Saturday, February 27, 2010
HAPPY BIRTHDAY NUFFNANG...
Pagi-pagi ni tak lupa nak wish...Happy Birthday yang ke 3 tahun buat Nuffnang. Dah 3 tahun beroperasi ye...tapi aku baru je 5 bulan bersama nuffnang ni. Semasa mula-mula aku menceburkan diri dalam dunia blogger ni tidak terlintas langsung dihati aku untuk mendapatkan duit melalui iklan. Malah aku tidak tahu menahu pun tentang nuffnang. Fokus aku masa tu hanyalah untuk berkongsi minat dalam bidang dekorasi english. Bila aku melakukan blogwalking...aku tertarik pada perkataan nuffnang pada setiap blog yang aku singgah. Masa tulah aku saja-saja klik atas dasar ingin tahu. Setelah membaca satu persatu..maka terbukalah hati aku untuk menyertainya. Bagus nuffnang ni...boleh buat duit...hehehe. Sesiapa yang berminat untuk meyertai nuffnang sila klik NUFFNANG ye...mudah je...tiada bayaran....semestinya free...Lantaran itu sekali lagi aku nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY NUFFNANG..
Thursday, February 25, 2010
NUFFNANG ADA MASALAH KE???
Wednesday, February 24, 2010
ADUYAI...SIAPA BOLEH JAWAB NI...
Aku tengah sedih ni..
Monday, February 22, 2010
Hukuman sebat martabat syariah
zainul.rijal@abubakar.my
Usaha perkasa undang-undang Islam wajar disokong
NEGARA bagai dikejutkan dengan berita tiga wanita Islam disebat atas kesalahan melakukan hubungan luar nikah di Penjara Wanita Kajang baru-baru ini. Pasangan lelaki ketiga-tiga wanita terbabit turut disebat di penjara sama. Bagi saya, ia adalah khabar gembira bagi segenap masyarakat Islam yang ingin melihat undang-undang Islam dilaksanakan.
Ia menggambarkan inisiatif kerajaan yang bukan hanya mahu undang-undang sebatan Islam ini hanya tinggal sebagai tulisan malah dipraktikkan. Namun, seperti dijangka muncul beberapa golongan yang menentang keras pelaksanaan sebatan ini atas pelbagai alasan. Mereka mengeluarkan dalil, hujah, fatwa dan pelbagai tanggapan serong terhadap pelaksanaan sebatan syariah ini. Saya merujuk kepada kenyataan akhbar beberapa pihak seperti Sisters-in-Islam (SIS), Awam, Majlis Peguam dan beberapa pihak lain yang mempertikaikan pelaksanaan sebatan syariah ke atas tiga pesalah syariah wanita baru-baru ini. Saya hairan kenapa masih ada golongan yang tidak memahami dwisistem perundangan diamalkan di negara kita.
Malah, bantahan ini menggambarkan seolah-olah apa saja yang dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan agama Islam, ada saja yang tidak kena. Perlu ditegaskan sekali lagi di sini bahawa sebatan syariah jauh berbeza daripada sebatan sivil. Sebatan syariah tidak mencederakan mahupun melukakan pesalah berbanding sebatan sivil yang meninggalkan parut dan kesan dalam jangka masa dua tahun.
Sebatan syariah adalah umpama bapa atau guru yang merotan anak yang melakukan kesilapan. Sudah banyak rencana, makalah dan kajian dibuat mengenai pelaksanaan hukuman sebat dalam Islam ini diadakan. Malah pelbagai bengkel, seminar dan forum juga digarap ke arah memberi pemahaman mengenai hukuman ini. Tidak ketinggalan juga beberapa demonstrasi sebatan syariah dibuat, namun inisiatif ini langsung tidak diambil kira oleh golongan yang menentang sebatan syariah ini secara membuta tuli. Terbaru demonstrasi yang ditunjukkan oleh pegawai penjara yang disiarkan di dalam televisyen serta temu bual dengan pesalah syariah wanita yang disebat itu, menzahirkan tentangan golongan ini langsung tidak berasas dan bersumberkan kepada anggapan semata-mata.
Dalam perjuangan SIS mendapatkan hak sama rata, kenapa pula wanita tidak boleh disebat secara syariah sama seperti lelaki? Logiknya, jika semuanya ingin disamaratakan, hukuman pun hendaklah disamaratakan dan tidak mendiskriminasi golongan lelaki. Adakah kesamarataan yang diperjuangkan oleh SIS ini ialah sama rata sekiranya memberi manfaat kepada wanita saja?
Menggambarkan sebatan syariah sebagai zalim dan kejam adalah amat keterlaluan dan tidak mempunyai asas perundangan dan hukum syarak. Malah saya percaya pegawai SIS sendiri tidak pernah menyaksikan pelaksanaan sebatan syariah yang dilabelkan sebagai kejam dan zalim itu.
Pada masa sama, saya bersetuju sebatan sivil itu adalah kejam dan perlu dihapuskan. Sebatan sivil itu juga tidak Islamik. Pandangan yang sama ini juga dikeluarkan Persatuan Ulama Malaysia yang mana saya mempersetujuinya.
Sebatan yang mencederakan dan mengerikan itulah yang patut dihapuskan kerana melanggar hak asasi manusia. Namun sebatan syariah mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan berakar umbi daripada sumber hukum Islam yang utama seperti al-Quran dan al-Sunnah. Mempertikaikan efektif atau tidaknya hukuman sebatan Islam ini samalah seperti mempertikaikan hikmah dan mukjizat al-Quran dan Rasul Allah SAW.
Sebatan yang melanggar hak asasi manusia ialah sebatan sivil bukan sebatan syariah. Malah Resolusi Majlis Peguam yang diluluskan beberapa tahun lalu juga memberi penekanan aspek kekejaman sebatan sivil.
Sebatan syariah tidaklah sekejam yang digambarkan itu. Saya percaya ahli-ahli beragama Islam di dalam Majlis Peguam tidak bersetuju sebatan syariah dihapuskan kerana ia adalah sebahagian ajaran Islam, dengan Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan mengadakan hukuman bagi sebarang kesalahan melanggar perintah agama.
Malah ada juga ahli-ahli Majlis Peguam yang tidak bersetuju dan mengasingkan diri daripada kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. Mereka ini termasuklah ahli yang beragama Islam dan tidak beragama Islam.
Sebenarnya Kanun Acara Jenayah yang menghalang wanita disebat yang dirujuk oleh Ragunath tidak terpakai di mahkamah syariah. Undang-undang yang terpakai di mahkamah syariah bagi pelaksanaan sebatan syariah ialah Akta Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian Presiden Majlis Peguam itu perlulah merujuk kepada akta terbabit terlebih dulu (yang juga diluluskan oleh Parlimen) sebelum membuat sebarang ulasan.
Janganlah menjadi bahan ketawa pula apabila merujuk kepada undang-undang yang tidak mempunyai kuat kuasa di mahkamah syariah. Malaysia adalah sebuah negara unik yang mempunyai dua sistem perundangan dan kedua-dua sistem ini haruslah melengkapi antara satu sama lain serta menghormati pihak yang satu lagi.
Tidak ada sesiapa boleh mempertikaikan Malaysia adalah sebuah negara berdaulat. Adalah menjadi peraturan asas bahawa rujukan kepada konvensyen antarabangsa bukanlah nas yang sahih di sudut perundangan negara selagi ia tidak dijadikan undang-undang.
Tidak timbul isu pelaksanaan hukuman sebatan syariah ini dibuat secara senyap-senyap. Jika kita lihat sebatan yang dilakukan oleh mahkamah sivil juga tidak diuar-uarkan kepada umum. Kenapa ini tidak dihebohkan? Adakah menjadi satu syarat sebatan itu perlu diumumkan terlebih dulu sebelum dilaksanakan?
Jika diumumkan maka berulanglah cerita Kartika Sari Dewi Shukarnor yang sehingga kini masih belum disebat lagi kerana mendapat bantahan golongan ini. Merekalah sebenarnya antara penyebab sebatan syariah ke atas Kartika tidak dapat dilaksanakan. Namun langsung tidak terdengar suara SIS apabila seorang lelaki disebat di Penjara Penor beberapa bulan lalu kerana kesalahan meminum arak.
Di manakah SIS dan Majlis Peguam menyorok diri. Adakah 'kekejaman' boleh dilakukan ke atas lelaki saja? Walaupun pada dasarnya hukuman sebat lebih utama dilakukan di khalayak awam, buat permulaan ini memadai dilakukan di dalam penjara disaksikan oleh sebahagian orang beriman. Apabila semua aspek sudah bersedia, maka bolehlah sebatan syariah dibuat di khalayak awam dan jumlah sebatan juga ditambah sejajar dengan undang-undang Islam.
Saya juga menyeru mana-mana hukuman sebatan syariah yang masih lagi belum dilaksanakan sebatan syariah di seluruh negara termasuklah kes Kartika, dilaksanakan dengan segera agar keadilan kepada pesalah syariah itu sendiri dapat dilakukan.
Janganlah ada lagi yang bercakap bagi pihak Kartika yang menentang pelaksanaan sebatan ini kerana Kartika sendiri memilih untuk disebat sebagai penebus kepada dosa yang dilakukannya itu. Sepatutnya apa yang perlu kita lakukan ialah berdoa agar Allah memberi hidayah kepada Kartika dan mengampunkannya bukan terkinja-kinja ke sana ke mari membantah pelaksanaan hukuman sebatan itu.
Saya menyokong usaha kerajaan memartabatkan perundangan syariah melalui sebatan syariah bagi pesalah yang disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman sebat.
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi di zainul.rijal@abubakar.my
Tertarik juga saya apabila mengunjungi blog Mazidul Akmal Sidek yang bertajuk P. Gunasegaram : Shut Up!. Sesiapa ingin mengetahui berita selanjutnya boleh membacanya diSINI
Sunday, February 21, 2010
TRAFIK MENJUNAM MASIH DAPAT BUFFERED!
KEPULANGAN YANG HAMBAR
Friday, February 12, 2010
KESATUAN PERKHIDMATAN TEKNIK SEM. MALAYSIA
Jadi di sini sekiranya ada segelintir dari pembaca blog aku yang terdiri daripada kakitangan teknikal dan masih belum menjadi ahli sila lah layari website MTSU ini. MTSU adalah Kesatuan yang menyuarakan dan memperjuangkan hak-hak kakitangan teknikal ke peringkat atasan baik dari segi gaji dan permasalahan.
Begitulah penerangan secara ringkas tentang kesatuan teknik ni. Untuk lebih lanjut jangan lupa layari website MTSU ye.
CEK DAH SAMPAI
Thursday, February 11, 2010
Monday, February 8, 2010
SEKITAR ULANGTAHUN PERTAMA ANAK NORA DANISH
Wednesday, February 3, 2010
Sewaktu singgah di blog Yanadzul untuk aktiviti harian (klik-klik) saya telah terbaca tentang giveaway ini. Hadiahnya sungguh memikat hati saya dan telah membuka hati saya untuk menyertai giveaway ini. Yuk kita sama-sama memeriahkan Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift.
Sila klik pada link untuk mengetahui tarikh tutup Giveaway tersebut.