakai RONASUTRA

Untuk sesiapa yang biasa pakai pelembab

1. Sapukan pelembab dengan rata ke seluruh wajah.
2. Tunggu seminit dua atau sampai pelembab tu meresap
3. Gunakan brush tekap pada bedak dan sapukan ke wajah secara membulat.
4. Sapu rata-rata sampai puas hati dengan solekkan...
5. Anda telah siap... Ready to gooooo...



Untuk sesiapa yang tak pakai pelembab
1. Sapu toner (kalau guna toner) dengan rata kat wajah.
2. Biar kering sikit..
3. Gunakan brush tekap pada bedak dan sapukan ke wajah secara membulat.
4. Sapu rata-rata sampai puas hati dengan solekkan...
5. Anda telah siap... Ready to gooooo...



KENAPA GUNA BRUSH?
Sebabnya...loose powder memang sangat elok dan sesuai guna brush. Barulah sapuannya TAK BERCAPUK, RATA danSEKATA. Lagi satu....TAK MEMBAZIR BEDAK. Kalau guna span, bedak melekat kat span dan sapuannya juga tak sebagus guna brush. Paling elok, gunalah brush yang lembut supaya bedak elok disapu di muka. Apapun bergantung pada bajet kita ok??? Berus lembut HARGANYA MAHAL sikit...berus kasar memanglah MURAH SIKIT....

Ronasutra Mineral Powder is created to meet the demanding needs of women today who are looking for an alternative to the usual face makeup available in the market today. It is developed with rigorous consumer testing, and after 2 years and over 3,000 formulation, Ronasutra Minerals was finally launched in 2007 in Malaysia. The product gained popularity among makeup artistes and local celebrities, and women of leisure who find that Ronasutra Minerals meet their makeup needs far better than expensive international brands. Ronasutra Skincare consists of three products designed to simplify beauty and enhance the use of Ronasutra Mineral Powder.

Below is a comprehensive list of why Ronasutra Mineral Powder is simply the best choice and the only face powder you will ever need. No need for separate pore-clogging foundations, concealers or compact powders!

1. Ronasutra gives good coverage without clogging up pores
The absence of filler ingredients, oils and preservative and the presence of pure minerals ensure good coverage by Ronasutra without the typical layers of pore-clogging make-up that you need to put on in order to get the same level of coverage.

2. No more pasty chalky powdery look
When you use normal or even branded face powders, you may get good coverage but most times your skin also ends up looking powdery and chalky. With Ronasutra you can get good coverage
while looking as though you only have a thin layer of powder. The extremely fine texture of Ronasutra ensures that it is possible to layer on a thick level and still maintain the look of translucency. Note that
this is only possible with mineral makeup!

3. Ronasutra lasts all day long!
No more oily face or face makeup that melts by lunchtime! Ronasutra mineral powder is sweat-resistant and sits on top of skin for hours while still letting your skin breathe.

4. Color that stays true for 16 hours
Do you notice that sometimes you look fabulous after applying your face powder only to look darker a few hours later? This is because your powder contain ingredients that oxidize or 'turn bad' once exposed to air and when it mixes with your skin sebum. With Ronasutra, this is no longer a problem. Pure inert minerals do not interact with your skin or the environment, ensuring color that stays true from morning to night!

5. Get high SPF protection that won't fade or rub off with Ronasutra
The pure minerals in Ronasutra reflect and deflect away harmful UV rays from your skin. The protection
given by the physical UV block of minerals is far superior than liquid chemical sunscreens that tend to have a reduced SPF level once out of the bottle and applied on skin. Furthermore Ronasutra won't rub off or fade, ensuring good sun protection all day long. It's also a good sun protection alternative for men and women who do not like the oily textures of ordinary sunblocks.

6. Safe even for the most sensitive skin
From normal skin to the most sensitive skin, Ronasutra's dermatologist recommended formula
is a very good choice for face makeup. In fact Ronasutra may be applied right after skin peeling or facials, unlike normal face powders.

7. Effective protection from environmental irritants
Ronasutra not only beautifies skin, it also protects and soothes skin from irritation and inflammation caused by skin allergies. Ingredients such as zinc oxide not only reflects away harmful UV rays, it also soothes skin redness or breakouts.

8. Hassle-free, professional-looking makeup with just one step
Forget seperate bases, foundations, loose powders and concealers! With Ronasutra, flawless beautiful skin is effortless and breezy. Get toned, beautiful 3-Dimensional looks with just one step. Ronasutra's no- mess formula ensures that it can be applied using normal foundation sponge, though you may also use the standard kabuki brush to apply as well. Ronasutra IS the only face powder you'll ever need!

Friday, June 18, 2010

BLOGWALKING SAMBIL JANA PENDAPATAN


Korang nampak tak logo kat atas tu?
Bagi sesiapa yang dah tahu...dok diam-diam tapi seandainya
ada diantara tulisan aku yang silap harap dapat diperbetulkan ye.
Almaklumlah aku ni budak baru belajar banyak lagi yang aku tak tahu.
Sesiapa yang nak join aku sila klik kat borang kat bawah shoutbox aku tu
untuk mendapatkan widget ye.

Hari ini dengan rasminya aku telah menjadi salah seorang ahli kepada


Apa itu WAWWi.com?
Pada pemahaman aku WAWWi.com ni adalah salah satu cara
untuk jana trafik yang berterusan dan disamping itu kita juga dapat menjana
pendapatan menggunakan sistem MATRIX Nx15

Matrik Nx15

Sebagai contoh jika status akaun anda ialah Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah

Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger

Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa...

Bermaksud network yang lengkap dan aktif akan mendapat trafik minimum sehari sebanyak 3905.
(Betulkan aku andai aku silap)

Autospillover

Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.


Sistem yang digunakan:
MATRIK (nx15) + Autospillover

Maksudnya, sekiranya aku telah mempunyai 5 rang downline maka downline aku yang ke-6
automatik didaftarkan dibawah salah seorang dari 5 downline aku.

Sistem Mata (Point)

Fungsi mata (point) ini adalah digunakan untuk menaik taraf lebar (width) atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar (width) atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.

Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog korang. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).

Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:

Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata

Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata. Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda akan mendapat mata tambahan.

Jumlah Mata Sehari
3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata

Walau bagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama. Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.

Sponsor secara langsung = 20 mata
Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata

Potensi Nilai Mata Referral

Lv 1: 5 x 15 = 75 mata
Lv 2: 25 x14 = 350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata

Jumlah keseluruhan:
43924 mata

Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan semakin tinggi.

Pendapatan Sambilan

Sambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata (point) sebanyak mungkin kerana fungsi di masa2 akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.
Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog.



Sempena pelancaran sistem ni, Wawwi.com telah menganjurkan pertandingan menulis artikel pasal Wawwi Matrix BlogWalking. Tarikh tutup untuk pertandingan ini ialah 30 Jun 2010 11:59PM iaitu sebelum hari pelancaran widget ini pada 1 Julai 2010.

Selain itu, pelbagai pertandingan menanti untuk semua pengguna widget ini dan hadiahnya memang amat menarik. Untuk maklumat lanjut, jemputlah ke http://gengblogwalking.wawwi.com/.

segala maklumat ini aku refer kat sini.


Wednesday, June 16, 2010

LAGI ARTIS BERCERAI

Kesian kat artis-artis di Malaysia ni kan..
asik kawin cerai kawin cerai je...
Ni kisah terbaru pasal Ramlah ram lak.
Apa nak buat jodoh dah setakat tu je.

KUALA LUMPUR: “Saya akui kami dalam proses perceraian. Sebenarnya sudah puas saya mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama suami (Kamal Roslim) sejak 10 tahun lalu namun apakan daya kami tidak sefahaman lagi dan tanpa sefahaman kami tidak boleh hidup bersama.

“Jadi keputusan terbaik adalah berpisah. Justeru, baru-baru ini kami sepakat berpisah cara baik dan sudahpun memfailkan perceraian,” akui Ramlah Ram.

Walaupun agak lama mendengar khabar angin mengatakan penyanyi berusia 45 tahun itu tidak tinggal sebumbung lagi dengan suaminya, namun baru sekarang Ramlah mengaku dia dan suaminya di ambang perceraian.

“Selama ini saya berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga kami, tetapi gagal juga akhirnya. Bagaimanapun, hubungan saya dengan Roslin masih lagi macam biasa. Sebelum ini pun saya tidak pernah beritahu yang saya pernah bergaduh dengannya.

“Saya sayangkan perkahwinan yang dibina atas dasar suka sama suka dan jika ada masalah, saya akan cuba menyelesaikannya dengan cara baik, tetapi kalau sudah tidak boleh, hendak buat macam mana. Apakah punca sebenar perceraian kami tidak perlu saya bagi tahu tetapi mestilah ada masalahnya.

“Jika kami bercerai secara rasmi nanti saya berjanji akan beritahu pada media. Pun begitu apa saja yang terjadi kepada rumah tangga saya nanti, tolonglah hormati hak peribadi saya,” katanya.

Tambah Ramlah, mereka pernah menghadiri sesi kaunseling, tetapi gagal memulihkan hubungan.

“Sesiapapun yang berkahwin mengharapkan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat dan begitu juga saya. Tetapi jika sudah tidak dapat hidup bersama lagi, apakan daya saya.


“Saya boleh menerima apa yang berlaku kerana saya sudah cuba mempertahankannya. Jika perceraian ini berlaku juga, saya tidak menyalahkan sesiapa kerana sebagai manusia saya pun bukanlah terlalu sempurna. Lagipun saya berkahwin dengan orang yang saya sayang,” katanya selepas sidang media Majlis Malam Gala 25 Tahun Ramlah di Restoran Rebung, semalam.


Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetrof.com.my
2010/06/16


Tuesday, June 15, 2010

PERINGATAN KEPADA SESIAPA YANG SUKA MASUK HUTAN

(sila klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat)

Semoga anda jadi orang yang bertanggungjawab apabila
memasuki hutan simpanan kekal.
Bukan setakat diri sendiri kena jaga...hutan pun kena jaga tau.
Bayangkanlah macamana muka bumi ini tanpa hutan...
Bayangkanlah kalau kita hidup dalam hutan batu...
Bolehkah kita hidup tanpa pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan??
Bukankah pokok-pokok itu yang membekalkan oksigen pada kita???
Oleh itu..SAYANGILAH HUTAN KITA.

BEWARE...

Berhati-hati kerana mungkin perkara sebegini juga boleh berlaku
pada diri anda. Kejadian dimana seekor ular sawa
telah memasuki bonet hadapan sebuah kereta.
Ngerinya..





Besar giler ular tu...mau telan budak pun boleh tu!!
Sunday, June 13, 2010

APA PENDAPAT ANDA???

PATUH IBU BELI NOMBOR

Oleh AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD
HARIAN METRO
2010/06/13

PUTRAJAYA: Bimbang dilabel anak derhaka mendorong seorang gadis sunti berusia 15 tahun menebalkan muka ke sebuah premis perjudian haram di Shah Alam, dekat sini, bagi membeli nombor ekor dan tikam kuda yang dipesan ibunya dipercayai tahi judi, kelmarin.


Sebelum itu gadis terbabit yang tidak menyedari kehadiran penguat kuasa Jais dikatakan berpura-pura mahu membeli barang di premis itu yang turut menjual barangan runcit sebelum menegur ‘penjaga’ kedai untuk membeli nombor ekor atau kuda dipesan ibunya dengan harga RM2 setiap satu, kira-kira jam 6 petang.


Tembelang si ibu terbongkar apabila anaknya mendakwa beberapa kali ke premis itu untuk membeli nombor ekor dan tikam judi diminta ibu yang tinggal berdekatan.Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, penguat kuasa Jais kemudian ke rumah gadis terbabit dan bersemuka dengan ibunya yang bermati-matian menafikan menyuruh anaknya membeli nombor ekor terbabit.


“Penipuan suri rumah itu terbongkar apabila kakak gadis itu yang kebetulan ada di rumah menyuarakan rasa kurang senang kerana adiknya lambat pulang dari kedai dan mendapati dia membeli nombor ekor dan tikam kuda,” katanya.

Thursday, June 10, 2010

FADILAT BULAN REJAB

BULAN REJAB

Pada 14 Jun 2010 (Isnin ini), kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita lihat ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Sabtu, 10 Julai 2010) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (14, 15, 16 Jun 2010) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt...InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


Rebutlah 5 perkara sblm datang 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.
Wednesday, June 9, 2010

BINTANG NUFFNANGKU

Tengok kat bawah ye...bintang-bintang ku semakin bergemerlapan.
Walaupun memakan masa untuk penuh tapi sekurang-kurangnya aku
bangga kerana ada juga peningkatan. Walaupun blog aku ni
tidaklah seglamour blog brother erykazz atau pun melromeo,
namun apa yang penting pada aku...apa yang dapat aku sampaikan
pada pembaca-pembaca telah dapat kusampaikan. Aku tak pandai
mengarang seperti mereka tapi aku mempunyai keinginan untuk menyampaikan
dan aku menyampaikan dengan cara aku.
Harapan aku cuma satu semoga pembaca blog aku ini dapat mengambil apa yang
baik sebagai pengajaran dan dijadikan pedoman hidup.
Apa yang terkurang itu adalah kelemahan diri aku sendiri dan semoga anda dapat
memaafkan.


Ish...dah jiwang karat pula rasanya...
kat bawah ni pula cerita pasal buffered earning yang aku dapat.
Sorry semalam terbaca kat blog Darkbatman tentang
buffered ni. Trafiknya memanglah mencanak tapi buffered cuma satu.
Mungkinkah nuffnang ni memilih blog yang biasa-biasa je (mcm blog aku ni)
utk diberikan lebih buffered?...aku sendiri belum mendapat jawapan.
Jumlah bayaran semasa terpaksa aku kaburkan sebab malu kat
mr. darkbatman kerana buffered dia walaupun cuma satu tapi
dah melebihi 3 buffered yang aku ada huhuhu.

Apa-apa pun aku tetap berterimakasih kepada rakan-rakan
yang sudi mengunjungi blog aku dan seterusnya klik nuffnang aku.
Jasa kalian akan aku balas selagi aku mampu...namun..
seandainya ada yang tercicir harap dimaafkan ye.
Maklumlah kita hanya manusia biasa.
bye...bye...
Tuesday, June 8, 2010

Tahukah Anda...


Tindakan memasang kipas siling pada kelajuan sederhana atau perlahan serentak dengan menghidupkan alat hawa dingin bukan sahaja membantu mempercepatkan suhu menjadi sejuk malah dapat menjimatkan tenaga elektrik.

Kipas siling sangat sesuai dipasang di bilik air biarpun berukuran sempit kerana kipas membantu mengeringkan permukaan lantai diruang mandi, mengeringkan tuala dan peralatan mandi serta melambatkan pertumbuhan kulat pada permukaan jubin.

Kipas siling juga sangat berguna disediakan di ruang dapur untuk menghilangkan dengan cepat bau masakan atau asap sewaktu memanggang, selain mengurangkan kadar kepanasan di ruang berkenaan. Cuma jangan memasang kipas terlalu kuat sehingga menyulitkan anda untuk mengawal api dapur.

Kipas siling menawarkan pengudaraan ynag nyaman dan selesa di ruang tamu, khususnya jika menerima kunjungan terlalu ramai tetamu atau ada tetamu yang merokok di situ.

Menikmati hidangan juga menjadi lebih selesa di ruang makan jika kipas siling di selaraskan pada kelajuan sederhana kerana dapat menyamankan udara sekeliling tanpa menyejukkan hidangan panas.


Thursday, June 3, 2010

KAJIAN PAKAR (RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU)


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

TERIMAKASIH CD UNTUK INFO YANG MENARIK NI. SEMOGA ILMU INI DAPAT DIKONGSI
BERSAMA-SAMA RAKAN-RAKAN LAIN.
Wednesday, June 2, 2010

KEKELIRUAN KASUT JENAMA CROCS

Lihat pada gambar di atas memang memeranjatkan.
Bentuk buaya yang tertera betul-betul menyerupai kalimah ALLAH.
Apakah ini merupakan satu helah orang-orang kafir dalam menyesatkan
umat islam...wallahuaklam. Sekarang ini kasut jenama Crocs ini begitu banyak sekali
kita lihat. Terpulanglah pada individu itu sendiri samada mahu memakai kasut ini atau
tidak. Tepuk dada tanyalah selera anda...

Tuesday, June 1, 2010

Siapa Yang Berjaya Ke konsert Double Trouble 2 Di JB 5hb Jun 2010 @ Stadium Larkin Johor Bahru

Adakah anda seorang peminat Amy Search?

1

Bagaimana pula dengan Awie dari Wings?

2

Jika anda seorang peminat musik rock tanah air, Amy Search dan Awie sudah tentu tidak asing dalam memori anda!

Tarikh 1 Mei 2010 telah tercatat sebagai sejarah yang begitu bermakna buat dua gergasi rock, Search dan Wings di mana mereka beraksi bersama di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort di hadapan 20,000 peminat di dalam Konsert Double Trouble!

3

Berlangsung selama dua jam, keampuhan dua legenda rock dapat disaksikan pencinta muzik menerusi lebih 20 lagu hits yang dipersembahkan oleh Wings dan Search termasuk Gemuruh, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu dan Isabella.

Konsert yang diinspirasi berdasarkan album duet Search dan Wings berjudul Double Trouble yang diterbitkan pada 1992 dengan jualan lebih 180,000 unit itu jelas membuktikan dua kumpulan itu masih unggul hingga kini.

Barangkali tidak ramai yang tahu, dalam kemeriahan meraikan detik bersejarah di luar bangunan itu terpancar kekecewaan pada wajah lebih 3, 000 penonton yang kehampaan apabila gagal meloloskan diri untuk memasuki dewan yang penuh sesak dengan peminat.

4

Kehebatan aksi yang terus diperkatakan itu membuatkan Adepnet Sdn Bhd yang bertanggungjawab menyatukan semula Search dan Wings selepas 17 tahun dipertemukan dalam DT2 enggan bertangguh lebih lama. Sejarah DT 2 akan kembali berulang apabila lontaran bertenaga mereka bergema semula di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 5 Jun ini.

Jika anda peminat Amy atau Wings, inilah berita yang anda nanti-nantikan. Nuffnang sebagai rakan media online kepada Konsert Double Trouble 2, mempunyai 40 tiket Konsert Double Trouble 2 untuk diberi kepada para Nuffnanger!

5

Ingat, Konsert Double Trouble 2 akan berlangsung pada;

Tarikh: 5 Jun 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat : Stadium Larkin, Johor Bahru

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut Konsert Double Trouble 2, sila layari laman web iniatau hubungi Aida Husin di talian 012-2166873.

Followers

Tolongla klik yer...sana tu...

Instagram
 

Blog Template by YummyLolly.com